"Apa fungsi kita jaga diorang ni sebenarnya ? Kita ni bodyguard diorang ke apa ?", tanya Ariq mendatar. Wajah cukup bengis.
"Aku pun tak faham sebenarnya. Apa fungsi kita jaga perempuan-perempuan ni ? Siapa diorang dalam hidup kita sampai kita nak kena jaga diorang ?", tanya Spencer pula.
Hayden hanya terdiam. Dia pun tidak tahu kenapa dia jaga isterinya itu. Cuma yang dia tahu, dia telah pun jatuh sayang pada gadis itu.
"Aku nak jawapan cepat. Dua minggu lagi kita akan balik US. Siapa rasa nak tinggal sini sebab nak jaga perempuan-perempuan tu, sila tinggal", kata Aryan penuh dengan ketegasan.
Jayden hanya mendiamkan diri. Dia sukakan gadis bernama Sofia itu. Tetapi malangnya, tiada rasa sayang langsung untuk gadis itu. Aina ? Huh ! Lagilah takda rasa apa-apa. Rasa benci ada lah.
"Jomlah", kata Jayden tiba-tiba.
Hayden, Spencer, Ariq dan Aryan terus menoleh ke arah Jayden.
"Pergi mana ?", tanya Aryan mendatar.
"Hantar perempuan-perempuan tu balik rumah diorang", kata Jayden sambil berdiri dari duduknya.
"Kau serius ?", tanya Ariq dengan dahi yang dikerutkan.
"Tak payah cakap pasal kahwin. Aku takda rasa langsung nak memperisterikan mana-mana perempuan buat masa sekarag ni", kata Jayden mendatar.
"Hmm. Kalau macamtu, boleh lah kita hantar dua-dua tu balik kampung diorang", kata Aryan perlahan.
"Aku dah lama nak suruh hantar diorang balik. Akhirnya termakbul juga doa aku..", bisik Hayden perlahan.
Aina mendengar lagu sambil berbaring di atas katil. Kaki elok digerakkan ke kanan dan kiri. Bahagianya hidup tak payah kerja tapi duduk rumah besar, gaji pun masuk, makan pun sedap. Huhuhu.
Pangg !!!!
Tiba-tiba pintu bilik itu dibuka dengan kasar dari luar. Muncullah Ariq yang bodoh.
"Woi !!! Apa redah bilik orang macam tu ?!!! Takda adab ke ?!!!!", jerit Aina kuat.
"Ni rumah aku lah sial. Aku nak kau kemas baju kau sekarang. Sila keluar dari rumah ni", kata Ariq dingin.
"Hah ?!!!! Keluar dari rumah ni ?!! Taknak !!!", jerit Aina kuat.
"Sial kau ni. Kau ingat ni rumah kau ke ? Dasar perempuan tak sedar diri. Dah miskin buat cara miskin", kata Ariq penuh sinis.
Aina hanya mendiamkan diri. Nafas sudah mulai turun naik.
"Apa yang kau tak puas hati ? Ke kau nak aku sepak kau keluar dulu baru kau nak keluar ?", tanya Ariq dingin.
"Tak boleh nak cakap elok-elok ke ?! Orang tahulah nak keluar dari rumah ni ! Kau jangan ingat aku hadap sangat nak duduk dalam rumah ni !", jerit Aina kuat.
Tiba-tiba Aina menoleh ke arah Hayden yang tiba-tiba melangkah masuk ke dalam bilik itu. Matanya yang menikam itu menunjukkan yang dia ialah si pembunuh Hayden.
"Ada benda nak cakap lagi ke ?", tanya Hayden penuh dingin.
"Tak... Takda. Saya kemas baju kejap", kata Aina sebelum terus melangkah turun dari katil.
YOU ARE READING
[Terbit ]Mr. Headhunter [UNEDITED]
RomanceUS Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ramai yang dah jadi mangsa, kau nak jadi yang seterusnya?" -Mark Hayden William Jejaka yang sentiasa...