T 14

10.1K 641 6
                                    

Doktor Khalida membalut luka pada tapak tangan Aryssa.

Yang lain hanya memerhati.

Cikgu Faiz memandang seorang demi seorang anak buahnya.

Tiba-tiba pintu bilik sickbay itu dibuka dari luar.

"Ray" panggil Arief dengan nada perlahan.

Rayyan terus menoleh memandang ke arah Arief.

"Aku dapat delete semua gambar tu dekat apps sekolah tapi—" kata-katanya tergantung.

"— it's too late. Major of the school already saw it" kata Arief.

"Macam ni lah. Rayyan kamu bawa Aryssa balik" arah Cikgu Faiz.

Rayyan hanya mengangguk.

Skip

Tok tok tok

Pintu dibuka dari dalam.

"Eh Rayyan awal balik? Aryssa kenapa ni?" soalnya dengan nada terkejut sebaik sahaja melihat gadis itu.

"Umi bagi Rayyan masuk dulu boleh tak?" soal si anak.

Engku Masni mengambil beg sekolah Aryssa manakala Rayyan terus naik ke dalam biliknya.

Aryssa dibaringkan di atas katil bersaiz king itu.

Engku Masni masuk ke dalam bilik anaknya.

"Kenapa ni Rayyan?" soal umi.

"Panjang ceritanya umi. You look at her hand" kata Rayyan.

Engku Masni melihat ke arah tangan kiri Aryssa yang berbalut dengan kain kasa tetapi masih jelas kelihatan cecair berwarna merah.

Kemudian si ibu melihat ke arah wajah anaknya pula.

"Muka Rayyan tu kenapa?" soal Engku Masni.

"Tak ada apa la. Rayyan nak mandi dulu" tipu Rayyan lalu mengelat.

Engku Masni mengeluh dan hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja.

Nasib baik suaminya tak ada ketika ini kerana mempunyai urusan di luar negera. Kalau tidak habis anaknya disoal seperti penjenayah.

5:30 P.M

Mata Aryssa perlahan-lahan terbuka.

Dia cuba mengamati keadaan di bilik itu. Dia bangun lalu memerhati ke sekitar bilik itu.

Satu tempat yang asing baginya.

Dahinya diurut perlahan akibat pening.

Kemudian dia menunduk melihat tangan kirinya yang berbalut dengan kain putih.

"Bangun dah"

Aryssa terus menoleh. Terlihat Rayyan di muka pintu dengan berpakaian casual.

"Bila kau pengsan tadi, Cikgu Faiz suruh bawa kau balik. And now you're at my family house" tutur Rayyan.

"Pergi lah mandi dulu. Lepas tu kau tengok la dalam wordrobe aku tu apa yang kau boleh pakai" tambah jejaka itu lalu beredar.

Pintu ditutup rapat.

Aryssa membawa rambutnya ke belakang.

Tangan kirinya itu diperhatikan. Kemudian dia mengeluh.

7:20 P.M

Rayyan naik ke biliknya dengan niat untuk mengajak Aryssa turun untuk makan.

Tetapi sebaik sahaja dia membuka pintu, terlihat sekujur tubuh elok berselimut baring di atas katil bersaiz king itu.

Rayyan duduk di birai katil. Pandangannya terarah pada tangan kiri Aryssa yang tidak ditutup dengan selimut. Manakala gadis itu telah lena.

Kemudian pandangannya beralih pada iPhone X milik Aryssa yang sudah berkecai skrin telefon pintar gadis itu.

Dia bangun lalu mengatur langkahnya untuk ke meja belajar. Telefon pintar di atas meja itu diambil kemudian dia beralih pada paper bag yang mempunyai tulisan Chanel itu diambil sambil tangannya ligat mencari contact number seseorang.

"Hello"

"Yes Tengku"

"I want to reserve a phone. Latest model under Tengku Aryssa Rania. Can you check it for me because her phone screen already damaged"

"You want to purchase a new one or let us fix it first?"

"Hrmm I think fix it maybe"

"Okay"

"Thank you"

Panggilan tersebut dimatikan. Telefonnya dimasukkan ke dalam poket jogger pants.

Isi di dalam paper bag itu dikeluarkan. Ya itu ialah uniform Aryssa yang belum digosok dan baru sahaja dihantar oleh Aliyana petang tadi.

Baju itu digantung pada penyakut baju.

Iron wap yang sudah dihidupkan itu kemudiannya dilekapkan pada uniform Aryssa.

Ini bukannya satu perkara yang luar biasa kerana selama ini baju-bajunya juga digosok sendiri walaupun kadang diuruskan oleh pembantu rumahnya atau Tengku Masni sendiri.

6:30 A.M

Awal pagi lagi Aryssa sudah turun ke meja makan. Terlihat ibu mentuanya sedang menyusun pinggan dan cawan di meja makan.

"Oh Arys have a sit" pelawanya.

Aryssa meletakkan beg sekolah serta blazernya di sofa berhampiran meja makan itu.

"Ada apa-apa Aryssa boleh tolong?" soalnya.

Walaupun ini sesuatu yang agak janggal baginya.

"No need. Arys duduk je dulu. Bandage dah tukar?" soal Tengku Masni sebaik sahaja melihat balutan dengan tompokan merah pada tapak tangan kiri menantunya itu.

Aryssa hanya menggeleng.

"Wh—"

"Morning umi" kata-katanya dipotong oleh Rayyan yang baru sahaja turun dengan lengkap berpakaian sekolah.

Aryssa mengalihkan pandangannya ke luar melalui dinding kaca di hadapannya.

"Oh yea Rayyan I think you need to change Aryssa's bandage" kata Tengku Masni.

Rayyan kemudiannya memandang ke arah Aryssa yang duduk di meja makan itu.

Tengku Masni mengatur langkahnya masuk ke dapur.

"Let me change your bandage" kata Rayyan mendatar lalu masukkan sebelah tangannya ke dalam poket seluarnya kemudian beredar dari ruang makan itu.

Aryssa mengeluh.

TBC

TRAPPED✔ Where stories live. Discover now