Darlene hanya memerhati Hayden yang sedang membetulkan tali lehernya. Kacaknya....
"Kau kenapa ?", tanya Hayden yang menyedari dirinya ditenung.
"Takda apa. Saja tengok sir", jawab Darlene yang masih berada di atas katil.
"Aku pergi kerja dulu", kata Hayden sebelum terus melangkah keluar dari bilik itu.
"Aik ? Macam tu je ?", tanya Darlene sendiri. Kening dikerutkan sebelum dia melangkah turun dari katil untuk mandi.
Tiba-tiba pintu dibuka dari luar dengan kasar sebelum Hayden muncul semula dengan beg kerjanya.
Darlene hanya memerhati Hayden yang seperti tertinggal barang itu.
Hayden mencapai selaras pistolnya yang berada di dalam laci sebelum peluru dimasukkan dengan pantas sekali. Pistol itu kemudian diletakkan di belakang seluar.
Darlene hanya memerhati Hayden yang sudah mahu melangkah keluar semula dari bilik itu.
"Aku nak bagi kau amaran. Jangan pernah sekali pun usik barang aku", kata Hayden sebelum dia terus melangkah keluar dan menutup pintu dengan kuat.
Darlene hanya terdiam. Seram mendengar amaran daripada suaminya itu. Naik bulu roma.
Darlene kemudian terus melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Selepas 30 minit, barulah dia keluar dengan badan yang sudah dibaluti baju.
Darlene mengambil tempat di atas katil sebelum dia mengelap rambutnya yang masih basah. Telefon bimbit dicapai sebelum whatsapp daripada bekas tunangnya dibaca.
Semoga bahagia Lene. Abang sentiasa doakan Lene bahagia. Walau bukan dengan abang.
Darlene yang membaca itu sudah naik geli. Drama siot. Kau tak payah nak doakan aku sangatlah."Bosannya. Apa aku nak buat ?", tanya Darlene kepada diri sendiri. Jam baru menunjukkan pukul 9:30 pagi. Suaminya akan pulang pada lewat petang. Dia ada masa berjam-jam lagi untuk bersendirian. Melainkan kalau dia mahu bergaul bersama gadis-gadis cantik yang sentiasa berada di dapur itu. Avrin dan Erika.
Darlene melangkah ke arah laci milik Hayden. Di situlah Hayden mengambil senjata dan pelurunya. Wow...
Perlahan-lahan Darlene membuka laci itu sebelum matanya terbuntang dengan luas. Bermacam jenis senjata terdapat di dalam itu. Yang paling mengerikan ialah, sniper.
"Kenapa dia jadi pembunuh eh ? Aku teringin nak tahu", kata Darlene sendiri.
Darlene kemudian menutup kembali laci yang berisi senjata itu. Niat nak sentuh tu ada, tapi karang jadi lain pula.
Darlene melangkah masuk ke dalam bilik baju untuk menyiapkan diri dan rambut. Selepas beberapa minit, dia melangkah keluar tanpa sedari seseorang sedang duduk di atas katil.
"Eh ? Sir ?", tanya Darlene. Mujur tuala mandinya masih berada di kepalanya."Siap. Aku bawak kau jalan", kata Hayden dalam kemeja kerja hitamnya. Tali leher sudah tiada di leher.
"Aik ? Sir ni mimpi ke ? Bukan ke sir kena pergi kerja harini ?", tanya Darlene yang pelik dengan kehadiran suaminya itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/152924938-288-k934599.jpg)
YOU ARE READING
[Terbit ]Mr. Headhunter [UNEDITED]
RomanceUS Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ramai yang dah jadi mangsa, kau nak jadi yang seterusnya?" -Mark Hayden William Jejaka yang sentiasa...