"Bro...",tegur Ariq sebelum dia melangkah ke arah katil Hayden.
"Siapa kau ?," tanya Hayden mendatar.
Oh bullshit.
"Kau ingat kelakar ke ?", tanya Jayden yang turut melangkah ke arah katil Hayden.
"Hahahahahaha", Hayden melepaskan tawanya terbahak-bahak.
"Bodoh. Kau ingat ni drama indon ke nak hilang ingatan bagai ?", kata Ariq penuh sinis.
"Manalah tahu kan ? Boleh lah Darlene mintak tolong dengan ikan emas lepasni", kata Jayden pula.
"Tak pun mintak tolong dengan buk peri", sambung Spencer.
Hayden hanya tersenyum nipis. Pedih hatinya melihat isterinya itu menangis disebabkan dia. Tetapi apakan daya ? Seronok pula hahaha.
"Jangan haraplah kau nak hilang ingatan bagai. Kalau kau hilang ingatan, siapa yang nak buat kerja lepasni ?", tanya Ariq mendatar. Hayden lah tulang belakang keluarga itu. Kalau dia hilang ingatan, siapa yang mahu menggodam semua CCTV di seluruh dunia ? Pokok kaktus ? Siapa yang mahu menjadi Headhunter di dalam kumpulan ? Ikan sardin ?
"Apasal balut kaki, tangan, kepala bagai ni ? Bukannya kau kena langgar dengan trelar pun", kata Aryan yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
Hayden hanya tersenyum lebar. Benar, dia seorang eagle eye. Menipulah jika kata dia tidak nampak sebuah trelar meluru laju ke arahnya. Malangnya dia sempat melompat keluar dari kereta sebelum keretanya dirempuh laju. Tetapi selepas dia melompat keluar, dia dilanggar pula oleh sebuah kereta yang dipandu laju oleh....
"Kau yang langgar aku sial", kata Hayden kepada Ariq.
"Astghfirullahalazim... Apa kau cakapkan ni Hayden ? Bawak mengucap. Kau sedar tak apa yang kau cakap ni ?", kata Ariq yang acah-acah alim itu. Dia punya munafik, Abuja pun kalah.
"Kepala hotak kau lah. Kau ingat aku tak kenal kereta kau ke ?", kata Hayden mendatar.
"Hahahaha. Woi anjing, manalah aku tahu kau nak berguling-guling macam nangka busuk dekat atas jalan tu. Aku tengah full-speed kot masa tu, manalah sempat nak break", kata Ariq dengan wajah yang dibuat-buat tidak bersalah.
"Lain kali tak payah nak bawak kereta laju sangat. Rumah tu tak lari lah", celah Aryan mendatar. Tangan dilipat ke dada.
"Ah sial kau punya nasihat munafik. Kau lupa ke kau pernah libatkan dia dalam kemalangan jugak ?", kata Ariq mendatar. Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.
"Tu cerita dulu", kata Aryan dengan senyuman nipis.
"Dahlah. Kau tahu tak siapa yang langgar aku tu ?", tanya Hayden mendatar.
"Akulah", jawab Ariq mendatar.
"Anjing. Bukan tu maksud aku. Maksud aku yang bawak trelar tu. Siapa ?", tanya Hayden lagi.
"Oh... Cakaplah awal-awal. Tu Harry", kata Ariq mendatar.
"Harry ? Aku ingatkan...", kata Hayden sebelum ayatnya dipotong.
"Killer angel ? Aku pun ingat dia. Tapi rupanya dia ada dekat rumah sedap tengok TV drama korea", potong Ariq.
"Bodoh. Habistu kenapa korang tak bunuh je Harry tu ?", tanya Hayden masih mendatar.

YOU ARE READING
[Terbit ]Mr. Headhunter [UNEDITED]
RomanceUS Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ramai yang dah jadi mangsa, kau nak jadi yang seterusnya?" -Mark Hayden William Jejaka yang sentiasa...