Bab 29

92.2K 7.8K 1.8K
                                    

Darlene terduduk di atas kerusi tempat menunggu selepas mendapat panggilan daripada Aryan bahawa Hayden telah terlibat dalam kemalangan.

Air mata Darlene berguguran jatuh. Sedih. Sangat sedih. Dia baru nak merasa kebahagiaan bersama Hayden yang sudah semakin banyak bercakap dengannya.

"Sabar. Hayden mesti tak apa-apa", kata Avrin sambil mengambil tempat di sebelah Darlene.

Darlene hanya mampu menunduk. Mulutnya ditutup menggunakan kedua belah tangannya.

"Sabar...", kata Avrin sambil mengusap belakang badan Darlene dengan lembut.

"Kereta... Kereta dia... Hancur... Hancur awak...", kata Darlene dalam tangisnya.

Avrin yang mendengar itu hanya mampu terdiam. Ya, dia melihat dengan matanya sendiri, kereta Audi milik Hayden memang hancur. Ianya seperti tiada peluang bagi Hayden untuk teruskan hidup.

"Kita sedekahkan al-Fatihah untuk Hayden ya ? Semoga dia cepat sembuh", kata Avrin yang cuba untuk memujuk.

"Saya takut hilang dia... Saya takut hilang dia...", kata Darlene sebelum Avrin terus menarik gadis itu ke dalam pelukan.

Jayden, Spencer, Ariq dan Aryan yang sedang berdiri di penjuru hanya memerhati Darlene yang sedang menangis. Tangan masing-masing berada elok di dalam kocek seluar.

"Aku tak tahu nak cakap apa bro", kata Jayden dengan matanya yang sedang merenung Darlene.

"Dahlah. Semuanya akan beransur pulih", kata Aryan mendatar.

"Kesian Darlene", kata Spencer sayu. Cukup prihatin dengan isteri kepada kawan baiknya itu.

"Takpalah, biarkan dia. Nanti lama-lama dia okay lah tu", kata Aryan sambil memegang bahu Spencer.

"Kenapa semua ni jadi kat Lene... Kenapa ? Kenapa ?", kata Darlene sayu. Cukup berat dugaan baginya.

"Sabar Lene. Kalau Hay tahu Lene sedih macam ni, nanti Hay lagi sedih", kata Avrin yang cuba untuk menenangkan Darlene.

"Kenapa dia tinggalkan Lene... Kenapa...", kata Darlene lagi.

"Hay tak tinggalkan Lene lah. Dia ada je dalam bilik tu. Ika tengah rawat dia. Lene sabar ye ?", kata Avrin lembut. Bahu Darlene diusap beberapa kali.

"Darlene...", panggil Aryan lembut.

Darlene yang mendengar suara Aryan itu terus menoleh sebelum air matanya diseka dengan kasar.

"Hayden tak apa-apa. Janganlah risau", kata Aryan yang juga cuba untuk memujuk.

Jayden, Spencer dan Ariq hanya memerhati dari jauh. Tidak mahu masuk campur.

"Ika tengah rawat dia kat dalam. Lene janganlah risau ya ?", kata Aryan lagi.

Darlene hanya mampu menunduk.

Tidak lama kemudian, pintu bilik kecemasan dibuka dari dalam sebelum Erika melangkah keluar dari bilik.

Darlene terus berlari mendapatkan Erika.

"Macam mana dengan Hayden ? Mana Hayden ?", tanya Darlene dengan air mata yang masih bersisa.

"Hayden sekarang tengah tak sedarkan diri. Tapi dia dah stabil. Awak boleh tengok dia lepas dia dipindahkan ke wad kritikal ya ?", kata Erika lembut. Ariq yang menyuruhnya merawat Hayden. Ini hospital Aryan, suka hatilah nak suruh siapa rawat pun.

[Terbit ]Mr. Headhunter [UNEDITED]Where stories live. Discover now