T 33

8K 517 11
                                    

"Thanks sebab sudi teman saya. Nampaknya jodoh kita kuat"

Aryssa memandang Ikhmal dengan wajah kosong. Jam tangannya kembali dikerling.

Ikhmal yang pelik dengan Aryssa yang berkali-kali melihat jam tangannya itu terus menegur.

"Awak kenapa asyik tengok jam je?" soal Ikhmal.

"Er— boleh tak you duduk sorang. I ada hal ni" tutur Aryssa ingin bangun.

Tetapi Ikhmal terlebih dahulu memegang lengan wanita itu.

Aryssa tersentak. Pantas dia menarik kembali lengannya terkejut.

"Aryssa Rania" dia kaku.

Kedatangan Rayyan dan Ashraff itu benar-benar mengejutkannya.

Ikhmal turut berdiri.

"Rayyan semua ni—"

"Butik mummy? Oh I tak tahu pula mummy ada buka butik cafe" sindir Rayyan. Agenda sebentar tadi benar-benar menyakitkan matanya.

Dia ingatkan Rais cuba untuk menipunya, jadi dia pergi ke tempat ini untuk mendapatkan kepastian. Tidak sangka pula semuanya betul.

"Rayyan I—"

"Enjoy your meeting" tutur Rayyan sinis lalu beredar.

Ashraff terkial-kial mengejar langkah kawannya itu.

"Weyh Ray, lek ah mana tahu—"

"Apa? Aku nampak semuanya dengan mata kepala aku sendiri bro. Kau jangan nak backup dia" amarah Rayyan memuncak.

Matanya tajam memandang Ikhmal.

"Ni kali terakhir aku jumpa kau. Jangan berani lagi tunjuk muka kau depan aku" ujar Aryssa. Nada suaranya berubah begitu juga dengan panggilannya.

Ikhmal terkedu. Tidak pernah lagi dia melihat sikap Aryssa yang ini. Laju langkahnya pergi meninggalkan Ikhmal di situ.

Pintu rumah ditutup. Tali lehernya dilonggarkan.

"Ray dah balik? Kamu jumpa Aryssa dekat butik mummy dia?" soal Engku Masni.

Wajah uminya dipandang. Sakit pula hatinya mengingatkan kejadian tadi.

"Riz mana mi?" soal Rayyan tanpa menjawab soalan uminya tadi.

"Ada dengan walid dekat laman belakang" jawab Engku Masni.

Wajah tampan anaknya dipandang.

"Ray ada problem ke?" tembak Engku Masni.

Lelaki itu menggeleng.

"Ray nak naik atas mandi dulu" pamit Rayyan.

Wanita itu hanya membiarkan anaknya pergi. Dia terus kembali ke dapur untuk menyediakan kuih dan air buat suaminya.

Beg tangan Vincci itu diletakkan kasar di atas meja kaca di hadapannya.

Bahagian pelipisnya diurut. Edrisya yang duduk di atas sofa yang berada di situ terkejut dengan kedatangan rakannya itu.

"Lambat kau. Jammed ke?" soal Edrisya.

"Nothing" Aryssa mengeluh perlahan.

"Kau dah tengok ke nak design macam mana? Oh mana Al?" soal Aryssa.

"Al busy. Dia pergi melawat Arts University harini" balas Edrisya.

Maka, perbincangan mereka bermula. Edrisya sendiri mahu Aryssa yang mereka gaun pengantinnya memandangkan kawannya itu mengambil course fashion designer.

17:45

Pintu kereta ditutup. Langkah diatur masuk ke dalam rumah. Mendengar gelak tawa dari belakang rumah, Aryssa terus berjalan mendekati.

"Mummy dah balik" laung anaknya yang elok duduk di atas pelampung swan berwarna putih yang terapung di atas air.

Aryssa menghadiahkan senyuman buat anaknya kemudian beralih ke ibu mentuanya yang duduk di kerusi batu yang diletakkan di tepi kolam. Tangan tua wanita itu disalam.

"Walid mana umi?" soal Aryssa sebaik sahaja tidak melihat bapa mentuanya beriadah sekali.

Manakala Rayyan, suaminya seperti tidak terkesan dengan kehadirannya di situ sibuk melayan anak mereka. Aryssa tersenyum hambar.

"Walid baru naik tadi" tutur Engku Masni lalu menuangkan air teh panas ke cawan menantunya.

Menantunya bukan seorang penggemar kopi asli.

Muka lesu menantunya ditatap. Nalurinya jelas mengatakan seperti ada sesuatu yang terjadi kepada anak dan menantunya.

"Kenapa Aryssa? Kamu ada masalah dengan Ray ke?" soal Engku Masni lembut.

Aryssa tersenyum pahit. Baru sahaja pagi tadi mereka terasa bahagia tetapi kini, disebabkan satu salah fahaman semuanya berubah dalam sekelip mata.

"Tak ada apa umi" bohong Aryssa. Teh panas itu dicicipnya sedikit dengan berhati-hati.

"Arys, umi ni dah berpengalaman. Kalau ada masalah settle baik-baik ye. Arys dengan Ray pun dah 4 tahun berkahwin. Tapi sekarang baru nak rasa hidup berkeluarga. Umi faham kalau ada masalah tu" tebakkan wanita itu semuanya tepat-tepat belaka.

"Terima kasih umi" ucap Aryssa.

"Mummy mummy" jerit Rizcky sebaik sahaja dia keluar dari kolam renang lalu berlari mendapatkan Aryssa.

Segera Aryssa mencapai tuala yang terlipat di atas kerusi.

"Apa basah-basah ni anak mummy?" soal Aryssa sambil membaluti tubuh kecil anaknya. Bibir juga sudah berubah warna.

"Daddy" tuturnya sepatah ditambah dengan mulutnya dimuncungkan seperti itik.

Rayyan yang juga sedang mengeringkan rambutnya terus mencuit Rizcky.

"Nak salahkan daddy la tu" ujarnya.

Namun melihat Aryssa wajahnya kembali berubah dingin.

"Jom shower dengan daddy" tubuh anaknya terus diangkat.

Anak beranak itu terus pamitan masuk ke dalam rumah. Aryssa mula mengurut pelipisnya. Kepalanya terasa pening secara tiba-tiba. Engku Masni yang sedang mengemas cawan dan teko terus mengerling ke arah menantunya.

"Kenapa Arys?" soal Engku Masni risau.

"Tak ada apa umi. Penat sikit je. Biar Arys kemas semua ni, umi masuk la dulu" tutur Aryssa dengan senyuman yang cuba dimaniskan.

"Baiklah. Umi masuk dulu" pamit Engku Masni.

Selepas Engku Masni beredar, Aryssa mengeluh. Entah mengapa dirinya berada tertekan. Rayyan, dia kenal perangai suami itu seperti apa. Jika sudah marah pasti susah untuk dia menjelaskan perkara yang sebenarnya. Lagi-lagi dia lihat sendiri kejadian itu. Rayyan Daren percaya apa yang dilihat dengan mata kepalanya sendiri.

TBC

TRAPPED✔ Where stories live. Discover now