T 20

10.7K 687 17
                                    

06:30

Rayyan turun ke bawah lalu masuk ke dapur sambil membutangkan lengan bajunya.

"Uish" dia berundur setapak kebelakang akibat terkejut melihat Aryssa yang sedang duduk di meja makan.

"Saya nak pergi jumpa my parents today" kata Aryssa.

Rayyan duduk di tempatnya.

Dahinya berkerut apabila panggilan aku-kau itu sudah bertukar kepada saya oleh Aryssa.

"Oh okay. Nak aku hantar?" soal Rayyan.

"No need" tolak Aryssa.

Rayyan meneguk segelas jus oren sehingga habis, kemudian bangun dan mencapai blazer-nya.

"I will go first" pamit Rayyan lalu bayangnya hilang tanpa sempat Aryssa membuka mulutnya.

"Aish. Mulut kau ni dah kenapa Arys. Gila ke? Saya? What the hell"dia memarahi dirinya sendiri.

Entah apa yang merasuknya pada awal pagi lagi.

Rayyan memandu keretanya keluar dari rumah.

"Saya? Aduhai Aryssa. Aryssa" Rayyan tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Kereta BMW itu laju meluncur dan membelah jalan yang masih lagi lengang itu.

08:35

Seorang wanita yang sedang menyiram pokok bunganya terus terhenti sebaik sahaja terlihat sebuah kereta Lexus masuk ke kawasan rumah agamnya.

"Arys?" tuturnya sebaik sahaja mengenal pasti nombor plat kereta tersebut.

Pemilik kereta itu keluar daripada keretanya.

"Mummy" tangan wanita itu salamnya.

"Bertuah punya anak. Kamu memang nak mummy mati dulu ke baru kamu nak balik?" soalnya geram lalu memukul bahu anaknya.

"My sakitlah. Apa ni?" balas Aryssa lalu menjarakkan dirinya.

"Apa ni apa ni. Mummy simbah kamu dengan air ni nanti baru tahu" ujar wanita itu geram.

"Apa bising-bising dekat luar tu?"

Serentak itu, Aryssa menoleh. Terlihat daddy-nya di hadapan pintu rumah.

"Jom masuk" ajak mummy lalu mendahului langkah mereka.

"Abang duduk la dulu, saya pergi buat air untuk Aryssa" kata mummy.

Aryssa mengambil tempat duduk di atas sofa yang berhadapan dengan daddy-nya.

"Kamu tak sekolah harini?" soal lelaki itu.

Aryssa menggeleng.

"How about Rayyan?"

"We're fine. Actually I have something to talk with you"

"What is it?" soal daddy.

Mummy tiba dengan menatang dulang ke ruang tamu.

Dua gelas itu diletakkan di atas meja, masing-masing di hadapan anaknya dan si suami.

"Continue" kata daddy.

"I will continue my studies at Amsterdam" tutur Aryssa lancar.

"Amsterdam? Why so sudden?" soal daddy. Mummy juga turut menyokong.

"Rayyan tahu?" soal mummy.

TRAPPED✔ Where stories live. Discover now