"Kau pujuk Carol . "
Aku menyiku Lynne yang sedang sibuk dengan telefon pintar miliknya . Lynne pula dengan wajah keliru dia memandang ke arah aku .
"Kenapa aku pulak ?"
Dia dengan tidak puas hati bersuara . Pandangan aku alihkan ke arah Mitchel sebaik sahaja mendengar soalan Lynne .
"Mitchel kauㅡ"
"Kau pergi . Aku malas nak berdiri . "
Belum sempat aku menghabiskan soalan , Mitchel sudah mencelah . Dia memandang aku sekilas kemudian pandangan dialihkan kembali ke arah buku tebal biologi itu .
"Hmm yelah aku pergi ."
Aku tanpa banyak songeh terus berjalan ke arah Carol yang sedang termenung ke luar tingkap . Wajahnya jelas menunjukkan yang dia sedang sedih .
"Carol ."
"Apa ?"
Aku melihat Carol , dia hanya membalas aku secara acuh tak acuh sahaja . Aku terus melabuhkan duduk disebelahnya .
"Nak ikut kitorang prank orang tak esok ?" Aku menyoal sambil tersenyum jahat . Muahaha dah lama tak prank orang .
"Tak nak aku . "
"Jom wei ikut . No fun kalau tak buat sama-sama ."
Suara Lynne tiba-tiba jelas kedengaran . Dia sedang berjalan ke arah kami dengan senyuman . Cehh dengar perkataan 'prank' laju je dia ni .
"Hmm yelah . Aku ikut . "
"Uyeah ! Kau nak prank siapa ?" Lynne dengan teruja menyoal .
"Jom prank Prof Will ."
Mitchel terus menutup buku tebal biologi tadi . Senyuman penuh maksud dia tujukan ke arah kami . Kenal sangat yang Mitchel betul tak suka dengan prof tu .
"Kau nak prank dia macam mana ?"
"Jom ikut aku ."
Dia terus berdiri dengan secepat mungkin . Ek eleh tadi kata malas nak bangun . Haih apa-apa jelah .
---
"Psst... Tu prof dah tidur . "
Lynne menunjuk ke arah Prof Will yang sedang lena dibuai mimpi dekat meja miliknya .
"Korang pergi dulu aku perhati orang lain supaya takde siapa-siapa yang mengkhianati kita punya rancangan prank ni . "
Aku berkata agak kuat dengan sengaja supaya separuh daripada pelajar ini dengar . Ada yang ganggu prank ni tengoklah nanti mereka punya beg hilang ke atas pokok .
"Wow dah siap ."
Mitchel berbisik perlahan . Aku pula memberikan tanda bagus dengan menggunakan ibu jari aku . Carol yang berada dihujung meja sedang menunggu untuk melakukan tugasnya .
Selepas 30 minit berlalu , Carol terus bersedia untuk melakukan tugasannya . Dia berdiri dengan penuh berani lalu menjerit sekuat mungkin .
"Prof kelas dah habis !"
Prof Will yang masih mamai terus bangun dan memberi arahan kepada kami semua untuk pergi . Aku dan prankers tanpa banyak kata terus sahaja melangkah keluar kelas .
"Siapa buat ini !?"
Suara prof yang meninggi membuatkan kami berempat menyorok disebalik dinding diluar dewan belajar . Prof kemudian mengeluh lalu duduk .
ANDA SEDANG MEMBACA
The School Rival And TSR 2 ; Past Vs Present
Fiksi Remaja[2018/2020] The School Rival ; Prankers sekumpulan gadis yang terkenal kerana mereka selalu melakukan prank . Kalau famous mesti banyak haters , kan ? Hot boyz , Bae dan Miss Beautiful antara haters Prankers . Siapa tidak kenal dengan kumpulan ni...
