Hayden melangkah masuk ke dalam rumah banglo itu selepas mengambil komputer ribanya yang berada di dalam kereta.
"Bawak bersabar, Fran. In syaa Allah anak kita tak apa-apa", kata Aryan mendatar. Serabut melihat Ariq yang sedari tadi tidak duduk diam.
"Kau gila ke ? Tu je satu-satunya anak aku tau tak ? Dia bakal ambik alih tempat aku tau tak ? Kalau dia takda, memang hancur aku", kata Ariq mendatar. Wajahnya diraup beberapa kali.
"Iya tahu. Tapi kalau kau kehulur-kehilir macam tu, kau ingat boleh selesaikan masalah ke ?", tanya Aryan mendatar.
"Bro. Kau fikir kita berdepan dengan orang biasa, orang cikai yang senang-senang Hay bunuh. Tapi sekarang ni kita berdepan dengan kakak kita sendiri tau ? Dia tahu mana kelebihan dan kelemahan dalam kumpulan ni. Jadi aku tak rasa dia akan mudah-mudah bagi Hay jejak dia", kata Ariq sambil mengambil tempat di sebelah Aryan.
"Kita cuba dulu", kata Hayden sebelum dia mengambil tempat di sofa hadapan Aryan. Komputer ribanya dibuka dengan kasar.
"Aku still tak faham kenapa kak Isha buru si Darlene tu", celah Jayden yang sedang duduk di sebelah abang kembarnya.
"Hanya dia je yang tahu jawapannya", kata Aryan mendatar.
"Dia tak sayang anak buah dia ke ?", tanya Spencer yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
"Tu lah ! Bodoh betul lah !!", kata Ariq kuat. Wajahnya diraup lagi.
Hayden memberikan sepenuh tumpuan pada komputer ribanya sebelum dia menoleh ke arah Ariq dan Aryan.
"Dia memang taknak kita jejak dia", kata Hayden mendatar.
"Tak boleh nak detect ?", tanya Aryan dan Ariq serentak.
Perlahan-lahan Hayden menggelengkan kepalanya beberapa kali.
"Shit !!!", jerit Ariq kuat.
"Habistu nak buat apa ni ? Kita tengah berdepan dengan orang bijak tau !", kata Spencer kuat.
"Yeah... Dia agak bijak, tapi aku lagi bijak", kata Hayden sambil mengangkat keningnya sebelah.
"Then bagitahulah apa nak buat !!", marah Ariq.
"Tunduk !!", kata Hayden kuat.
"Hah ?", tanya Jayden, Ariq, Aryan dan Spencer.
"Aku cakap tunduk lah babi !", kata Hayden sebelum dia menundukkan kepala dan badannya ke lantai.
Bang ! Bang ! Bang ! Bang ! Prang !!
Dengan pantas Jayden, Ariq, Aryan dan Spencer menundukkan kepala dan badan mereka.
Tingkap kaca rumah itu kini sudah pecah.
"Sial punya anak anjing. Habis rumah baru aku", kata Ariq mendatar.
"Siapa pulak diorang ni ?", tanya Aryan mendatar.
Hayden hanya mendiamkan diri sambil matanya mencuri-curi pandang ke luar rumah.
YOU ARE READING
[Terbit ]Mr. Headhunter [UNEDITED]
RomanceUS Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ramai yang dah jadi mangsa, kau nak jadi yang seterusnya?" -Mark Hayden William Jejaka yang sentiasa...