T 10

10.3K 657 15
                                    

5:45 P.M

Aryssa menuruni tangga setelah lama berkurung di dalam bilik.

Rayyan yang baru sahaja keluar dari dapur itu melihat ke arah Aryssa yang mengambil kasut dari dalam bilik kecil yang di dalamnya mempunyai rak kasut.

Pakaian Aryssa dilihatnya.

"Where are you going?" soal Rayyan.

Aryssa yang baru keluar bersama kasutnya terus menoleh ke arah Rayyan.

"Hospital" jawabnya tidak bermaya.

"Aku hantar" ujar Rayyan.

Aryssa tidak menjawab apa-apa. Tidak menidakkan atau mengiyakan.

Rayyan mengambil wallet lalu dimasukkan ke dalam poket seluar jeans yang dipakainya.

Kunci kereta diambil.

Aryssa hanya menunggu di luar.

Rayyan berjalan ke arah BMW i8 miliknya lalu menghidupkan enjin kereta.

Buat kali pertamanya Aryssa masuk ke dalam kereta Rayyan.

Hidungnya dapat menangkap bau maskulin Rayyan di dalam kereta itu.

Rayyan memulakan pemanduannya.
Manakala Aryssa hanya bersandar pada kerusi kulit kereta itu.

"Hospital mana?" soal Rayyan sebaik sahaja kereta berhenti pada lampu merah.

"Westland Hospital" balas Aryssa acuh tak acuh.

Rayyan terus memandang semula ke hadapan.

Keadaan di dalam kereta sunyi sepi sehingga mereka tiba di hospital.

Rayyan hanya mengekori langkah Aryssa dari belakang.

"Saya ada appointment dengan Doktor Khalida. Tengku Aryssa Rania" tutur Aryssa di kaunter.

"Doktor Khalida berada di biliknya"

"Thank you"

Aryssa berjalan menghampiri sebuah pintu yang tertulis nama doktor yang ditugaskan untuk merawatnya.

Kemudian dia berpaling melihat ke arah Rayyan yang berdiri di belakangnya.

"You can wait here" kata Aryssa lalu memandang ke arah kerusi di ruang menunggu di hadapan bilik rawatan itu.

"Oh okay. Oh yea I can take care of your bag" kata Rayyan.

Aryssa terus memberikan sling bag LV itu kepada Rayyan lalu dia berjalan masuk ke dalam bilik itu.

Manakala Rayyan melabuhkan punggung di sebuah kerusi menunggu.

Telefon pintarnya dikeluarkan dari poket seluarnya.

Dia perlu memeriksa sesuatu.

Id dan password yang diberikan kepadanya pagi tadi terus ditaip ada skrin iPhone X itu.

Nama seseorang dicarinya.

Rhythmic Gymnastic Athletes

Tengku Aryssa Rania

Nama itu disentuhnya.

PERSONAL PROFILE
REPORT
ACHIEVEMENT
HEALTH REPORT

Tanpa berfikir lama dia terus menyentuh pada tulisan health report.

HEALTH REPORT

TRAPPED✔ Where stories live. Discover now