T 06

10.3K 638 17
                                    

8:10 A.M

Bilik pengawas

Aryssa ialah orang yang terakhir tiba di dalam bilik itu.

Pintu ditutup dan di tangannya terdapat sebuah fail.

Fail tersebut kemudiannya diletakkan di atas meja Rayyan yang tanpa pemiliknya.

Arief dan Ashraff yang sedang berdiri bertentangan itu memandang ke arah Rayyan.

"Ehem" Arief berdeham.

BlackAce melihat ke arah jejaka itu.

"Korang ada nampak Rayyan tak?" soal Arief.

Aliyana dan Edrisya berbalas pandangan kemudian menggeleng.

Kini semua mata terarah kepada Aryssa.

"Last aku jumpa dia pagi tadi masa datang sekolah. Lepas dia blah dari kelas aku tak jumpa dia dah" balas Aryssa tenang.

Arief dan Ashraff mula musykil mengenai keberadaan kawan mereka.

"Dah cuba call?" soal Aliyana.

"Dah tapi off" balas Ashraff.

"Ada la tu he goes somewhere" kata Edrisya.

"Dah lah jom masuk kelas" ajak Aryssa yang sudah menolak kerusinya.

BlackAce keluar dari bilik itu.

"Korang naik dulu. Aku nak pergi toilet" arah Aryssa.

Dua kawannya itu hanya mengangguk.

Aliyana dan Edrisya ke laluan kiri manakala Aryssa ke laluan kanan.

Tanpa disedari mereka, ada mata lain yang memerhati Aryssa.

Kini wajahnya mencoretkan senyuman sinis.

Telefon pintarnya dikeluarkan.

"Get ready. Umpan nak kena"

"Roger"

Aryssa keluar dari tandas perempuan selepas urusannya selesai.

Dalam keadaan dia leka membetulkan ikatan pada rambutnya, seseorang menghampirinya dari belakang.

Kemudian mulutnya ditekup dengan sehelai kain yang sudah dibasahkan dengan cecair.

Aryssa cuba meronta tetapi cecair itu pantas bertindak akhirnya pandangannya gelap.

Aryssa yang tidak sedarkan diri itu diheret keluar dari koridor itu tanpa ada yang melihat.

Classroom

Edrisya mula tidak senang duduk apabila melihat Tempat duduk kawannya itu kosong.

Sudah sejam Aryssa ke tandas namun bayangnya masih belum kelihatan.

Cikgu Faiz berhenti mengajar apabila melihat muka anak muridnya seperti resah semacam sahaja.

"Kamu semua ada masalah ke? Mana Aryssa dengan Ray?" soal Cikgu Faiz pelik.

Masing-masing berbalas pandangan.

Ashraff mengeluh.

"Tak tahu cikgu. Ray dari pagi kitaorang tak nampak" balas jejaka itu.

"Arys pula tadi lepas keluar dari bilik pengawas dia kata nak ke tandas tapi sampai sekarang tak balik lagi" jawab Aliyana.

Cikgu Faiz mula pelik dengan ketidakberadaan dua anak muridnya di dalam kelas.

TRAPPED✔ Where stories live. Discover now