Bab 18

96.8K 8.4K 3.2K
                                    

               Tiga minggu kemudian...

Baju kurung bewarna putih yang dipakai oleh Darlene ditenung lama dari dalam kamera telefon bimbitnya. Hari ini dia akan menjadi isteri yang sah kepada salah seorang orang atasan di dalam kumpulan mafia Amerika.

"Tak sangka kau dah nak jadi isteri orang. Baru tiga minggu lepas berbincang, hari ni dah akad nikah", kata Aina yang berada di sebelah Darlene.

"Aku tak dapat nak agak lagi apa yang akan jadi dengan hidup aku bila aku dah kahwin nanti", kata Darlene sambil menyandarkan badannya.

"Tak payah agaklah wei. Ikut jelah rentak kehidupan kau tu", kata Aina sambil mengusap lembut bahu Darlene.

Tiba-tiba pintu kereta Toyota Vellfire itu dibuka dari luar. Muncullah seorang jejaka yang memakai serba hitam.

"Wow... Cantiknya you. Dah macam arnab je I tengok", kata Spencer sambil mengangkat keningnya.

"Arnab ??", tanya Darlene sambil mengangkat keningnya.

"Lepasni you panggil I Spen je tau", kata Spencer dengan senyuman.

"Eh ? Kenapa pula ?", tanya Darlene tidak faham.

"Oh you tak tahu lagi eh ? Lepas you sah jadi isteri Hay, you akan diberhentikan kerja. You akan duduk rumah je. And lagi satu, you akan jadi isteri kepada Hayden", kata Spencer ramah.

"Hahhh ?!!!!", jerit Darlene kuat.

"Iya", jawab Spencer sepatah.

"Apa kaitan kalau saya jadi isteri sir Hayden sekalipun ?", tanya Darlene lagi.

"Hay tu darjat ke-3 tinggi dalam family. Kalau orang hormat dia, orang kena hormat you sekali. So lepasni panggil I Spen je tau. Bye !", kata Spencer sebelum terus menutup pintu kereta petak itu.

                 "Untunglah... Terus dihormati hahaha", kata Aina sambil menepuk bahu Darlene dengan perlahan.

                 "Macam mana aku nak ada duit kalau aku tak kerja ?!!", tanya Darlene kuat.

                 "Kau ni dah kenapa ? Bongok ke ? Suami kau kan ada. Pandai-pandailah dia bagi kau duit bulan-bulan", kata Aina selamba.

                "Takkan aku nak bergantung dekat dia je wei ? Malu lah kalau aku nak beli barang peribadi pun kena mintak duit dia", kata Darlene sambil mengurut kepalanya yang sedikit jauh terlajak berfikir.

               "Alamak ai kau ni... Serabutlah aku dibuatnya", kata Aina sambil terus membuka pintu kereta.

               "Kau nak pergi mana ?", tanya Darlene perlahan.
   
                "Tu... Puan Avrin dah panggil dah tu", kata Aina sambil menunjuk ke arah Avrin yang sedang memanggil-manggil menggunakan isyarat tangan. Fellen dan Ferris juga berada bersamanya dengan baju kurung kecil yang bewarna putih.

                "Aduh.... Debarnya aku !!", kata Darlene sebelum dia mengikut langkah Aina.

              "Dah ready ?", tanya Avrin lembut.

              "In syaa Allah...", jawab Darlene lembut.

              "Jom kita masuk", kata Avrin sambil menunjuk ke arah dalam masjid. 
   
               "Jom", kata Aina sambil memegang tangan Darlene.

                Mereka melangkah dengan perlahan masuk ke dalam masjid. Terdapat banyak mata-mata yang terus memandang ke arah Darlene. Terlalu ramai lelaki yang memakai serba hitam. Yang Darlene kenal hanyalah Jayden, Spencer, Ariq, Aryan, Kevin dan Alex. Yang lain semuanya Darlene tidak kenal. Darlene terkejut selepas melihat kelibat dua orang lagi abangnya turut berada di situ.

[Terbit ]Mr. Headhunter [UNEDITED]Where stories live. Discover now