T 35

8.5K 564 2
                                    

Aryana dan Aryssa berjalan menghampiri ruang tamu di mana suami mereka berada.

"Ayden tidur balik?" tegur Aryana lalu meletakkan dulang di atas meja.

Haykal mengerling ke arah anak lelakinya yang tidur beralaskan pehanya. Anggukan diberikan sebagai jawapan buat soalan isterinya.

Helyn pula sibuk ingin bermain dengan Rizcky. Tetapi anak kecil itu menepis-nepis tangan Helyn apabila kanak-kanak itu mahu memegang pipinya.

Aryssa dan Rayyan senyap. Hal mereka masih belum menemui jalan penyelesaian.

"Aunty Rys" panggil Helyn.

Segera Aryssa memandang Helyn yang sudah berdiri di sebelahnya sambil memegang bahunya. Sungguh dia kagum dengan anak buahnya itu kerana dapat membezakan dia dan ibunya sendiri.

"Ye sayang" balas Aryssa.

Tanpa segan silu, Helyn melabuhkan punggungnya di atas riba Aryssa yang duduk bersimpuh di atas permaidani.

"Lyn rindu aunty"

Aryana tercengang. Mula membuat muka menyampah dengan kegedikan anaknya yang secara semulajadi itu.

"Dengan mama tak nak pula kata macam tu" luah Aryana.

Anaknya yang seorang ini memang kuat bercakap tetapi Ayden sebaliknya.

"Mama, Lyn dah selalu tengok. Hari-hari jemu" balas Helyn selamba.

"Tapikan Lyn, muka mama dengan muka aunty sama" kini Rayyan membuka mulutnya.

"Muka je, perangai tak. Mama garang macam lion"

"What?!" Aryana terjerit kecil. Terkejut mendengar jawapan anaknya.

Manakala yang lain sudah geli hati dengan jawapan berani mati Helyn itu.

Ayden terjaga apabila tidurnya yang tenang terganggu dek kerana suara Aryana. Matanya digosok-gosok.

"Betul lah aunty uncle" tutur Helyn dengan muka sucinya.

Aryana berdecit.

'Lyn ni anak mama ke anak mummy' getus dirinya.

"Aunty, baby tu tak nak main dengan Lyn" adu Helyn melihat Rizcky yang berdiri di tepi sofa sambil memerhati Ayden dengan muka mengantuknya.

"Apa kata Helyn minta mama baby" seloroh Aryssa selamba.

Membulat mata Aryana mendengar jawapan adiknya.

"Woi kau jangan nak ajar anak aku bukan-bukan" getus Aryana geram.

Kusyen kecil di sebelahnya terus dibaling ke arah adiknya itu.

"Apa? Betul la aku cakap. Ada salah mana-mana ke?" Aryssa cuba membela dirinya.

Aryana berpeluk tubuh. Geram pula dia.

"Dua pun macam nak roboh rumah" celah Haykal setelah lama senyap.

Aryana mengangguk tanda bersetuju.

"Kau yang patut tambah bukannya aku" tutur Aryana. Sengaja dia ingin melihat reaksi Rayyan dan Aryssa.

Mereka berdua terdiam apabila mendengar ayat Aryana.

"Daddy daddy" lamunan Rayyan terhenti apabila melihat Rizcky sudah berdiri di sebelah kakinya.

"Anak-anak oi marilah makan" laung Engku Masni.

Keadaan yang janggal itu berjaya diselamatkan oleh Engku Masni. Mereka segera berjalan ke ruang makan.

21:00

"Kitaorang balik dulu umi, walid" pamit Haykal yang mendukung tubuh Helyn yang sudah lena.

"Hati-hati bawa kereta tu Kal" pesan lelaki tua itu.

Haykal mengangguk. Sempat dia menepuk bahu Rayyan. Rayyan membalas dengan anggukan. Manakala Aryana memeluk adiknya.

"Settle baik-baik. Fikir Rizcky" bisik Aryana. Pelukan mereka terlerai.

Aryssa juga turut sama mengangguk.

"Ayden let's go" ajak Aryana.

Dua beranak itu berjalan masuk ke dalam kereta. Kereta Audi yang dipandu Haykal terus meninggalkan perkarangan rumah agam itu.

22:00

Aryssa mengeluh di hadapan cermin. Rizcky baru sahaja ditidurkan oleh Rayyan sewaktu dia sedang mandi.

'Haish you need to clear the thing out'

Dia segera bangun lalu keluar dari bilik pakaian.

Tubuh Rayyan yang sedang duduk di atas sofa sambila matanya difokuskan ke arah iPad itu menyapa retinanya.

Aryssa menggigit bawah bibirnya. Tangannya bermain sesama sendiri.

'Gosh Aryssa come on la'

Setelah lama berdiri di situ, suara Rayyan mematikan lamunannya.

"You nak cakap apa?" soal Rayyan sambil meletakkan iPad di atas meja lalu memandang ke arah isterinya yang berdiri tegak di pintu masuk bilik pakaian.

"I—"

"Duduk la"

Aryssa menghembuskan nafasnya lalu berjalan ke arah sofa yang juga diduduki Rayyan.

"I want to say sorry, I tak expect pun boleh jumpa dia semalam. Then dia ajak I minum, tapi tak lama pun sebab I ada appointment dengan Ed dekat butik. Masa tu I nak pergi dah tiba-tiba dia pegang tangan I and masa tu juga you sampai, jadi—"

"Sorry accepted" potong Rayyan.

Aryssa memandang lelaki itu seperti tidak percaya.

"Senior you tu suka you?" duga Rayyan.

Aryssa mengeluh. Tidak tahu jawapan apa yang mahu diberikan.

"Maybe" jawapan samar-samar itu juga yang terkeluar dari bibirnya.

"Sayang, I tak marah cuma— kalau apa-apa jadi please bagitahu I" bahu Aryssa disentuh lembut.

"Macam mana you tahu I ada dekat situ?" soal Aryssa.

"Masa I habis meeting, I terjumpa Rais. Lepas tu dia bagitahu I yang dia ada nampak you dekat situ" jelas Rayyan.

Aryssa merengus.

"Kenapa?" soal Rayyan apabila dirasakan ada aura hitam yang muncul di sekeliling isterinya.

"Dia tu— haish abaikan je la" getus Aryssa geram apabila teringatkan penghancur hidupnya itu.

"Are you sure?" soal Rayyan apabila Aryssa menarik balik kata-katanya.

"Ye. Tahulah I nak settlekan dia macam mana" tekad Aryssa. Dia berdiri.

"Hey hey" segera Rayyan memegang lengan isterinya.

"What?"

"Jangan plan benda bukan-bukan" pesan Rayyan awal-awal.

Aryssa ini kadang-kadang bukannya makan saman sangat. Masak benar dengan perangai kembar itu. Baik Aryana mahupun Aryssa kedua-dua mempunyai perangai yang sama.

TBC

TRAPPED✔ Where stories live. Discover now