Darlene hanya termenung diluar rumah sambil tangannya mengusap tangannya sendiri. Sejak kepulangan mereka ke Kuala Lumpur, Hayden langsung tidak mempedulikannya, apatah lagi bercakap. Darlene mahu bertanyakan tentang sesuatu pun langsung tidak berani.
"Woi !", jerit Aina dari belakang.
Darlene menoleh ke belakang dengan mata bulatnya.
"Terkejut aku. Kau ni kenapa ? Apasal tak tidur lagi ?", tanya Darlene mendatar. Malas betul mahu melayan kawan kampungnya itu seorang.
"Hahahaha. Hodoh betul muka kau bila terkejut. Apasal kau termenung kat luar ni ? Putus cinta ke apa ?", tanya Aina sambil mengambil tempat di kerusi sebelah Darlene.
"Aku bersyukur at least aku ada muka tau. Takdalah... Aku cuma teringat kat abang-abang aku. Agak-agak kat manalah diorang sekarang kan ?", jawab Darlene tidak jujur.
"Buat apa kau nak ingat dekat diorang ? Diorang pun tak pernah ingat kat kau tahu tak ? Tak payah nak terhegeh-hegeh lah wei", kata Aina sambil membuat isyarat tangan.
"Tak salah pun. Diorang tu abang kandung aku tau. Diorang yang akan jadi wali aku kalau aku nak kahwin nanti tau", kata Darlene lembut. Sesungguhnya dia langsung tidak pernah melupakan tentang abang-abangnya yang sudah berjaya ketika ini.
"Apa-apalah Lene oi. Aku nak tanya sikit ni", kata Aina perlahan.
"Apa dia ?", tanya Darlene lembut.
"Kau tak perasan ke dari tadi kereta tu parking kat situ. Kereta siapa tu agak-agaknya ?", tanya Aina sambil menunjukkan isyarat mata ke arah sebuah kereta Toyota Vellfire yang terparkir berdekatan dengan rumah mereka.
"Aku perasan jugak. Tadi ada sorang lelaki badan besar keluar dari kereta tu, tapi dia dah masuk dalam kereta tu semula", kata Darlene perlahan.
"Kiranya lelaki tu still ada kat dalam kereta tu ke ?", tanya Aina lagi.
"Haah. Tiba-tiba aku rasa bahaya lah Aina", kata Darlene sebelum dia terus bangun dari duduknya.
Tiba-tiba tingkap kereta itu terbuka dengan perlahan sebelum seorang lelaki memandang ke arah Aina dan Darlene.
"Wei dia pegang pistol !!", jerit Aina kuat.
"Tunduk !!!!", jerit Darlene sebelum dia terus menunduk.
Bang !! Bang !! Bang !! Bang !!
"Arghhhhhhhh !!!!!!!", jerit Aina kuat.
"Allahuakbar !!!", jerit Darlene sambil merangkak dengan pantas untuk ke belakang rumah. Aina turut mengekornya dari belakang.
Bang !! Bang !! Bang !!!
Setelah tiba di belakang rumah, Darlene dan Aina terus memeluk kaki sendiri sebelum telinga mereka ditutup dengan rapat."Ya Allah, kau selamatkanlah kami ya Allah....", bisik Darlene perlahan.
"Arghhhhhhhhhh !!!!!", Aina masih lagi dengan jeritan pontianaknya.
Krekkkkk !!
Kedengaran bunyi pagar rumahnya dibuka dengan kasar.
![](https://img.wattpad.com/cover/152924938-288-k934599.jpg)
YOU ARE READING
[Terbit ]Mr. Headhunter [UNEDITED]
RomanceUS Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ramai yang dah jadi mangsa, kau nak jadi yang seterusnya?" -Mark Hayden William Jejaka yang sentiasa...