"Allahuakbar...", bisik Darlene perlahan. Wajahnya sudah mulai hilang darah. Dahinya berpeluh ketakutan.
Arisha mengacukan pistolnya ke arah Darlene sebelum dia tersenyum sinis.
Darlene terus memejamkan matanya dengan rapat. Jika ajal sudah mahu menjemputnya, dia redha.
"Akak", panggil satu suara garau dari arah belakang Arisha.
Dengan pantas Arisha terus menoleh ke belakang.
"Apa yang akak buat ni ? Kita kat Malaysia ni kak", kata Spencer lembut.
"Kenapa Spen tak balik lagi ?", tanya Arisha lembut.
"Saya tahu akak mesti akan datang sini. Sebabtu saya tak balik lagi", jawab Spencer jujur.
"Pergi baliklah, Spen. Semua ni takda kena mengena dengan you pun", kata Arisha mendatar.
"Akak tahu apa position saya dalam kumpulan mafia ni ?", tanya Spencer tiba-tiba.
"Magician. Mengaburi mata mangsa, ataupun menarik perhatian mangsa", jawab Arisha mendatar.
"Yeah... Kerja saya memang tarik perhatian orang", kata Spencer sebelum dia tiba-tiba menunduk.
Bang ! Bang ! Bang !
Arisha menunduk selepas dia menyedari peluru tadi melalui betul-betul di tepi kepalanya.
Dengan pantas Arisha menoleh ke arah tempat Darlene tadi, malangnya gadis itu sudah tiada di situ. Yang ada hanyalah
Hayden yang sedang melangkah ke arahnya. Kedua belah tangan elok memegang pistol yang diacukan ke arah Arisha.
"Holy shit", kata Arisha perlahan sebelum dia turut mengacukan pistolnya ke arah Hayden yang sudah berhenti melangkah.
"Apa kau buat ni sial ? Kau fikir ni Amerika ke ?", tanya Hayden dingin.
"Duduk sini, jangan pergi mana-mana. Spencer ada untuk jaga kau", kata Jayden kepada Darlene yang sudah berada di dalam kereta Hayden.
Darlene hanya menganggukkan kepalanya sedikit sebelum dia menoleh ke arah Spencer yang baru melangkah masuk ke dalam kereta itu.
"Errr... Sir nak pergi mana ?", tanya Darlene perlahan.
"Buat kerja", jawab Jayden mendatar sebelum dia terus berlalu dari situ.
"Kau dah makin biadab sekarang, Hayden. Siapa yang ajar kau jadi macam ni ? Perempuan tu ke ?", tanya Arisha dingin.
"Kau yang ajar aku lah sial. Urusan kau dengan aku langsung takda kena mengena dengan perempuan tu. Kau nak bunuh, kau bunuh aku. Tak payah usik orang lain", Hayden menjawab dengan dingin.
"Alololo... So gentle...", kata Arisha dalam nada perli.
"Aku takkan teragak-agak untuk bunuh kau, Hay. Ingat tu", sambung Arisha lagi.
"Habistu ? Bunuh jelah. Jangan nak sembang macam sial dekat sini", jawab Hayden masih dingin.
Tanpa banyak kata Arisha terus menarik pemicu pistolnya.
"Stop it, kak", kata satu suara dari arah tepi Arisha.
Arisha menoleh ke kirinya sebelum dia tersenyum sinis.

YOU ARE READING
[Terbit ]Mr. Headhunter [UNEDITED]
RomanceUS Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ramai yang dah jadi mangsa, kau nak jadi yang seterusnya?" -Mark Hayden William Jejaka yang sentiasa...