"Sampai hati abang Rul buat Lene macam ni ?! Kenapa abang nak sangat Lene kahwin dengan mafia tu ?! Abang sendiri pun tahu diorang tu pembunuh kan ?!", kata Darlene kuat. Sungguh terkejut saat abang sulungnya itu datang dan memberitahu apa niat sebenar dia berjumpa dengan gadis itu.
"Kau tu dah besar panjang. Memang baguslah kau kahwin. Takdalah menyusahkan hidup aku lepasni", kata Fezrul selamba.
"Lene tak sangka abang macam ni ! Sangat-sangat tak sangka ! Sejak bila abang boleh setuju Lene berhubungan dengan manusia yang tak henti-henti buat dosa ?! Sejak bila bang ?!", jerit Darlene kuat.
Hayden, Jayden, Spencer, Ariq dan Aryan hanya mendengar di sebalik dinding. Mereka memang sudah agak situasi itu memang akan berlaku di antara mereka beradik.
"Sejak kau bukan lagi adik aku !!", jawab Fezrul kuat.
Darlene terduduk saat mendengarkan jawapan abangnya itu. Air mata mulai mengalir dengan deras. Sudah bertahun mereka tidak berjumpa, tetapi abangnya masih lagi dengan egonya.
"SubhanAllah bang... Tolong beristighfar banyak-banyak bang. Tolong percaya arwah ayah pergi kerana ajal", kata Darlene dalam tangisannya.
"Kau tak payah nak mengajar aku. Aku suruh kau kahwin, kahwin jelah ! Dahlah, apa-apa suruh bakal suami kau contact aku. Aku balik dulu", kata Fezrul sebelum terus bangun dari duduknya.
"Abang.... Ampunkan Lene abang...", kata Darlene yang terus melutut di hadapan abangnya. Kaki abangnya dipegang dengan sayu.
"Ah ! Kau tak payah nak mintak ampun sangat ! Aku jijik tengok muka kau tahu tak ?!", kata Fezrul sambil menendang tangan Darlene supaya melepaskan kakinya.
"Abang.... Tolong ampunkan Lene abang... Lene sayangkan abang... Lene rindukan sangat-sangat dekat abang, abang Fadza dan abang Faris...", kata Darlene sambil terus memegang kaki abang sulungnya itu.
"Berambus lah !!!!", jerit Fezrul sebelum dia terus menyepak tangan Darlene dengan kuat sehingga gadis itu tertolak jauh.
"Easy, bro", kata Hayden yang sudah berdiri di belakang Fezrul.
Fezrul menoleh sebelum dia terus mendiamkan diri. Mata bertentang mata. Lelaki barat itu nampak sangat menakutkan walau tidak memegang senjata.
"Saya balik dulu. Apa-apa, encik terus call saya", kata Fezrul sebelum terus melangkah keluar dari rumah yang gah itu.
Hayden hanya memerhati lelaki itu melangkah keluar sebelum dia menoleh ke arah Darlene yang sedang menangis di atas lantai. Gadis itu nampak sedih, sayu, terseksa...
"Dah lah tu... Pergi naik bilik, tenangkan diri tu", kata Hayden mendatar.
"Takda siapa yang faham saya... Sir bukannya tahu jalan hidup saya macam mana... Kenapa sir tergamak buat saya macam ni ? Kenapa sir buat semua ni tanpa pengetahuan saya ? Apa dosa saya dekat sir sampai sir seksa saya macam ni ?", kata Darlene dalam tangisannya. Ada dendam di dalam setiap kata-katanya.
Hayden hanya mampu terdiam mendengar kata-kata Darlene itu. Kau pun tak faham yang itu je pilihan yang aku ada. Kalau hidup kau tak berada dalam bahaya, aku takkan ikat kau lah.
"Apa salah saya sir....", kata Darlene sambil menutup mukanya dengan telapak tangan.
Hayden mencangkung di hadapan Darlene sebelum dia merapatkan sedikit wajahnya dengan wajah Darlene yang bertutup dengan telapak tangan itu.

YOU ARE READING
[Terbit ]Mr. Headhunter [UNEDITED]
Roman d'amourUS Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ramai yang dah jadi mangsa, kau nak jadi yang seterusnya?" -Mark Hayden William Jejaka yang sentiasa...