Darlene melangkah turun ke tingkat bawah sebelum dia terus masuk ke dalam dapur yang besar itu.
Kelihatan Avrin dan Erika sedang bertungkus-lumus menyiapkan sarapan pagi buat semua rakyat di dalam rumah itu.
"Good morning. Nak tolong boleh ?", tanya Darlene lembut.
"Morning. Tak payahlah. Dah nak siap dah pun haa", kata Avrin juga lembut.
"Iyelah", kata Darlene sebelum dia mengambil tempat di kerusi tinggi di meja itu.
"Morning, Hay", sapa Erika kepada Hayden yang baru sahaja melangkah masuk ke dapur itu.
"Morning. Froy mana ?", tanya Hayden sejurus selepas dia mengambil tempat di meja makan.
"Tengah bersiap dekat atas. Kejap lagi dia turun", jawab Avrin lembut.
Darlene merenung ke arah Hayden yang sedang duduk bersandar di kerusi meja makan. Lelaki itu sentiasa nampak segak dengan sut kerja lengkapnya.
Darlene kemudian terus melangkah ke arah Erika.
"Macam mana you bezakan antara Hayden dengan Jayden ?", bisik Darlene perlahan.
"Senang je. Firstly, you kena...", Erika tidak sempat menghabiskan ayatnya.
"Darlene. Mari sini", panggil Hayden mendatar.
Darlene terkejut dengan panggilan mengejut Hayden itu tetapi dia tetap melangkah ke arah lelaki sedingin salju itu.
"Iya, sir Hayden", kata Darlene lembut. Kepalanya ditundukan sedikit untuk menunjukkan hormat.
"Duduk", kata Hayden sepatah.
Tanpa banyak kata, Darlene terus mengambil tempat berhadapan dengan Hayden.
"Good", kata Hayden sepatah sebelum dia terus mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus dibelek. Darlene langsung tidak dihiraukan.
Tiba-tiba Darlene menoleh ke arah seorang lagi jejaka kacak yang baru melangkah masuk ke dapur. Sut kerjanya yang kemas menonjolkan lagi kekacakannya.
Jayden terus mengambil tempat di sebelah Hayden sebelum dia menoleh ke arah Darlene yang sedang malu-malu kucing.
Darlene tersenyum malu apabila menyedari dirinya diperhati.
Hayden dan Jayden hanya memerhati Darlene yang seperti kerang busuk itu. Dah apahal minah ni ? Nak mati dah ke ?
"Ni dah kenapa ? Dah nak mati ke ?", tanya Ariq yang baru sahaja melangkah masukk ke dapur itu.
Dengan pantas Darlene bangun dari duduknya sebelum dia melangkah ke arah Avrin. Malu apabila ditegur begitu.
"Mana Ar ?", tanya Ariq sambil mengambil tempat di kerusi Darlene sebentar tadi.
"Tak turun lagi", jawab Jayden mendatar.
Avrin melangkah ke arah meja makan sambil membawa sarapan pagi mereka iaitu nasi goreng kampung.
Tok... Tok... Tok...
Tiba-tiba kedengaran ketukan dari almari barang dapur. Darlene yang mendengar itu terus menoleh ke arah pintu almari.
YOU ARE READING
[Terbit ]Mr. Headhunter [UNEDITED]
RomanceUS Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ramai yang dah jadi mangsa, kau nak jadi yang seterusnya?" -Mark Hayden William Jejaka yang sentiasa...