Bab 10

104K 7.7K 1.3K
                                    

Darlene menghirup kopi yang dibuat oleh Arisha. Mereka bukanlah diculik, tetapi sebenarnya Arisha membawa mereka ke tempat yang lebih selamat. Arisha tahu Harry akan datang ke rumah mereka untuk membunuh orang yang Hayden sayang, dan orang itu ialah Darlene.

Untuk menjaga keselamatan adik-adik ipar dan anak-anak buahnya, Arisha terpaksa membawa mereka dengan cara yang sebegitu rupa.

Ubat tidur yang diberikan kepada Fellen, Ferris dan Aaden pada hari semalam bukanlah ubat tidur yang sebenar. Ianya cuma ubat penenang khas kanak-kanak. Ianya tidak bahaya dan tidak merisikokan apa-apa.

"So sekarang ni Harry dah salah faham lah ? Dia fikir Hayden sayangkan Darlene ?", tanya Avrin yang juga sedang menikmati kopinya.

"Iya. Dia fikir Lene tu buah hati Hayden", jawab Arisha mendatar.

"Macam mana dia boleh fikir sampai macam tu sekali ?", tanya Darlene lembut.

"Sebab dia nampak you selalu dengan Hay", jawab Arisha mendatar.

Darlene yang mendengar itu hanya mendiamkan diri. Bila masa pulak aku selalu dengan sir Hayden ???

"Sebab ni ke akak datang cari Hay ?", tanya Avrin lagi.

"Yes. Nyawa korang semua dalam bahaya sebab Harry dah berubah jadi pembunuh", jawab Arisha tenang.

"Nak tanya sikit ni", kata Erika yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

"Hm ?"

"Kenapa akak tinggalkan Hay ?", tanya Erika mendatar.

"Dia tak jaga perasaan akak langsung. Sikit pun taknak luangkan masa dengan akak. Akak macam bercinta dengan tiang elektrik je tau tak ?", jawab Arisha sambil bermain-main dengan telefon bimbitnya.

               "Lagi ?", tanya Avrin pula.

               "Dia tu pentingkan kerja sangat. Pantang betul kalau orang usik kerja dia. Sampai akak pun dia tak ambil kisah", kata Arisha lagi.

                "Akak kan dah kenal Hay tu jenis yang macam mana. Kenapa akak desak dia lagi untuk luangkan masa dengan akak ?", kata Avrin lembut.

                "Sampai bila, Rin ? Sampai bila dia nak pentingkan kerja dari orang sekeliling ? Nanti suatu hari kalau dia dah kahwin, macam mana dengan isteri anak-anak dia ? Sampai bila dia nak pentingkan kerja dari semua tu ?", tanya Arisha pula.

               Darlene hanya mendiamkan diri. Tidak mahu masuk campur dalam urusan keluarga mereka.

                "Tu Rin tak tahulah kak. Tapi kita semua kenal Hay tu macam mana. Daripada mula-mula Rin kenal dia, sampailah sekarang. Hay memang sangat komited dengan kerja", kata Avrin lembut.

                "Sejujurnya, akak sayang Hay lagi ?", tanya Erika yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

                "Akak sayang dia sebagai seorang adik. Tak lebih dari tu", jawab Arisha jujur.

                 Avrin dan Erika hanya menghela nafas panjang sebelum mereka menghirup kopi masing-masing.

                 "Kak, Ika rasa kita kena bagitahu diorang yang kita selamat dengan akak", kata Erika lembut.

                 "Hmmm", jawab Arisha malas.

                  "Sakitlah !!!!! Berapa kali aku nak cakap yang aku takda kena mengena dengan penculikan bini kau !!!", jerit Khai kuat.

[Terbit ]Mr. Headhunter [UNEDITED]Where stories live. Discover now