T 18

9.7K 643 20
                                    

"Rayyan!"

Rayyan berhenti melangkah apabila kedengaran namanya dijerit dari belakang.

Dia berpaling ke belakang. Kelihatan dua gadis sedang berlari ke arahnya lalu membrek saat menghampiri dirinya.

Tercungap-cungap Aliyana dan Edrisya gara-gara membuat marathon dari bangunan tempat letak kereta sehingga berada di hadapan Rayyan.

"What's wrong with you guys?" soal Rayyan dengan nada yang mendatar.

"Kejap. Kami penat ni" kata Edrisya tersekat-sekat.

Rayyan mengangkat sebelah keningnya.

'Dah kenapa minah-minah ni'

"Mana Arys?" soal Aliyana akhirnya menjawab persoalan Rayyan.

"Aryssa? She will come tomorrow. Oh yea aku nak korang uruskan venue untuk kursus kepimpinan kita tahun ni. And bentangkan petang nanti" arah Rayyan.

Aliyana dan Edrisya ternganga. Lain yang disoal lain tugas yang diberikan. Tidak pasal-pasal dapat kerja baru.

"You guys hear me or not?" soal Rayyan.

"Ye. Jom Ed blah" ajak Aliyana geram.

Sudahlah tugasnya sudah menimbun lagi ditambah dengan yang itu. Haish dirinya mencari bala apabila berjumpa dengan Rayyan di pagi yang indah ini.

Rayyan hanya tersenyum sinis.

Hospital

Aryssa yang baru sahaja selesai membasahkan dirinya, duduk kembali di atas katil.

Sandwich yang berada di atas meja  di hadapan katilnya dilihat.

Ting

Bunyi notification itu menyebabkan dia pantas menyambar telefon pintar yang berada di meja sebelahnya.

Rayyan Daren

Sorry aku dah lambat tadi. So tak sempat nak tengok kau pagi ini.

Aku ada suruh Secretary belikan sandwich. Makan la.

I will fetch you in the evening

Aryssa kembali memandang ke arah bekas plastik itu.

Perlahan-lahan tangannha menarik meja beroda itu menghampiri dirinya. Bekas segi empat tepat itu dikeluarkan dari dalam plastik jernih itu.

Sepotong sandwich dimasukkan ke dalam mulutnya.

'Erm sedap'

Aryssa kembali menikmati sarapannya di atas katil sebaik sahaja selesai membalas chat Rayyan.

Ting

Rayyan yang sedang membuat rondaan di blok terakhirnya, berhentj melangkah.

Aryssa

Thank you

🐹

Tanpa disedari, Rayyan tersenyum tatkala membaca chat tersebut.

Buk

Tiba-tiba dirasakan bahunya ditepuk.

"Kau senyum-senyum apa bro?" soal Arief.

Rayyan segera menyimpan kembali telefon pintarnya ke dalam poket seluarnya.

"Pasal budak-budak semalam semua dah kena gantung. Ash handle" ujar Arief.

TRAPPED✔ Where stories live. Discover now