T 16

10K 602 11
                                    

Aryssa duduk termenung di mejanya.

Kemudian kepalanya diletakkan di atas meja, dialaskan dengan lengannya.

"Aryssa are you okay?" soal Edrisya risau kemudian mengerling ke arah Rayyan yang sedang membuat ulang kaji di tempatnya.

Aryssa hanya mengangguk tanpa bersuara.

Edrisya melepaskan keluhannya perlahan.

Kemudian dia mengerling ke arah skrin telefon pintarnya. Tidak putus-putus chat masuk melalui messenger Darvel yang sudah pasti mengenai gambar Aryssa itu.

Ting ting ting

Dalam beberapa saat telefonnya tidak berhenti berbunyi.

Aliyana dengan pantas mengeluarkan telefon pintarnya.

Tak malu betul dia tu. Mentang-mentang orang kanan headboy, principal tak ambil apa-apa tindakan pun.

Ah that girl menyundal je tahu.

Entah-entah dia tu sama teruk je macam pelacur.

Komen-komen yang ditinggalkan di website sekolah itu benar-benar membuatkan hatinya membara.

Ketika itu pula, Aryssa memandang ke arahnya.

Mata mereka bertembung.

"Kenapa?"

Tanpa menunggu jawapan daripada Aliyana, Aryssa merampas telefon pintar kawannya itu tanpa sempat dihalang oleh pemiliknya.

"Arys—"

Aryssa membaca kesemua komen yang ditinggalkan untuknya pada gambar itu.

Dia menolak kerusinya ke belakang lalu bangun dan melangkah ke arah pintu. Pintu dibuka kemudiannya dia keluar dari kelas itu.

Rayyan menurunkan pennya sambil memandang ke arah Aryssa melalui tingkap lutsinar itu.

"Aku tak faham kenapa Rais blur your face and at last Aryssa yang kena tanggung semua ni" ujar Edrisya secara tidak sengaja.

PAP

Serentak itu, Aliyana memukul bahu rakannya itu. Tersentak Edrisya dibuatnya lalu cepat-cepat menutup mulutnya.

Meanwhile

Aryssa berjalan masuk ke dalam tandas. Dia berhenti di hadapan singki yang juga tersedia cermin pada dinding tandas itu.

Tangannya diletakkan di bawah pili air automatik itu.

Air yang bertakung di atas tangan itu kemudiannya dibawa ke muka.

"Relax Aryssa they're just from low class. It's nothing to compare with you" tutur Aryssa di hadapan cermin selepas membasuh mukanya.

Selepas 10 minit menenangkan fikirannya di hadapan pantulan cermin, dia pun melangkah keluar dari tandas.

"That's her" tutur satu suara yang datang dari belakang Aryssa sebaik sahaja dia keluar dari tandas.

Tanpa mengendahkan suara itu, dia terus melangkah tanpa menoleh ke belakang.

Prak

Kaki yang tersarung kasut sukan berjenama Nike itu berhenti melangkah.

Prak

Sekali lagi bunyi itu jelas kedengaran. Aryssa memegang bahagian belakang rambutnya.

Dua jarinya itu dirasakan berlendir dan terdapat juga lendir yang berwarna kuning.

'Telur'

Serentak itu dia terus berpaling. Tetapi malangnya dia disimbah dengan sebaldi campuran tepung dan juga telur tepat ke mukanya.

"Deserve that b*tch"

Sebiji demi sebiji telur mendarat di atas badan Aryssa. Manakala Aryssa tidak dapat berbuat apa-apa. Kakinya seperti digam pada lantai itu.

Dia hanya mampu untuk terus menunduk dan melindungi wajahnya dengan menggunakan tangan.

Tiba-tiba terdapat sepasang tangan yang memegang bahunya kemudian memusingkan tubuhnya ke hadapan.

Pelajar-pelajar yang mengerjakan Aryssa itu pula kaku. Terkejut dengan apa yang dilihat oleh mereka.

"Bawa mereka ke bilik disiplin. Now!" tengking suara itu pada penghujung arahannya.

Aryssa mendongak.

'Rayyan?'

Rayyan menanggalkan blazernya lalu diletakkan di atas bahu Aryssa. Manakala dia hanya menundukkan kepalanya menahan air mata yang seakan-akan mahu jatuh.

Tanpa mengetahui arah tujuan yang dibawa oleh Rayyan akhirnya mereka tiba di parking lot. Rayyan menekan button unlock kemudiannya membuka pintu untuk Aryssa.

"Get in" arah Rayyan.

Aryssa mengangkat wajahnya. Lama dia memandang ke arah Rayyan. Beberapa saat selepas itu, hujan mula menitik jatuh ke muka bumi.

"You don't have to do this"

Setapak. Dua tapak dan seterusnya. Aryssa melangkah pergi meninggalkan Rayyan dengan keadaan hujan yang semakin lembat membasahi bumi.

Aryssa berjalan keluar daripada pagar sekolah lalu menyusuri ke lorong pejalan kaki yang diperbuat daripada batu bata berwarna merah.

Tanpa mengetahui arah tujuannya dia terus berjalan. Kedua-dua belah tangannya diangkat lalu memeluk tubuhnya.

Tap tap tap

Aryssa berhenti melangkah sebaik sahaja terasa hujan tidak lagi membasahi dirinya.

Dia mendongak.

'Payung?'

Serentak itu figura Rayyan masuk ke dalam retina matanya apabila lelaki itu berada di depannya sambil memegang payung.

Lama dia memerhati Rayyan. Kemudian dia terasa kelopak matanya memberat. Perlahan-lahan dia menutup matanya dan semuanya menjadi gelap.

Pantas Rayyan bertindak dengan merangkul pinggang Aryssa apabila terlihat gadis itu ingin rebah dengan matanya sudah tertutup.

Pegangannya pada pemegang payung itu dikemaskan.

"Aryssa. Aryssa"

Dengan menggunakan sebelah tangan dia cuba untuk menyedarkan Aryssa kembali. Namun tiada tindak balas daripada gadis itu.

Akibat cemas, payung dijatuhkan lalu Aryssa diangkat masuk ke dalam keretanya.

Kereta sport itu memecut laju membelah jalan raya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TRAPPED✔ Where stories live. Discover now