T 21

9.8K 625 14
                                    

Western Restaurant

Aryssa duduk bermain dengan telefon pintarnya sementara menunggu ketibaan Rayyan yang mungkin sedang pulang ke rumah untuk menukar pakaiannya.

"Eh tu bukan Aryssa Rania ke?"

"That instafam?"

"Yes. Haah la tu dia"

Bunyi suara-suara itu membuatkan Aryssa mengangkat wajahnya melihat ke arah meja yang tidak jauh daripada mejanya.

Sekumpulan budak perempuan sedang memandang ke arahnya itu dilihat lalu sebuah senyuman dihadiahkan.

"Haah la weyh tu dia. Adik Tengku Aryana"

"Cute tho"

Selang beberapa minit kemudian, seorang jejaka yang memakai kaca mata hitam masuk ke dalam restoran itu.

Jejaka itu berjalan menghampiri sebuah meja yang diduduki oleh seorang perempuan.

"Dah order?" soalnya lalu menanggalkan kaca mata hitamnya.

"OMG ITU BUKAN KE RAYYAN DAREN"

Aryssa menutup telinganya. Bingit.

Rayyan menoleh ke arah meja budak perempuan itu.

"Nak tukar?" soal Rayyan.

"Sokay. Diaorang dari tadi macam tu" balas Aryssa lalu mengacau minumanya.

Rayyan bersandar pada kerusi kemudian melihat ke arah kerusi yang terletak di sebelah Aryssa.

"Beli apa je?" soal Rayyan sebaik sahaja melihat hampir 10 paperbags berada di atas kerusi itu.

"No nothing" balas Aryssa lalu mengemam bibirnya.

Ya dia tahu barangnya itu terlalu banyak.

"Are you sure nak pergi Amsterdam? Or nak tukar tempat lain?" soal Rayyan dengan berhati-hati. Kerana itu ialah pilihannya bukan Aryssa. Jadi dia perlu mengambil kira soal gadis itu juga.

"Sokay. I'm fine" balas Aryssa.

Sedang mereka berbual-bual, makanan pun tiba.

15:03

Selesai sahaja makan, mereka berjalan-jalan di sekitar mall itu walaupun satu mall itu sudah dijelajahi oleh Aryssa berseorangan.

Rayyan yang memegang beberapa beg kertas Aryssa berjalan di sebelah gadis itu.

"So how about your parents?" soal Rayyan.

Mata-mata yang memandangnya tidak dihiraukan langsung.

"Oh yea they okay with it" kata Aryssa sedikit kekok.

"You don't mind kena duduk sana sorang?" soal Rayyan.

"Nah I'm fine" balas Aryssa sambil matanya melilau ke beberapa buah butik pakaian berjenama itu.

Ketika berjalan tangan mereka berlaga dan hal itu menyebabkan Rayyan terus menggenggam jari-jemari Aryssa.

Aryssa terkejut.

"Just because of your hand tak reti stay still so I will lock your hand" bisik Rayyan.

Aryssa memandang tepat ke arah anak mata Rayyan.

"Jom" ajak Rayyan.

'Oh heart please duduk diam-diam. Ugh gosh I'm dead. Tu la Aryssa tangan tak reti duduk diam-diam'

"Kan bagus kalau dari tadi duduk diam-diam" kata Rayyan.

"Whatever" balas Aryssa menyampah.

Sekarang baru dia terasa menyesal dan ingin meraung. Tidak pasal-pasal dia diperhatikan oleh beberapa pengunjung remaja di situ.

"La garang pun tahu blushing ke?" sakat Rayyan sengaja.

Aryssa terus menoleh memandang ke arah jejaka itu.

"Diam la" tutur Aryssa. Rasa mahu melarikan dirinya saat ini.

"Why?" soal Rayyan sambil tergelak.

"Dah la jom balik. Aku ada futsal malam ni" ajak Rayyan.

Mereka berjalan beringin sambil berpegangan tangan sehingga ke kawasan tempat letak kereta.

Selepas menghantar Aryssa ke kereta gadis itu, Rayyan bergegas ke keretanya.

"Rayyan"

Tiba-tiba namanya dipanggil. Jejaka itu terus menoleh.

"Kau nak apa lagi?" soal Rayyan dengan nada yang marah.

"Saya cuma nakkan kemaafan awak Rayyan itu sahaja" rintih suara itu.

"Kau dengar baik-baik. Aku tak kesah kalau aku yang sakit tapi bukannya orang-orang yang tiada langsung kaitan dengan aku. Like Aryssa" tengking Rayyan lalu segera masuk ke dalam keretanya.

Perempuan itu statik di tempatnya. Mungkin itu semua benar. Orang lain tidak sepatutnya menjadi mangsa hanya kerana sasaran utama ialah Rayyan.

Rayyan terus memandu keretanya dengan kelajuan yang tinggi.

'Jangan ganggu hidup aku lagi la sial'

Drit drit

Rayyan terus memerhati ke arah skrin keretanya.

Ash is calling...

Button hijau terus disentuh.

"Weyh Ray kau on tak malam ni?"

"On la. Aku on the way balik rumah"

"Aik kau pergi mana?"

"Mall"

"Okay cau. Lepas isyak weyh"

"Tahu la"

"Bye"

Talian dimatikan oleh Ashraff sendiri. Manakala Rayyan terus menumpukan perhatiannya ke arah jalan raya.

Sedang kereta Lexus Aryssa berhenti di lampu merah, telefon pintarnya tiba-tiba sahaja berdering.

Tangan kiri Aryssa mengambil telefon pintar itu.

Unknown Number is calling...

"Huh?" dia tiba-tiba sahaja pelik apabila melihat tiada nama pemanggil yang tertera.

Tanpa menunggu lama, icon hijau di-slide.

"Hello"

"Are you Aryssa Rania?"

"Yes I am"

"Can we meet?"

"Sorry who?"

Tit tit tit

Tiba-tiba sahaja talian di sebelah sana  diputuskan.

Lampu isyarat bertukar hijau, Aryssa terus memandu keretanya semula.

'Siapa pula yang tiba-tiba nak jumpa aku ni?'

Sebaik sahaja tiba di rumah, kereta Rayyan masih tiada di tempatnya. Tanpa berlengah, Aryssa segera masuk ke dalam rumah.

TBC

TRAPPED✔ Where stories live. Discover now