Bab 15

2.9K 53 7
                                    

"AIN tak malu ke orang kerja sebagai delivery boy aje ni?" tanya Faith.

Mereka baru sampai ke rumah. Ainnura sudah mula belajar semula di universiti untuk semester terakhirnya. Jika jadual belajar padat, dia akan tinggal di asrama. Tapi dia selalu merengek suruh Faith pergi jemputnya untuk balik rumah mereka. Faith ikut saja. Faith pun bukan tahan tak tengok muka Ainnura banyak hari. Tak dapat pahala kononnya. Padahal tak tahan tanggung rindu.

"Nak malu apa? Kerja halal, kan? Ain tak kesah Faith kerja apapun asalkan rezeki yang baik-baik."

"Yalah, orang pergi kerja kan dah tak pakai baju segak-segak dah, pakai uniform macam ni aje. Kerja pula gitu-gitu aje. Takutlah Ain segan dengan kawan-kawan, bila dia orang tanya husband kerja apa?" Saja Faith nak mengusik Ainnura. Nak menguji hati si isteri.

Ainnura cubit manja perut Faith sekali.

"Eee... Faith ni saja tau. Faith handsome ke, tak handsome ke, kerja bagus ke, kerja biasa-biasa aje ke, tetap suami Ain juga. Suami yang Ain sayang dunia sampai akhirat sana."

Faith senyum suka dengan apa yang didengar telinganya.

"Tapi orang dah tak dapat belanja Ain mewah-mewah macam dulu dah. Semua kena catu. Nak beli baju mahal untuk Ain pun kena fikir banyak kali."

"Lebih baik ada daripada tak ada, Faith. Tak mewah pun, Ain tak pernah berlapar, kenyang aje Faith bagi makan. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Pelan-pelan kita usaha baiki taraf hidup kita, ya?" pujuk Ainnura, lebih kepada beri kata semangat pada Faith. Sambil tu dia sendengkan muka ke lengan Faith.

Sungguh dia tak kesah semua tu. Tak dapat makan luar macam dulu-dulu pun dia tak pernah merungut. Asalkan ada suaminya yang baik itu, dia rasa dah cukup sempurna segala. Sayang Faith tak pernah berkurang walaupun dia orang selalu kesempitan duit, malah kasih Faith semakin hari semakin melimpah ruah untuknya. Tak ada duit, dia orang lebih banyak habiskan masa berdua di rumah.

"Tapi orang teringin juga nak kasi bini orang pakai baju mahal-mahal, barang mekap lawa-lawa..." ujar Faith perlahan.

"Eh, la ni Ain tak lawa ke?" Bulat mata Ain pandang Faith.

Faith tergelak. Bukan itu maksudnya yang sebenar. Ainnura saja pusing-pusing cakap.

"Lawa. Kalah tuan puteri kayangan. Tambah-tambah masa dalam bilik." Faith pusing-pusing cakap juga. Serentak dengan itu, dia tarik Ainnura menuju ke bilik.

"Faith jahat!" marah Ainnura sambil pukul-pukul lengan Faith, tapi tetap ikut aje ke mana Faith halakan kaki.

Faith terus ketawa. "Rindulah, Ain. Dua malam peluk bantal kekabu aje..."

Bab melawakan Ainnura ni Faith memang terkilan bila tak cukup duit untuk beli pakaian yang dia berkenan untuk isterinya. Faith yang terkilan tau. Bukan Ainnura. Faith suka lihat Ainnura pakai baju yang cantik, berkualiti dan nampak high taste. Dia suka gayakan Ainnura ikut kehendak matanya. Sekarang terpaksalah dia tahan nafsu sebab kocek tak tebal mana. Sementara nak dapat pekerjaan lain yang lebih sesuai dengan kelulusan dan pengalamannya.

"Pagi semalam kan Faith... Ain dengar kuliah subuh kat kolej, ustaz tu kata dua kunci rezeki dan ketenangan dalam hidup seorang lelaki, yang pertama sayang dan jaga isteri dia baik-baik dan yang kedua jaga solat."

Faith angguk mengiakan. "Ya Ain... Orang tau, sebab tu orang sayang sangat kat awak." Lalu dia cium pangkal kepala Ainnura. Kalau Ainnura tak ingatkan pun, dia akan sentiasa buat dua benda itu sebaik mungkin.

AINNURA tengah memasak. Kejap lagi Faith balik dari kerja. Kasihan Faith, hari minggu pun kena kerja. Kerja sekarang tak sama dengan kerja sebelumnya. Jauh berbeza dalam setiap segi. Dulu gaji banyak, kerja mudah sikit. Sekarang kerja lebih teruk dengan gaji cukup-cukup makan. Kadang-kadang kena korek duit simpanan. Tapi nak buat macam mana, dah takdir macam ni yang mereka kena hadap.

RINDU YANG TERLARANGWhere stories live. Discover now