T 31

8.9K 525 3
                                    

"Hidup lagi kau" tangan Aryssa yang memegang penyepit untuk mengambil pencuci mulut itu terhenti.

Dia mengerling ke arah figura yang berdiri di sebelahnya kemudian menyambung mengambil pencuci mulut lalu diletakkan di atas pinggan. Kemudian tubuhnya berpusing, betul-betul berhadapan dengan tubuh pemilik suara sinis itu.

Tidak kurang juga Aryssa, senyuman sinis ditarik.

"As you can see. Kau expect aku bunuh diri ke?" balas Aryssa.

Rais memandang Aryssa tajam.

"Kau ingat nama kau dah bersih dulu so sekarang kau boleh hidup dengan tenang ke? Huh in your dream"

"Why not you? Kau hidup tenang ke sekarang ni? Jangan kau ingat aku Aryssa Rania yang dulu" tutur Aryssa tenang. Dia berhenti berjalan di sebelah tubuh Rais.

"Sayang dendam membinasakan diri" bisiknya dengan nada sinis.

Tangannya yang sudah membentuk penumbuk itu ditahan.

Aryssa yang mengerling ke arah tangan Rais itu mula mengherotkan hujung bibirnya.

"Don't try too hard dude. It will hurt you. A lot" bisik Aryssa lagi.

Dengan hati yang senang dia terus mengorak langkah pergi. Senyuman kemenangan jelas kelihatan di mukanya.

'Kali ni biar aku yang settle sendiri. Kalau kau rasa aku akan bersembunyi di sebalik Rayyan, kau silap'

"Sayang, you senyum kenapa?" soal Rayyan pelik.

Dari jauh lagi dia terlihat Aryssa tersenyum.

"Hah? Oh nothing" balas Aryssa lalu menyembunyikan senyuman jahatnya.

"Mana Riz?" soal Aryssa memandang kiri dan kanannya.

"Dengan Arief" balas Rayyan lalu menyambung menyuap lebihan  spaghetti anaknya ke dalam mulut.

Anaknya itu sudah kenyang disebabkan itu dia tidak mahu duduk diam. Lalu Arief membawanya pergi.

"You nak makan apa-apa lagi tak?" soal Aryssa memandangkan hanya tinggal mereka berdua sahaja yang masih duduk di meja.

Yang lain mungkin sudah berjalan merata di sekitar dewan itu. Ada yang berbual-bual dengan guru mereka serta bergambar.

Rayyan menggeleng. Malam-malam begini, Aryssa tahu sangat yang suaminya tidak suka makan hanya menghabiskan makanan lebihan Rizcky.

"Al tak tahu lagi ke pasal Ed dengan Arief?" soal Rayyan tiba-tiba.

"Hah? Tak maybe nanti kot" balas Aryssa tidak yakin.

Edrisya dan Arief terpaksa akur dengan rancangan keluarga mereka untuk mengikat ikatan perkahwinan. Hanya Aliyana sahaja yang tidak tahu soal itu kerana gadis itu sibuk belajar. Sudahlah sentiasa berada di New Zealand sahaja kerana melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di situ.

"Arief dengan Ed tu macam mana?" soal Aryssa.

Rayyan meletakkan garfu di atas pinggan. Tisu diambil bagi mengelap hujung bibirnya.

"Arief tu hrm I don't know la. Maybe slow-slow dia akan buka hati dia. Macam I" terang Rayyan.

Arief ada memaklumkan kepadanya yang dia tidak mempunyai masalah dengan pilihan keluarganya.

Dahi Aryssa berkerut.

"Macam you? Macam you apanya?" perli Aryssa dengan muka menyampah.

TRAPPED✔ Where stories live. Discover now