T 05

11.1K 625 12
                                    

Dia masuk ke dalam biliknya. Beg sekolah diletakkan di atas sofa lalu tubuhnya dihempas ke atas katil.

Terasa mahu roboh sekolah itu dikerjakan tadi. Kemudian dia teringat akan seseorang.

"Haih macam mana lah Ary tu boleh hadap si Maila tu. Fuh. Kira bagus Maila tu perempuan" tuturnya bersendirian.

Teringat akan manusia yang mempunyai pangkat yang sama sepertinya tetapi di sekolah yang berlainan.

"Huaa penatnya"

Butang pertama baju kemejanya ditanggalkan.

Matanya pula semakin memberat lalu perlahan-lahan pandangannya kabur.

5:30 P.M

Seorang jejaka berlari ke tepi padang. Tuala kecil yang terlipat elok di dalam beg sukannya diambil.

Peluh yang keluar dilapnya.

Arief datang menghampiri Rayyan setelah mereka diarahkan untuk berehat.

"Aduh badan aku rasa kena langgar dengan lori" omel lelaki itu.

Ashraff terus menumpuk perlahan bahu Arief kerana rakannya itu dari tadi mengurut bahunya.

"Sakit lah tak guna" kata Arief.

"Balik tampal hotpack ngok" balas Ashraff kemudiannya memandang ke arah Rayyan.

"Kau termenung jauh sangat asal?" soal Ashraff pelik dengan Rayyan yang tiba-tiba senyap.

Soalan itu tidak dibalas. Kemudian mata Ashraff melihat ke tempat yang sama Rayyan sedang melihat.

Terlihat beberapa pelajar perempuan sedang berlari melepasi pagar di trek larian arena yang sama.

"Pada lah nak usha ex pun" tegur Ashraff.

"Hah?" Rayyan terus tersedar.

"Alah aku nampaklah kau termenung jauh tengok girls student dekat trek" kata Ashraff.

"She just my past" kata Rayyan lalu meneguk minumannya.

"Tak guna pun dapat awek macam dia. Tengok ah dia putus dengan kau sebab Rais je kot. Apa punya perem— aduh sakitlah" kata-katanya dipotong oleh Arief yang tiba-tiba menyiku lengannya.

"Jerit macam pondan" kata Arief.

Ashraff mengusap lengannya.

"Betul juga apa yang Ash cakap tu" Arief pula tiba-tiba menyokong Ashraff yang baru disikunya sebentar tadi.

Rayyan menjeling rakan-rakannya tajam. Tidak habis-habis dengan bebelan mereka. Naik bernanah telinganya ini.

Latihan bola mereka kembali berjalan seperti biasa. Tempat jam 7 malam kesemua atlet mula beredar dari arena dan pulang ke rumah.

Aryssa's House

Aryssa masuk ke ruang makan.

"Arys breakfast?" ajak mummy.

Aryssa menggeleng lalu meneguk minuman jus oren yang sudah tersedia di ataa meja.

"Arys dah lambat. Ada benda nak kena settlekan" kata Aryssa terkelam-kabut.

Selepas menyalami tangan wanita itu dia segera menyarungkan sneakers lalu masuk ke dalam kereta.

Darvel Int.High

Rayyan membuka pintu kaca itu lalu masuk ke dalam kelasnya.

Telefon pintar dikeluarkan dari dalam beg lalu dimasukkan ke dalam poketnya.

Beg disangkut pada penyangkut yang disediakan di tepi mejanya.

Beberapa minit kemudian, Aryssa masuk ke dalam kelas lalu duduk di tempatnya.

Rayyan berjalan menghampiri meja Aryssa.

Meja gadis itu diketuk.

Aryssa mengangkat wajahnya.

"Aku nak salinan report kau pasal Sharizal yang kau bagi dekat principal semalam" ujar Rayyan mendatar sahaja nada suaranya.

Aryssa hanya mengangguk. Malas mahu membalasnya menggunakan mulut dan selepas itu Rayyan berjalan keluar dari kelas.

"Mamat ni tak pernah senyum ke. Baru pagi muka dah ketat" kutuk Aryssa.

Sememangnya Rayyan jarang sekali menunjukkan senyumannya yang mampu mencairkan hati para gadis yang memandangnya.

Rayyan melangkah menuju ke lif.

Button anak panah ke bawah ditekannya.

"Rayyan" tiba-tiba dia disapa dengan suara itu.

Rayyan menoleh. Dia cuba mengawal reaksi mukanya selepas melihat pemilik suara itu.

Perasaan sebenarnya cuba dikawal dari ditonjolkan.

"Rayyan saya cuma nak cakap. Tak salahkan kalau kita berkawan semula? Macam dulu-dulu" kata suara itu.

"That's not the real deal Maira" balas Rayyan.

Pintu lif terbuka. Rayyan segera melangkah masuk ke dalam lif itu dan diikuti pelajar yang dipanggil Maira itu.

"Tapi Rayyan saya tahu tu salah saya" ucapnya.

Rayyan sepertinya hanya menghiraukan setiap tutur kata gadis tersebut.

Ting

Pintu lif terbuka. Cepat-cepat jejaka itu keluar dari lif.

Namun, Maira setia mengekorinya.

Keadaan di sekolah masih sunyi kerana jam baru sahaja menunjukkan angka 6:15 pagi.

"Rayyan"

Maira mematikan langkah lelaki itu kerana dia kini berdiri di hadapan Rayyan.

"Apa lagi?" soal Rayyan.

Maira menghulurkan air tin minuman kepada Rayyan.

"For you" tuturnya.

Rayyan seperti tidak berminat untuk menyambut pemberian gadis di hadapannya.

"Saya tak ada niat lain pun. Please Rayyan take it" rayu gadis itu.

Rayyan mengeluh lalu huluran itu disambutnya. Alang-alang tekaknya juga terasa haus.

Air tin minuman itu dibuka dan diteguk oleh Rayyan tanpa curiga.

Maira hanya memerhati dengan perasaan yang bercampur-baur.

'I'm so sorry Rayyan. Maafkan saya. Saya terpaksa'

 Saya terpaksa'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TRAPPED✔ Where stories live. Discover now