T 17

9.8K 642 11
                                    

Rayyan yang sedang duduk itu, menguak rambutnya yang basah itu ke belakang.

Badannya hampir menggigil akibat hawa dingin daripada pendingin hawa hospital itu tambahan pula dengan badannya yang yang sudah basah akibat air hujan.

Dia mengangkat mukanya memandang ke arah pintu bilik kecemasan yang didalamnya doktor sedang merawat Aryysa.

Telefon pintar yang digenggam itu dipandang sekilas. Dia masih belum menghubungi kedua-dua orang tuanya mahupun keluarga mentuanya.

"Haish"

Dia benar-benar berada dalam keadaan dilemma. Mukanya diraup kasar.

Tiba-tiba pintu kaca automatik di hadapannya terbuka.

"Rayyan?" panggil suara itu.

Rayyan segera bangun.

"Aryysa kena warded for few days. Because her body temperature quite high. Are you okay with that?" soal doktor perempuan itu yakni kakak saudara kepada Rayyan, Dr.Tengku Ilya.

Rayyan melepaskan keluhannya kemudian hanya mengangguk.

"If you said so. I will move she to VVIP floor. Did you already called your parents?" soal Dr. Ilya

"I will handle this" balas Rayyan.

Tanpa membalas Dr. Ilya hanya mengangguk tanda mengerti. Rayyan meminta izin untuk pulang terlebih dahulu untuk mengambil pakaian Aryssa.

12:30

Rayyan berjalan lemah masuk ke dalam wad VVIP yang menempatkan Aryssa yang masih terbaring di atas katil putih itu.

Paperbag diletakkan di atas meja yang terdapat di dalam bilik serba mewah dengan kelengkapan meja dan sofa.

Rayyan melangkah menghampiri katil Aryssa.

Muka gadis itu jelas kelihatan pucat. Tangan kanannya diangkat lalu diletakkan di atas dahi Aryssa.

Panas.

Kemudian dia menyelitkan beberapa helai rambut yang mengganggu pandangannya untuk melihat wajah gadis itu.

Dia melabuhkan punggung di atas kerusi yang terletak di tepi katil itu.

'Haish aku tak expect langsung semua benda boleh jadi macam ni. Semuanya sebabkan aku ke? Salah aku ke sehingga dia juga turut terjerat sama'

Mata Rayyan mula memberat dan akhirnya dia tertidur di atas kerusi sambil menggenggam erat jari-jemari Aryssa.

22:56

Aryssa POV

Aku membuka kelopak mataku perlahan-lahan.

Siling yang berwarna putih ialah objek yang pertama singgah pada retina mataku.

Badanku pula terasa sengal serta panas. Kemudian aku menoleh ke sisi kiriku apabila terasa tanganku digenggam erat oleh seseorang.

'Rayyan?'

Aku termenung saat melihat dia tertidur dalam keadaan itu. Sungguh tidak selesa jika aku berada di tempatnya.

Aku memusingkan badanku perlahan-lahan lalu menghadapnya. Aku cuba untuk meminimumkan pergerakanku seboleh yang mungkin agar tidak mengganggu tidurnya.

Aku penat tetapi dia juga mesti penat.

Penat dengan semua lakonan yang palsu harus aku telan bulat-bulat.

Realitinya aku sudah berkahwin dengan jejaka ini akibat dendam seseorang. Di usia yang sangat muda.

Aku menolaknya mentah-mentah walaupun aku dan Rayyan sudah berkenalan ketika kecil lagi.

Kami dihantar di tadika sama sehinggalah berada di sekolah tinggi. Namun, kami masing-masing menganggap diri ini tidak wujud.

Aku juga tidak pernah langsung cuba untuk mendekati dirinya mahupun berkawan.

Aku mengusap perlahan rambutnya.

Aku merenung tepat ke wajahnya.

Walaupun aku ini penolongnya di sekolah tetapi aku jarang bersemuka dengannya akibat aktiviti luar sekolah.

"Ehem"

Tiba-tiba kedengaran seperti seseorang yang cuba membetulkan tekaknya.

Aku tersedar daripada lamunanku.

"Kau dah bangun?" soal suara itu.

Cepat-cepat aku menarik tanganku yang digenggam olehnya.

"Kenapa aku dekat sini?" soalku lalu memalingkan wajahku.

"Kau pengsan tadi and now kau demam" balasnya dengan suara orang yang baru sahaja bangun tidur. Tetapi suara itu juga mampu mencairkan hati para pelajar perempuan Darvel Int. High. Aku dikecualikan.

Rayyan berjalan ke arah sebuah meja kopi. Penutup botol air dibuka lalu diteguknya.

"Should I call your parents?" soal Rayyan sebaik sahaja selesai membasahkan tekaknya.

"No. No need" balas Aryssa.

"Kau kena warded sampai esok. But I can't campany you tomorrow because aku ada meeting untuk kursus kepimpinan. You know right? But I will pick up you in the evening. Are you okay with that?" terang Rayyan lalu memandang ke arah Aryssa.

Aryssa yang hanya memandang ke luar jendela hanya mengangguk. 

"Need something for tomorrow's breakfast?"soal Rayyan.

Melalui deria pendengaran Aryssa, jelas kedengaran bunyi tapak kasut menghampiri katilnya.

Rayyan menyentuh tangan Aryssa yang masih terasa panas. Saat kulit Rayyan dan kulitnya bersentuhan, Aryssa terkejut.

"Aku nak turun bawah kejap. If you want something, call me"

Sebuah telefon pintar berjenama Apple itu diletakkan di atas tapak tangan Aryssa.

Aryssa memandang ke arah gadget tersebut. Ini bukannya telefon lamanya yang sudah hancur skrin telefon pintar itu dikerjakan.

"Aku dah suruh dia restore your information but your old phone akan mengambil masa yang lama untuk dibaiki. So I asked them for the new one. I will go first" tutur Rayyan.

Aryssa hanya mengangguk lalu menggengam erat iPhone X itu.

'Thank you'

Malam masih belum melabuhkan tirainya. Namun malam ini terasa berbeza bagi Aryssa.

TBC

TRAPPED✔ Where stories live. Discover now