[2018/2020]
The School Rival ;
Prankers sekumpulan gadis yang terkenal kerana mereka selalu melakukan prank . Kalau famous mesti banyak haters , kan ?
Hot boyz , Bae dan Miss Beautiful antara haters Prankers . Siapa tidak kenal dengan kumpulan ni...
Aku pandang ke luar tingkap . Bulan yang sedang bersinar terang di waktu malam itu juga tidak mampu menarik perhatian aku . Aku tidak mampu berhenti memikirkan tentang Aztech .
Semakin hari mereka semakin inginkan perhatian . Tidak pernah sehari pun kami tak jumpa ataupun bercakap dengan mereka .
Bukannya tak suka mereka cuma mereka tu tak henti-henti menggangu kami ketika kami sedang fokus membuat sesuatu .
Aku menghembus nafas kuat . Mengeluh . Hotboyz pula dah lama kami tak jumpa .
"Kau kenapa Mitchel ?" Aku toleh pandang Cella .
"Takde apa-apa . "
"Tak payah nak menipu . Nampak sangat kau ada sesuatu yang kau tengah fikirkan sekarang ni . "
Dia yang tadinya sedang mengemas kertas-kertas di atas meja belajarnya mula berjalan ke arah aku . Dia kemudiannya melabuhkan punggung di kerusi empuk disebelahku .
"Aku cuma rasa pelik dengan Aztech ."
"Pelik ? " Cella memandang aku dengan penuh tanda tanya .
"Maksud aku pelik tu , hmm... mereka macam tiba-tiba hadir dalam hidup kita . Aku pun tak tahulah macam mana nak terangkan ayat aku ni . "
"Aku rasa aku faham apa maksud kau . Aku pun sebenarnya curiga dengan diorang tu ." Cella mengusap dagu miliknya acah menunjukkan yang dia betul berfikir .
"Yelah , kenapa diorang nak jumpa tiba-tiba kalau diorang dah jadi 'peminat' video kita dalam masa yang lama ."
"Kan . Aku pun pernah terfikir tentang tu . " Mendengarkan ayat Cella tersebut aku terus bersetuju dengan dia .
"Woi cakap tentang apa tu ." Kami berdua menoleh hampir serentak ke arah bunyi suara tadi .
"Cakap pasal sesuatu . Jangan sibuklah kau . " Cella tanpa belas kasihan membalas kata-kata Lynne dengan agak kejam .
Lynne aku pandang . Dia hanya menunjukkan wajah tiada perasaan . Lupa pula mereka berdua ni dah biasa bercakap tanpa kisah perasaan orang tu .
"Hmm.. korang buzy tak ?" Lynne menyoal beberapa minit kemudian apabila keadaan senyap seketika .
"Tak . Kenapa ?" Aku membalas soalan Lynne sekaligus menyoal dia kembali .
"Kalau tak buzy jom kita buat movie night dah lama tak buat ."
Lynne daripada wajah tiada perasaan terus tersenyum lebar apabila dia memberitahu tentang movie night iaitu aktiviti kegemaran miliknya .
"Yelah , jom ." Cella terus berdiri dari kerusi empuk tadi dan berjalan ke arah Lynne .
"Nak tengok cerita apa ?"
"Mestilah cerita hantu ."
---
Lynne.prankERS
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.