Bab 11

109K 8.8K 2.9K
                                    

Rumah banglo yang bewarna kelabu itu ditenung lama oleh Ariq. Entah apa yang ditenung pun tidak tahulah.

"Tak habis lagi ke tenung rumah tu ?", tanya Aryan kepada Ariq. Bahu adiknya ditepuk dengan kasar.

"Tak. Kalau boleh esok baru habis", jawab Ariq sebelum dia terus melangkah ke belakang keretanya. But kereta dibuka dengan kasar.

"Nak guna senjata ke bro ?", tanya Hayden yang baru melangkah ke arah Ariq. Matanya tertumpu pada beg senjata yang berada di dalam but kereta.

"Habistu kau nak guna air liur ke ?", tanya Ariq sinis.

"Lagi best. Boleh aku ludah kat muka kakak kau", jawab Hayden dengan senyuman sinisnya. Kaki terus melangkah ke arah keretanya. But keretanya juga dibuka dengan kasar sebelum beg senjata kegemarannya dicapai dengan kasar.

                "Aku tak rasa kita perlu guna senjata", kata Spencer tiba-tiba.

                 Mata masing-masing terus tertumpu pada Spencer yang terus melangkah mendekati rumah banglo yang besar itu.

                 Hayden menoleh ke arah Ariq sebelum mereka berdua mengangkat bahu masing-masing.

                 Hayden mengeluarkan telefon bimbitnya sebelum dia membelek-belek dengan pantas.

                "Kau nak pergi mana ?", tanya Aryan kepada Spencer.

                "Pergi mati", jawab Spencer sebelum dia terus menunduk dan berdiri di depan tembok pagar.

                "Aku tahu macam mana nak bukak pagar ni tanpa bunyikan siren rumah", kata Spencer sebelum dia mencapai sebatang batang besi kecil dari kocek seluarnya.

                 Jayden, Ariq dan Aryan hanya memerhati Spencer yang sedang mencungkil pagar yang setinggi 10 kaki itu. Masing-masing menggelengkan kepala mereka.

                  Tiba-tiba pagar sebesar alam itu terbuka dengan luas. Spencer hanya memerhati pagar itu terbuka sebelum dia menoleh ke arah Hayden yang sedang memandang ke arahnya.

                "Apa guna ada aku kalau kau nak cungkil pagar tu macam orang zaman batu ? Bodoh", kata Hayden sambil menunjuk telefon bimbitnya ke arah Spencer. Dia kemudian menyimpan telefon bimbitnya sebelum terus melangkah masuk ke dalam kawasan rumah itu dengan selambanya.

                 "Berlagak betul", kata Spencer perlahan.

                  Jayden, Ariq dan Aryan hanya tersenyum nipis sebelum mereka terus mengekor langkah Hayden.

                 Dengan pantas Spencer mengekor mereka yang sudah mulai meninggalkannya di belakang. 

                "Memang kita nak masuk rumah orang macam masuk rumah sendiri ke ?", tanya Spencer perlahan.

                "Pandai-pandailah cover", kata Ariq mendatar.

                "Cover apa ?", tanya Spencer tidak faham.

                 Tiba-tiba pintu rumah banglo itu terbuka dari dalam.

                 Dengan pantas Hayden, Jayden, Ariq dan Aryan berlari ke tepi rumah.

                "Spencer ?", tanya Arisha yang menyedari Spencer sedang berdiri di depan rumahnya.

                "Errrr...", Spencer tidak tahu mahu kata apa.

[Terbit ]Mr. Headhunter [UNEDITED]Where stories live. Discover now