T 13

10K 641 15
                                    

Darvel Int.High

Kringg

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat bagi semua sesi sudah tamat.

Aryssa dengan hati yang senang keluar dari bilik pengawas lalu ingin pulak ke kelas.

Tetapi sebaik sahaja dia tiba di hadapan lif, dari jauh sudah kedengaran namanya dijerit kuat.

"Vice Senior Aryssa"

Aryssa menoleh. Terdapat dua pengawas lelaki sedang berlari ke arahnya.

Aryssa memandang ke arah mereka yang sudah berhenti tercungap-cungap di hadapannya.

"What's wrong with you two?" soal Aryssa pelik.

"Abang Rayyan dengan Rais bertumbuk dekat cafeteria" balas salah seorang daripada mereka.

"What?" Aryssa terjerit kecil.

Manakala yang seorang lagi mengangguk.

Tanpa menunggu lama Aryssa membuka langkah ke cafeteria yang sepatutnya dikosong pada waktu begini kerana loceng sudah berbunyi.

Cafeteria

Buk

Rayyan terjatuh dan bibirnya sudah dipenuhi dengan darah.

Ashraff dan Arief ingin membantu tetapi pantas dihalang oleh Rayyan.

Rayyan bangkit semula sambil mengesat darah di tepi bibirnya.

"Tu sebab kau nak rapat balik dengan Maira" kata Rais. Mukanya tidak kurang jahanam dikerjakan oleh Rayyan.

Rayyan membalasnya dengan senyuman sinis yang telah menaikkan api kemarahan dalam diri Rais.

"Then kau nak perangkap aku sama macam kau gunakan Aryssa lagi?" soal Rayyan sinis.

Tanpa membalas apa-apa Rais maju ke hadapan lalu mengangkat tangannya yang sudah dikepal menjadi penumbuk.

"Both of you enough" jerit suara itu.

Mereka yang berada di situ menoleh.

Rais tiba-tiba bengang melihat Aryssa di situ.

"Selamat kau kali ni" kata Rais sambil menepuk bahu Rayyan.

Aryssa memandang mereka berdua.

"Bilik disiplin sekarang" tuturnya tanpa teragak-agak.

Dua pengawas lelaki yang memberitahu kejadian itu kepada Aryssa hanya menunduk dan mengekori di belakang gadis itu beredar dari tempat itu.

Bilik disiplin

"Rasanya dah boleh buang sekolah" tutur Aryssa tanpa melihat ke arah Rais.

Fail di hadapannya di tutup. Kemudian dia memandang tajam ke arah Rais dan beberapa orang lagi. Rayyan juga turut tidak dikecualikan.

"Kau takkan boleh buang aku dari sekolah ni" tutur Rais yakin.

Aryssa bangun lalu berjalan menghampiri Rais.

"Kau ingat aku takut dengan kau" balas Aryssa.

Rais melangkah setapak ke hadapan mendekati Aryssa.

Edrisya ingin menghalang tetapi telah ditahan oleh Aliyana terlebih dahulu.

Menggunakan dua jari, Rais menyelak rambut Aryssa yang tidak berikat itu lalu menampakkan leher gadis itu.

"Huh Rayyan tak ingin nak guna kau ke" balasnya lalu menurunkan tangannya semula.

Rayyan yang bersandar pada dinding terus memandang ke arah Rais tajam.

Aryssa sudah mengangkat tangannya tinggi namun dicengkam oleh Rais.

Tambahan dicengkam kuat oleh lelaki itu.

Menggeletar tangan Aryssa ketika itu.

"Kau tak terima lagi ke hadiah daripada aku semalam?" soal Rais lalu melepaskan cengkamannya.

Aryssa terus mengusap pergelangan tangannya yang sudah merah itu.

Rais terus menghantar isyarat kepada anak buahnya.

"Baik korang semua tengok" kata Rais.

Aryssa yang tidak mengerti itu terus membuka WhatsApp.

Unknown Number

Photo

Mata Aryssa membulat.

Masing-masing yang membuka website sekolah juga turut terkejut.

"Live in peace Tengku Aryssa" bisik Rais lalu keluar dari bilik itu.

Aliyana memandang ke arah Aryssa. Mukanya merah namun matanya berair.

Gambar yang dilihat mereka itu ialah gambar Rayyan dan Aryssa ketika berada di stor lama. Namun, wajah Rayyan di-blurkan dan hanya menampakkan wajah Aryssa yang pengsan dalam dakapan Rayyan.

Arief bergegas ke bilik pengawas untuk mendapatkan MacBook-nya. Dia tahu apa yang perlu dilakukan tanpa disuruh Rayyan.

"Argh"

Prang

Aryssa membaling telefonnya ke arah cermin almari kaca yang berhadapan dengannya.

Dia terduduk.

Aliyana dan Edrisya masing-masing sudah menguak rambut mereka ke belakang.

Ini akan jadi satu masalah besar.

Rayyan memandang ke arah Aryssa.

Aryssa mengambil cawan kaca yang berada di atas meja itu dan dipecahkannya.

"Aryssa stop" halang Aliyana setelah dapat mengagak tindakan bodoh kawannya itu.

Prang

Serpihan kaca itu digenggam kuat oleh Aryssa.

Darah mula menitik ke lantai.

"Aryssa lepaskan kaca tu" jerit Edrisya.

Air mata Aryssa mula mengalir membasahi pipi putih gadis itu.

"No never. Stay away from me" laung Aryssa.

Tanpa disedari Aryssa, Rayyan datang mendekatinya.

Kaca itu pantas dipisahkan dari tangan Aryssa.

"Let me go" laung Aryssa sebaik sahaja Rayyan memeluknya.

"Ambil first aid" arah Rayyan.

Pantas Aliyana bertindak. Aryssa meronta minta dilepaskan.

Akhirnya dia jatuh terduduk sambil menangis.

Rayyan yang hanya mampu melihatnya juga buntu.

Darah terus mengalir dengan banyaknya lalu menyebabkan Aryssa pengsan.

"Aryssa" jerit Edrisya.

Badan kawannya itu digoncang berkali-kali.

Namun tiada tidak balas.

Rayyan menguak rambutnya ke belakang.

"Bawa dia pergi sickbay Ray. Aku call doktor" arah Ashraff.

Keadaan menjadi kelam-kabut. Tanpa teragak-agak Rayyan terus mencempung tubuh Aryssa.

Edrisya menanggalkan blazer-nya bagi menutup bahagian kaki Aryssa.

Aryssa terus dibawa ke sickbay.

TBC

TRAPPED✔ Where stories live. Discover now