Mereka melangkah masuk ke dalam banglo sebesar istana milik Ariq. Sejak kebelakangan ini, di situlah mereka suka berkumpul.
"Kau pergi masuk bilik. Aku ada kerja nak buat", kata Hayden mendatar.
"Erk... Saya tak tahu bilik tu kat mana. Lagipun, kita duduk sebilik ke ?", tanya Darlene perlahan.
"Kat tingkat dua. Naik lif tu pastu masuk kanan. Ada bilik no 15. Kenapa kau tanya kita sebilik ke tidak ?", tanya Hayden semula. Mata masih merenung anak mata milik Darlene.
"Err... Takda apa-apa", jawab Darlene sambil menunduk.
"Takkan aku nak duduk dalam bilik Frandy pulak. Neraka habis", kata Hayden sebelum terus melangkah meninggalkan gadis itu di hadapan tangga.
Darlene melepaskan nafas beratnya lagi. Entah ini kali keberapa lah dia melepaskan nafas berat selepas berkahwin dengan lelaki sedingin salju ini.
Perlahan-lahan Darlene melangkah masuk ke dalam lif sebelum tiba-tiba Spencer turut melangkah ke dalam lif.
"Hi", tegur Spencer.
Darlene tidak membalas malah hanya memberikan senyuman.
"Dah lama tinggal sini ?", tanya Spencer agak bodoh di situ.
Darlene mengerutkan keningnya tanda tidak faham.
"Saja je bergurau. Hahaha. Tengok tu ! Anak ayam berenang !", kata Spencer sambil menunjuk ke arah dinding kaca lif.
Dengan pantas Darlene menoleh ke arah dinding kaca itu sebelum dia menoleh kembali ke arah Spencer. Bodoh aku ni pergi percaya. Mana ada anak ayam berenang dalam lif.
Kosong.
"Aik ?? Mana dia pergi ?", kata Darlene seorang diri. Mata memandang ke arah pintu lif yang baru terbuka. Macam mana dia boleh keluar kalau pintu tak buka lagi tadi ? Pelik.. Pelik...
Darlene melangkah keluar sebelum dia mencari-cari bilik yang dikatakan oleh suaminya sebentar tadi.
"15", bisik Darlene sendiri sebelum dia terus membuka pintu bilik itu dengan perlahan. Rumah itu sangat sunyi. Tiada siapa di dalam rumah sebesar istana itu melainkan mereka.
"Wahhhh.....", bisik Darlene sendiri selepas melangkah masuk ke dalam bilik yang besar dan penuh dengan kristal itu. Mewah semewah-mewahnya.
Bagasinya sudah pun berada di dalam bilik itu. Siapa yang letak pun dia tidak tahu. Mungkin Hayden.
Darlene melompat naik ke atas katil sebelum dia terbaring sambil menutup matanya. Nikmat dunia...
Selang beberapa minit, Darlene pun tertidur di atas katil bersaiz King yang sangat selesa itu.
Satu jam kemudian...
Tok... Tok... Tok...
Darlene membuka matanya dengan perlahan-lahan selepas mendengar ketukan di cermin sliding door bilik itu.
Mata terus menoleh ke arah datangnya bunyi itu.
Darlene mengerutkan dahinya. Kelihatan Hayden sedang berdiri di balkoni sambil kedua belah tangannya terletak elok di dalam kocek seluar. Kacak seperti biasa.

YOU ARE READING
[Terbit ]Mr. Headhunter [UNEDITED]
RomanceUS Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ramai yang dah jadi mangsa, kau nak jadi yang seterusnya?" -Mark Hayden William Jejaka yang sentiasa...