Hayden hanya memerhati Darlene yang sedang mengemas katil sebelum dia melangkah ke almari solek. Telefon bimbit milik Darlene dicapai. Telefon baru.
"Oh... Saya lupa nak ucap terima kasih sebab belikan saya phone baru", kata Darlene yang menyedari suaminya sedang memegang telefon bimbitnya.
Hayden yang mendengar itu hanya mampu terdiam. Bila masa pulak aku belikan kau phone baru.
"Sir tak pergi kerja ke harini ?", tanya Darlene lembut.
"Tak. Malas", jawab Hayden sebelum terus melangkah keluar dari bilik.
"Macam mana Hay ? Tahu ke siapa yang keluar dengan Lene semalam ?", tanya Avrin yang kebetulan sedang berjalan di hadapan pintu bilik mereka.
"Hmm, tahu", jawab Hayden mendatar.
"Habistu macam mana ? You nak diamkan jeke ?", tanya Avrin sambil melangkah mengekor Hayden untuk turun ke bawah.
"I tak rasa dia nak cederakan Lene", kata Hayden sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar. Whatsapp dibuka.
Bro. Aku pergi kerja lewat sikit -Hayden
Tak apa. Jaga bini kau tu bro -Froy
Thanks bro. Kejap lagi aku uruskan meeting -Hayden
Okay -Froy
"Habistu you rasa dia nak apa dari Lene ?", tanya Avrin penuh tanda tanya.
"I tahu dia cuma memerhati. Tak apalah, kalau dia memerhati. I pun akan memerhati jelah", kata Hayden sambil membuka komputer ribanya yang sudah berada di atas meja kopi.
"You nak perhati je ? You takkan menyesal ke kalau something bad happen dekat Lene nanti ? Mungkin bukan harini. Tapi maybe di kemudian hari", kata Avrin penuh ketegasan.
Hayden tidak menjawab malah terus menekan-nekan papan kekunci di komputer ribanya.
"Ikut suka hati you lah. Kalau apa-apa jadi, jangan kata i tak ingatkan you", kata Avrin sebelum terus melangkah meninggalkan Hayden di situ.
"You tu tengah pregnant. Tak perlu lah risau sangat. Nanti apa-apa jadi dekat kandungan you, mati i Froy kerjakan", kata Hayden yang menyedari Avrin sudah mahu melangkah pergi.
"Tak perlu risaukan kandungan i sedangkan isteri you sendiri pun you malas ambil peduli", kata Avrin pedas sebelum terus naik ke tingkat atas semula.
Hayden hanya mendiamkan diri. Mata masih ditumpukan ke skrin komputer riba. Kalau aku tak risau, aku takkan buat semua benda ni.
"BMW I8", kata Hayden sambil matanya meneliti di skrin komputer riba. Rakaman CCTV yang menangkap susuk tubuh lelaki yang membawa isterinya keluar langsung tidak kelihatan. Nampaknya lelaki itu bukanlah calang-calang orang.
"Macam mana....", kata Hayden sambil mencari-cari lagi bayang lelaki itu tetapi masih tidak kelihatan. Yang ada cumalah kereta lalu-lalang. Mungkin lelaki itu berjalan melalui setiap kesesakan.
"Kenapa kau menyorok kalau kau tahu kau akan berdepan dengan aku ?", tanya Hayden sendirian. Cukup tidak puas hati apabila lelaki yang dia yakin adalah lelaki yang membawa isterinya itu keluar tidak kelihatan di dalam mana-mana rakaman CCTV.

YOU ARE READING
[Terbit ]Mr. Headhunter [UNEDITED]
Roman d'amourUS Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ramai yang dah jadi mangsa, kau nak jadi yang seterusnya?" -Mark Hayden William Jejaka yang sentiasa...