"Tolong aku !" Dengan panik aku tekan semua butang tanpa tahu fungsi butang tersebut .
"Kejap aku datang ." Bunyi suara seseorang yang sedang cuba menahan ketawa jelas kedengaran .
"Kau ejek ke !?" Aku menjerit tak puas hati . Pandangan aku alihkan daripada televisyen ke arah wajah lelaki yang sedang terpapar di skrin telefon aku .
"Sabar Cella ." Dia berkata sambil tergelak kecil .
"Aku tahulah kau pandai main game tapi jangan nak riak ." Aku menggulingkan mata tanda tidak puas hati .
"Wuu sweet sungguh . Lovely sungguh . " Aku lihat Lynne yang sedang tersenyum sumbing dihadapan pintu bilik aku .
"Aku baling kau pakai televisyen ni nanti baru kau tau . " Aku membuat gerakan mulut tanpa ada bunyi ke arah Lynne . Dia pula hanya tergelak kecil .
"Aku nak gitau yang aku lambat balik sebab aku keluar . "
"Keluar dengan siapa ? Balik pukul berapa ?"
"Keluar dengan Zack dan balik pukul 8 ? " Lynne dengan wajah tak pasti memandang ke arah aku .
"Balik pukul 6 . Waktu tu masih siang hari ." Aku dengar James bersuara secara tiba-tiba .
"Eleh sibuk dia tu . " Lynne terus keluar daripada balik aku .
"By the way , aku balik pukul 6 seperti yang disuruh . " Suara Lynne sayup kedengaran sebaik sahaja dia keluar .
"Kau pun nak ke ?"
"Nak apa ?" Aku pandang James pelik . Dia ni jangan macam-macam aku hempuk nanti .
"Nak keluar date ?"
"Bye ." Aku tanpa segan silu terus tutup panggilan video call tersebut . Lamanya 2 jam lebih video call dengan dia .
"Nak post gambarlah ." Aku mengumam sendiri .
---
"Lynne !" Satu figura lelaki yang aku kenali mula menghampiri diri aku .
"Lambat kau ni !" Aku berkata tidak puas hati sambil sengaja berpura-pura untuk memukul Zack .
"Aku tadi gaduh kejap dengan James . "
"Kenapa gaduh ?"
"Yelah dia memekak je kerja waktu main game tadi . Selama ni tak pulak ." Aku rasa yang memekak tu Cella tapi tak mengapa biar rahsia je benda ni daripada Zack .
"Dah kenapa senyum seorang diri ? Happy sangat jumpa aku ? "
"Ek eleh perasannya . Dah jom kita pergi sana ." Aku menunjuk ke arah kawasan lapang berdekatan kedai aiskrim dia taman ini .
"Ambik gambar aku !" Zack dengan teruja terus melakukan aksi posing di tempat yang aku cadangkan tadi .
"Hmm...Yelah ."
Selepas beberapa minit cubaan mengambil gambar Zack aku akhirnya boleh duduk sambil makan aiskrim !
Aku tak pernah sedar yang Zack ni fotogenik . Penat aku nak layan kerenah dia . Gambar ni tak cantiklah . Gaya ni tak sesuailah .
"Termenung apa tu ?" Dia tiba-tiba datang melompat tepi aku . Terkejut aku .
"Takde saja . Aku penat nak cakap jadi diam dulu ."
YOU ARE READING
The School Rival And TSR 2 ; Past Vs Present
Подростковая литература[2018/2020] The School Rival ; Prankers sekumpulan gadis yang terkenal kerana mereka selalu melakukan prank . Kalau famous mesti banyak haters , kan ? Hot boyz , Bae dan Miss Beautiful antara haters Prankers . Siapa tidak kenal dengan kumpulan ni...