5 ; Challenge

571 39 10
                                    

"Wei !"

Jeritan aku bergema di dalam bilik kuliah yang senyap ini . Beberapa orang pelajar yang ada di dalam hanya memandang aku dengan hairan . Aku buat tak tahu sahaja pandangan mereka itu .

"Bisinglah Zack . "

Sebaik sahaja melabuhkan duduk , aku terus ditegur Sam . Aku lihat Sam dengan wajah tertanya-tanya .

"Tu kenapa mereka masam mencuka je tu ?" Aku tunjuk ke arah James dengan Adam yang nampak sedih sahaja .

"Entahlah . Mereka dua tu daripada tadi tak layan aku . " Aku tengok Sam . Sam tengok aku .

"Kenapa ?"

"Jangan malu tau . "

"Jap kau senyap . " Sam dengan cepat cuba menutup mulut aku . Aku tepis tangan dia dan kemudian jerit .

"James ! Adam ! Aku ni Zack ! Dekat sini pandanglah ! "

James pandang aku dengan wajah yang menunjukkan dia betul-betul malu dengan suara kuat aku . Adam pula tak pandang aku langsung . Bergerak pun dia tak .

"Sinilah !" Aku cuba tersenyum manis .

"Woi pergi sini jelah cepat . Malu aku sekarang ni . " Sam bersuara agak kuat cukup kuat untuk didengari oleh James dan Adam yang mengambil tempat dihadapan .

"Yelah" James membalas dengan malas . Adam hanya akur dengan kata-kata Sam .

Sebaik sahaja mereka dua melabuhkan punggung berdekatan dengan kami aku terus menyoal mereka dengan soalan yang daripada tadi berada di dalam fikiran aku .

"Korang kenapa ? Ada masalah ke ? "

"Mood aku down ni ." Aku dengan cepat menoleh ke arah Adam . Akhirnya kau bercakap jugak .

"Kenapa kau sedih ?" Sam tanpa membuang sesaat pun masa terus menyoal .

"Aku kena..."

Aku dengan Sam tenung James . Adam yang menunduk pun aku nampak jugak dia cuba nak curi-curi dengar .

"Aku kena pulau . Aku tak dilayan . Aku punya chat kena bluetick . "

James meroyan sorang-sorang . Dahi aku berkerut tengok dia . Tak pernah aku tengok dia macam tu .

"Siapa yang tak layan kau ?"

"Cella . "

"Betul ke ?"

"Betullah kenapa aku nak tipu pulak . " Mata milik James yang tadinya sepet kini terbuka luas .

"Kau pulak kenapa Adam ?"

"Aku hmm aku pun sama . "

"Kau kena bluetick jugak ?"

"Bukan bluetick . Aku kena pulau jugak . Mitchel tak layan aku cakap dengan dia . Dia sibuk layan Ayvenn ."

"Sedihnya dah jadi halimunan . " Aku mengejek Adam dengan James . Sebelum ni mereka ejek aku sebab Lynne cancel plan aku . Kali ni aku ejek mereka muahahaha .

"Sekurang-kurangnya aku punya plan yang kena cancel dengan Lynne tu ada sebab kukuh untuk Lynne cancel . Korang dua punya takde sebab sangat pun . "

Aku pura-pura gelak sebagai tanda mengejek mereka berdua . Senyuman sinis hadir dibibir aku . Puas hati aku . Rasain Lo !

"Wei Profesor datang . "

"Dah senyap kalau kau nak mengejek mereke pun tunggulah nanti ." Suara Sam kedengaran perlahan sahaja .

"Hmm yelah . "

The School Rival And TSR 2 ; Past Vs PresentWhere stories live. Discover now