08/03/2018
20hb Jamadil Akhir 1439H.Dari Anas bin Malik dari Nabi SAW, baginda bersabda : ' tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapat kemanisan iman: Allah dan Rasulnya lebih dicintainya dari selain keduanya. Orang yang mencintai seseorang kerana Allah semata-mata . Dan orang yang benci untuk kembali kepada kekufuran sama dengan bencinya jika dilempar ke dalam neraka' .
(H. R. Bukhari No:29)
Status : Hadis sahih .Pengajaran:
1) beriman kepada Allah dan rasul merupakan asas penting dalam kehidupan seorang Muslim.2) tiga perkara yang menjadi penyebab kepada kemanisan iman pada seseorang ;
a. Allah dan rasulnya lebih dicintainya dari selain keduanya.
Kemanisan itu diperlihatkan dengan ketaatan dan kepatuhan yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan perintah Allah dan Rasulnya.b. ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata-mata. Sifat mengasihi dan menyayangi sesama muslim, menjaga hubungan ukhuwah atau persaudaraan dengan menunaikan hak dan tanggungjawab serta berusaha menjauhi permusuhan dan perbalahan . Kecintaan kepada muslim yang lain semata mata kerana Allah bukan sebab nafsu atau keduniaan.
c. Ia benci untuk kembali kepada kekufuran sama dengan bencinya jika dilempar ke dalam neraka. Berusaha bersungguh sungguh menjauhi unsur-unsur dan perbuatan yang membawa kepada syirik dan kekufuran.
3) Islam menyeru umatnya agar sentiasa memelihara iman agar sentiasa teguh dan mantap . Itulah kemanisan iman .
Wallahua'lam untuk hari ini.