T 22

10.2K 649 8
                                    

D-day

KLIA 2

Rayyan mengeluarkan beberapa buah bagasi dari dalam bonet kereta Audi R8 itu ke atas troli.

"Orang nak tolong tak nak" perli seorang gadis di sebelahnya yang sedang memeluk tubuh.

Rayyan memandang tajam gadis itu. Apalah nasib dia dapat seorang isteri yang mulut insurans cepat tamat tempoh ini.

"Whatever Aryssa" balas Rayyan.

Selesai mengangkat bagasi-bagasi itu keluar, Rayyan mengunci keretanya kemudian menolak troli bagasi masuk ke dalam kawasan lapangan terbang itu.

Manakala Aryssa yang berjalan di sebelahnya hanya menghadap skrin iPhone X.

"Did you already called your mom and dad?" soal Rayyan.

Aryssa mengangguk.

"Hah memang skrin buah apple tu lagi handsome daripada aku pun" geram Rayyan.

"Haah memang pun. So?" balas Aryssa.

Selesai menguruskan bagasinya, mereka duduk sebentar di Starbucks sementara menunggu yang lain untuk tiba.

Jari Rayyan laju sahaja menaip di atas permukaan licin skrin telefon pintarnya.

Manakala Aryssa juga sibuk melayan telefonnya juga.

daren99_rayy

daren99_rayy Going to send you away for a long time

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

daren99_rayy Going to send you away for a long time

"Aryssa!"

Sebaik sahaja mendengar namanya dilaung kuat, Aryssa mendengus.

"Can you guys slow down your voice? Bingit. Malu orang tengok" bebel Aryssa.

Aliyana dan Edrisya berdiri tegak di tepi meja itu.

"Sorry" ucap mereka serentak.

"Duduk la. Rimas aku" arah Aryssa.

Mereka akur. Rayyan bangun lalu memberikan tempatnya kepada Aliyana manakala dia duduk di sebelah Aryssa.

Tidak lama kemudian, terlihat dua jejaka masuk ke dalam cafe itu juga.

Mereka berbual-bual sehinggakan Rayyan mengerling ke arah jam tangan Rolex, miliknya.

"I think we should go. Did you already called your parents?" soalannya beralih kepada Aryssa saat mereka semua bangun.

Aryssa hanya mengangguk kemudian mengambil beg tangan jenama Chanel itu.

Mereka berjalan beriringan keluar dari tempat itu.

"Hey lama dating sampai lupa mummy ke?" perli wanita itu saat melihat anak dan menantunya sibuk berbual-bual di belakang kawan-kawan mereka.

Rayyan dan Aryssa berbalas pandangan lalu menjongketkan bahu mereka.

"La mummy dating la dengan daddy tu" seloroh Aryssa.

PAP

"Mummy" Aryssa terjerit kecil lalu mengusap lengannya.

"Tak apa. It's okay nanti kamu dekat sana, mummy nak pinjam Rayyan. Dating dengan Rayyan. Jangan jealous" sakat mummy sengaja.

Aryssa memutarkan bola matanya ke atas.

"Take it mummy. I don't care. Pinjam tak nak pulang balik pun tak apa" balasnya menyampah.

Manakala Rayyan pula yang pening di situ.

"Hah dah-dah. Nanti dating entah ke mana flight pula terbang ke mana" celah daddy yang sabar menanti untuk anak dan isterinya berhenti bertikam lidah. Namun, hampa.

Serentak itu satu pengumuman dibuat yang menandakan para penumpang yang mengambil penerbangan ke Amsterdam untuk masuk ke dalam perut pesawat.

Aryssa berpelukan dengan orang tuanya kemudian bergambar bersama Aliyana dan Edrisya. Manakala orang tua Rayyan kini berada di Dubai sekali gus tidak dapat menghantar pemergiannya.

Yang terakhir sekali, Aryssa berhenti di hadapan Rayyan. Sempat dia menunduk lalu memandang ke arah jari Rayyan yang tersarung cincin perkahwinan mereka.

"Hey" panggil Rayyan.

Aryssa mengangkat wajahnya.

"I'm not forcing you to go Aryssa but—"

"No. It's okay. At least one from us should stay and clear our name back" potong Aryssa.

Rayyan mengeluh.

"Take care" tutur Aryssa yang hanya menepuk bahu Rayyan.

Baru sahaja setapak Aryssa melangkah, tangan gadis itu dipegang.

Aryssa kembali menoleh dengan raut wajah yang penuh dengan tanda tanya.

"I will be waiting for you" tutur Rayyan.

Aryssa hanya menghadiahkan senyuman buat jejaka itu. Pegangan itu dilepaskan.

Aryssa menarik nafasnya dalam kemudian melepaskannya semula. Lamgkah diteruskan sehingga tiba di pintu balai pelepasan.

"You can do this" gumamnya.

Mereka hanya memerhati Aryssa sehingga tubuh gadis itu hilang di sebalik pintu automatik yang menghalang pandangan mereka untuk menghantar pemergian gadis itu.

Ashraff dan Arief menghampiri Rayyan.

"Tugas kau dah selesai. Misi kau sekarang ialah untuk bersihkan nama kau dengan dia" kata Ashraff serentak itu menepuk bahu kawannya.

"Yes" sokong Arief.

"Hello jejaka idaman Darvel di sana, tak nak balik ke" perli suara itu.

Mereka berpaling. Edrisya dan Aliyana sudah menghentak-hentak kasut tinggi mereka mungkin penat berdiri lama.

Ashraff dan Arief masing-masing menepuk dahi mereka.

"Balik je la" kata Arief.

"Okay shut. Jom semua balik" potong Rayyan malas mahu mendengar mereka bertengkar.

Lagi-lagi kini Aryssa sudah tiada untuk menghentikan pergaduhan antara rakan-rakan mereka.

Silap hari bulan boleh cacat pendengaran dirinya ini.

Rayyan masuk ke dalam keretanya. Sempat juga dia membetulkan rambutnya melalui cermin pandang belakang.

Beberapa saat selepas itu dia memulakan pemanduannya untuk pulang ke rumah.

Pada masa yang sama pesawat yang dinaikki oleh Aryssa berlepas ke bumi Netherlands.

TBC

TRAPPED✔ Where stories live. Discover now