[2018/2020]
The School Rival ;
Prankers sekumpulan gadis yang terkenal kerana mereka selalu melakukan prank . Kalau famous mesti banyak haters , kan ?
Hot boyz , Bae dan Miss Beautiful antara haters Prankers . Siapa tidak kenal dengan kumpulan ni...
Setelah sekian lama akhirnya youtube channel yang Prankers buat sudah mencapai hampir 3 million subscribers . Mereka semua tersenyum kecil bersama riak wajah bangga .
Mitchel dan Adam nampaknya sudah bertunang selama hampir 6 bulan manakala James baru sahaja selesai melamar Cella untuk menjadi tunangnya .
Carol dan Sam pula masih belum bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan jadi mereka ingin menanti selama 2 tahun lagi .
Zack dan Lynne juga begitu . Masing-masing sibuk dengan alam pekerjaan sendiri . Masing-masing masih cuba membuat wang dan berdikari sendiri .
Aku tersengih kecil . Imaginasi yang sama berulang-ulang kali bermain difikiran . Kawasan sekeliling yang penuh dengan katil bercadar putih itu pandang .
"Mereka masih hidup . Aku tau mereka masih ada . Korang tak boleh tipu aku !"Air mata tidak henti mengalir . Kepala yang mula berdesing membuatkan aku berasa mual . Aku tarik rambut cuba untuk menghilangkan rasa pening tersebut .
"Lynne . Hentikan . " Wajah Zack yang berada di hadapan aku membuatkan aku tersenyum kecil .
"M-mana Prankers ? Dia tak datang lawat aku pun ." Wajah Zack yang tampak risau itu membuatkan aku tertanya . Kenapa ? Apa yang jadi ? Prankers dah tak nak kawan aku ke ?
"Bagitahu aku mana Prankers sekarang !?" Aku menjerkah geram . Kenapa dia senyap ? Kenapa dia menangis ? Kenapa !?
"Cik sila bertenang . Tolong berikan kami ruang sebentar ye encik . " Ruangan ini tiba-tiba dipenuhi dengan beberapa orang manusia yang aku tidak kenal .
"Mana Prankers !?"
---
Pandangan aku kabur dengan air mata yang daripada tadi tidak henti mengalir . Siapa sangka perkara begini akan terjadi .
Setelah hampir empat bulan kejadian bas lawatan yang Prankers , Hotboyz serta 100 lebih pelajar terlibat dalam kemalangan . 70 pelajar meninggal dunia dan yang lain cedera parah .
Ye , dalam 70 orang pelajar itu Prankers dan Hotboyz merupakan mangsa yang tidak dapat diselamatkan . Kepala aku pening memikirkan tentang hal itu .
Wajah Lynne yang sedang tidur dengan lena itu membuatkan aku berasa semakin sebak . Rambut yang menutupi muka miliknya aku alihkan dengan menggunakan jari telunjuk .
Aku menghela nafas berat . Bilik ini dipenuhi dengan gambar Prankers di atas lantai . Beberapa keping gambar aku ambil lalu baca tulisan yang berada di atas gambar tersebut .
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
ㅡWhat's life without youㅡ
Setiap bait perkataan itu membuatkan aku diam seribu bahasa . Senyuman kecil terukir apabila aku melihat gambar mereka bersama .
"Nampaknya Prankers ibarat nyawa untuk kau , Lynne ." Aku berkata kepada Lynne walaupun aku pasti dia tak akan dengar dan balas kata-kata aku .
Gambar yang kedua aku ambik juga . Gambar ini hampir sama seperti yang pertama tadi . Nampaknya Prankers memang selalu buat gaya yang pelik .
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
ㅡOther halfㅡ
Gambar itu aku tenung lama . Lynne tersenyum dengan penuh gembira di dalam itu . Tiba-tiba Hotboyz muncul dalam ingatan aku . Tipulah kalau aku kata aku tak rindu dengan mereka . Kami boleh dikatakan daripada lahir lagi dah jadi kawan baik . Hiperbola sungguh .
"Maaf encik masa melawat sudah tamat . " Aku mengganguk kecil sebelum melangkah keluar daripada bilik itu . Senyuman pahit hadir .
Sad or happy , memories hard to leave .
Untuk meneruskan waktu sekarang dan masa hadapan aku kena lupakan kisah silam . Kita akan terus jadi rival walau apapun yang berlaku .
Senyuman pahit tadi berubah menjadi hambar . Walaupun pedih aku kena teruskan . Aku harap korang tenang dekat sana dan Lynne...aku akan cuba cari jalan untuk buat kau sembuh .
ㅡTsr2 ; Past Vs Presentㅡ Tamat
A/n ; Akhirnya tamat juga Tsr2 . Author nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi membaca sehingga habis . Kepada yang vote dan komen . Terima kasih banyak-banyak .
Sila nantikan hasil kerja saya pada masa hadapan yang tidak keling dan merapu seperti cerita ini . Sekian sahaja daripada saya , sekali lagi terima kasih .