T 30

9.4K 546 1
                                    

Rayyan meneliti gaya pemakaiannya di hadapan cermin. Berkali-kali dia mengemaskan coat yang terletak elok pada tubuhnya.

"You tilik apa lagi tu sayang?" soal Aryssa yang sudah menyiapkan Rizcky

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"You tilik apa lagi tu sayang?" soal Aryssa yang sudah menyiapkan Rizcky.

"Hurm. Nothing" tutur Rayyan.

Aryssa menggeleng kepalanya. Suaminya itu terlalu mementingkan gaya pemakaiannya dari atas hingga ke bawah.

Manakala dirinya hanya mengenakan dress berwarna marsala. Anting-anting dengan ukiran yang simple menjadi pilihannya.

Melihat Rizcky berdiri di pintu bilik pakaian, segera Rayyan mendukung anaknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Melihat Rizcky berdiri di pintu bilik pakaian, segera Rayyan mendukung anaknya.

"I tunggu dekat bawah" tutur Rayyan lalu membawa Rizcky turun bersamanya.

Aryssa hanya mengangguk kemudian membetulkan rambutnya yang digayakan wavy di bahagian hujungnya.

ShangRi-La Lobby

"Weyh Ed. Rindunya aku dekat kau" dengan suara nyaring Aliyana lantas tubuh Edrisya ditarik ke dalam dakapannya.

Terkejut dengan kelakuan rakannya, Edrisya berasa malu. Mahu sahaja dihempuk kawannya dengan kasut tumit tinggi yang tersarung pada kakinya.

"Woi dah la" dengan menggunakan tenaga yang ada cepat-cepat dia menolak Aliyana.

Sudahlah mereka berdiri di tengah-tengah lobi yang agak sarat dengan orang. Mungkin pelajar-pelajar daripada kelas lain yang masih belum masuk ke dalam hall.

'Mohon kutip kawan siapa ni' getus hatinya.

Aliyana mencebik. Mereka masing-masing sibuk ingin menamatkan pelajaran dan tiada masa untuk berjumpa, jadi inilah masanya untuk bermanja bersama kawan-kawan.

"Weyh aku dengar suara kau sampai ke luar Al" tegur Ashraff bersama Arief yang baru sahaja tiba.

Kebetulan mereka terlihat dua kawan ini berpelukkan jadi mereka terus menapak mendekati dua gadis itu.

Ashraff dijeling tajam.

"Tak apa bukannya ada orang nak aku pun" balas Aliyana selamba kemudian mengemas anak rambutnya yang sedikit tidak teratur.

"Orang lain tak nak kau tak apa, aku kan ada" kata Ashraff bangga sambil memegang coat-nya.

Aliyana yang mendengar kata-kata Ashraff itu terus menayangkan muka cemberutnya.

"Gosh aku rela membujang sampai ke tua" tolak Aliyana mentah-mentah. Elok mahu termuntah sahaja dia di situ mendengar kata-kata Ashraff.

Manakala Edrisya dan Arief hanya memerhati mereka yang bertikam lidah itu.

"You sihat?" tegur Arief.

Edrisya mengalihkan pandangannya ke Arief yang mengenakan tema navy blue. Sama seperti warna dress yang dipakainya.

"Me? Oh I sihat je. You?"

"As you can see" tutur Arief.

Aliyana menampar bahu Ashraff.

"Kau apahal tampar-tampar aku?" soal Ashraff terkejut.

"Tu" Aliyana memuncungkan mulutnya ke arah Edrisya dan Arief.

Ashraff juga turut sama memandang ke arah mereka berdua.

"Baju sama, macam ada something je" tebak Aliyana dengan gaya ala-ala seorang detektif.

Ashraff memandang Aliyana kemudian memandang semula ke arah Edrisya dan Arief.

"Kau jangan nak jadi makcik bawang pula dekat sini. Dah la jom daftar" bahu gadis itu ditolak perlahan.

Walaupun perlahan, hampir sahaja Aliyana tumbang. Dia berdecit.

"Tak gentleman langsung" terang-terangan dia mengutuk jejaka itu.

Laju kakinya mengejar langkah Ashraff yang sudah hampir tiba di hadapan lif.

"Tunggu la" panggilnya dengan berlari anak bersama kasut tumit tingginya.

Beberapa orang di situ mula berbisik. Sesiapa sahaja yang melihat mereka akan beranggapan bahawa Aliyana dan Ashraff itu ialah pasangan kekasih. Seperti gaduh-gaduh manja. Padahal itulah realitinya.

Arief terus mengajak Edrisya untuk ke hall apabila melihat Ashraff dan Aliyana aka Tom and Jerry itu beredar.

Dreamy Hall

"Lambatnya" tutur Rayyan sepatah apabila Ashraff menarik kerusi di meja mereka.

"Tu hah minah tu" katanya lalu menunjukkan ke arah Aliyana dengan muka bengisnya berjalan menghampiri mereka.

"Aku suruh tadikan" omel Aliyana lalu menarik kerusi di sebelah Ashraff.

Marah-marah pun masih merelakan dirinya duduk di sebelah jejaka yang dirasakan annoying itu.

"Wait- mana Riz?" soal Aliyana pelik apabila melihat hanya ada Rayyan dan Aryssa sahaja. Selalunya mereka memang tidak akan berpisah dengan anak kecil itu.

"Ada main dengan anak Hairil" jawab Rayyan.

Tidak sangka rakan sekelasnya juga ada yang telah berkahwin dan mempunyai anak.

"Daddy" terkedek-kedek anak kecil itu berlari dengan kaki gebunya lalu memeluk kaki Rayyan.

"Hai Kiki" tegur Aliyana.

"Mana Ed dengan Arief?" celah Aryssa.

"Entah tadi diaorang still chit chat dekat lobi. Hah tu" balas Ashraff serentak itu matanya menangkap dua susuk tubuh yang jalan sekali menghampiri meja mereka.

"Hye Arys" tegur Edrisya. Pipi mereka berdua dilagakan lalu mengambil tempat kosong di sebelah rakannya itu.

"Bila grad Arys?" soal Edrisya mesra.

"Next month. Dalam hujung bulan like that" balas Aryssa.

"Hrm untung la habis awal" keluh Aliyana.

"Asal kau bila?" soal Aryssa melihat muka sedih Aliyana. Memang kawannya yang seorang ini kuat berdrama. Almaklumlah mengambil jurusan seni theatre. Drama queen 24 hours.

"Aku ada lagi dalam 2 bulan macam tu la. Tapi best juga hari-hari cuci mata beb" balas Aliyana. Wajahnya tiba-tiba sahaja menguntum senyuman apabila teringatkan beberapa lelaki kacak yang juga satu course dengannya.

"Patutlah lambat lagi. Dah niat pergi sana nak menggatal je tahu" celah Ashraff.

Sekejap lagi bermula lah bait-bait pergaduhan kecil mereka.

"Hah dah-dah. Dua-dua aku letak dalam stor nanti. Asal jumpa je bertekak. Cair tahi telinga aku ni" Arief mula meredakan mereka berdua.

Aliyana memeluk tubuh.

"Mummy" Rizcky menyuakan tangannya kepada Aryssa. Tanda suruh untuk diambil. Lalu tubuh anak kecil itu selamat duduk di atas riba Aryssa.

Selang beberapa minit selepas itu, majlis pun bermula.

TBC

TRAPPED✔ Where stories live. Discover now