T 32

8.6K 488 11
                                    

Rayyan menuruni tangga. Tangannya diangkat ke atas untuk merenggangkan urat-urat badannya. Dapur menjadi sasaran utama. Gelas kaca di dalam kabinet diambil lalu diisi dengan air masak sejuk.

Bunyi televisyen mula menarik perhatiannya. Walid dan uminya semestinya sudah lama keluar ke tempat kerja. Langkah diatur masuk ke ruang tamu.

"Tengok cerita apa?" soalnya serentak melabuhkan punggung di sebelah Aryssa, isterinya yang khusyuk mengunyah keropok Jack n Jill yang sudah dituang ke dalam mangkuk kaca.

"Kdrama" jawab Aryssa lalu menyambung kunyahannya kembali.

Tangan Rayyan turut sama mengambil keropok itu lalu dikunyahnya. Namun matanya masih lagi mengantuk. Malam semalam anaknya itu terjaga, kemudian tidak sampai hati pula mahu mengejutkan Aryssa yang diulit mimpi. Disebabkan itu, selepas subuh dia kembali menyambung tidurnya.

"Riz mana?" Soal Rayyan.

Tadi semasa dia bangun, tidak dilihat pula anaknya berada di dalam bilik tidur.

"Tidur dekat bilik bawah" balas Aryssa namun matanya masih melekat pada televisyen.

Rayyan menutup mulutnya yang menguap itu. Mangkuk yang berada di atas kusyen di riba Aryssa diangkat lalu kepala didaratkan di atas kusyen tersebut.

"Kenapa you tak kejut I, masa Riz bangun?" soal Aryssa.

"Saja nak biar you tidur. Tak nak kacau" balas Rayyan.

"Sayang" panggil Rayyan matanya turut sama memandang ke televisyen.

"Hrm" balas Aryssa.

"Pukul 12 kejut I, ada meeting" tutur Rayyan sambil menguap.

Matanya juga semakin memberat. Lama-kelamaan dia tertidur. Aryssa hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dah ada anak pun masih seperti budak-budak. Tetapi bila sisi dingin Rayyan keluar, masing-masing tidak berani bertentang mata.

Rambut Rayyan diusap lembut. Kemudian, kembali menonton drama yang ditayang di televisyen.

12:00

"Daddy daddy" dengan payah Rizcky memanjat sofa lalu baring di atas tubuh tegap Rayyan.

"Hrmm" Rayyan mengeliat kecil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hrmm" Rayyan mengeliat kecil.

Rizcky pula sepertinya ingin menyambung tidurnya bersama puting yang masih melekat di mulutnya.

"Riz kejut daddy bangun la, bukannya join sekali" bebel Aryssa saat dia melihat anak beranak itu elok memejam mata kembali.

Rayyan memeluk tubuh anaknya.

"Rayyan Daren bangun!" bahu Rayyan ditolak berkali-kali.

Geram pula Aryssa. Boleh naik hantu dia hanya kerana ingin mengejut Rayyan bangun.

"Hrm. Pukul berapa dah?" soal Rayyan dengan suara serak basahnya.

"12 sharp" balas Aryssa yang masih berdiri bercekak pinggang di tepi sofa.

Tubuh Rizcky diletakkan ke tepi lalu dengan mamainya dia bangun dari baringannya.

"I dah siapkan baju you" tutur Aryssa sebelum bayang Rayyan hilang mendaki tangga.

Pavillion

Aryssa menutup pintu kereta sekali gus menekan alarm lock. Dengan langkah yang yakin, dia terus melangkah masuk ke dalam kawasan pusat beli-belah elit itu.

Jam tangannya dikerling. Rambut yang sedikit tidak teratur itu dikemaskan.

"Aryssa?"

Langkahnya terhenti. Dia berpaling.

"Ikhmal?"

Lelaki itu tersenyum lalu berjalan mendekati dirinya.

Aryssa POV

"Tak sangka kita boleh jumpa lagi" tuturnya dengan nada gembira.

Dia gembira jumpa aku? Aku melihatnya kosong.

"Ouh" balasku acuh tak acuh.

"Awak buat apa dekat sini?" soal Ikhmal.

"I pergi butik my mom" balasku.

"Oh I see"

"Nothing else? I pergi dulu" tuturku ingin beredar. Tidak selesa berlama di situ kerana pandangan mata Ikhmal terhadapku itu.

"Eh nanti dulu" dia menahanku.

"Do you have some time for hi-tea?"

"Erm-" aku mula ragu-ragu.

"Please Aryssa" rayunya.

"Oh- sure" jawabku tidak yakin.

Wajahnya Ikhmal kembali bersinar-sinar. Jujur lelaki ini pelik.

"Let's go there"

Aku terus mengekorinya.

Meanwhile

"Thank you Tengku"

"You're welcome Tan Sri"

Mereka berjabat tangan. Rayyan kembali duduk di atas kerusinya. Keadaan di restaurant itu mula dipenuhi pelanggan.

Ashraff yang masih lagi menyemak dokumen perbincangan mereka mengerling sekilas ke arah Rayyan.

"Kenapa?" soal Ashraff.

Rayyan menggeleng.

"Jom lah balik" tutur Rayyan lalu mengemas fail-fail di atas meja.

Sedang dia sibuk mengemas barang-barangnya satu figura berjalan mendekati meja mereka.

"Eh Tengku Rayyan la" tutur suara itu.

Rayyan dan Ashraff yang mendengar suara itu terus mengangkat wajah mereka.

"Kau buat apa dekat sini?" soal Rayyan kasar.

"La mall ni kan public place. So aku boleh je pergi" jawabnya.

Ashraff berdecit.

"Kau nak apa ni Rais?" soal Ashraff lalu bangun memegang fail.

"Oh aku erm— hah by the way tadi aku nampak Aryssa. Tapi aku ingatkan dia dengan kau but—"

Serentak itu, Rayyan memandang Rais kembali apabila lelaki itu tidak meneruskan ayatnya.

Sememangnya Aryssa sudah memaklumkan kepadanya yang dia perlu ke butik ibu mentuanya.

"—aku ingat lelaki tu kau, rupanya bukan"

BAM

Kepala Rayyan seperti dihempap dengan batu yang sangat besar. Ashraff memandang Rayyan. Dia cuba untuk tidak percaya dengan kata-kata Rayyan.

Manakala Rais sudah tersenyum puas.

TBC

TRAPPED✔ Where stories live. Discover now