T 11

10.1K 657 4
                                    

Hipster Cafe

Kereta bernombor plat TRD 48 itu diberhentikan di hadapan sebuah cafe.

Aliyana dan Edrisya yang duduk di tepi dinding kaca itu melihat ke arah kereta itu.

"Eh takkan Ray hantar dia kot?" soal Aliyana.

Baru sahaja tadi dia menghantar pesanan ringkas kepada kawannya untuk lepak bersama di cafe itu.

Aryssa keluar dari kereta Rayyan lalu berjalan masuk ke dalam cafe itu.

"Weyh Arys asal kau drive kereta Rayyan?" soal Edrisya sebaik sahaja Aryssa baru melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Aku keluar dari pergi checkup lepas itu entah dia ada training kot. Dia tanya la nak tunggu or drive so aku jawab je la baik aku drive balik dari aku tunggu yang entah habis pukul berapa tu" terang Aryssa.

Mereka memulakan topik perbualan mereka seperti biasa yang dilakukan ketika melepak di cafe.

7:15 P.M

Perbualan mereka terhenti akibat bunyi yang datang dari telefon pintar milik Aryssa.

Rayyan Daren is calling...

Tanpa menunggu lama, Aryssa terus menjawab panggilan itu.

"Hello"

"Kau dekat mana?"

"Dekat cafe. Dah habis?"

"Yea alang-alang kau dekat cafe belikan aku iced americano satu"

"Ye. I'll hang up"

Panggilan itu dimatikan oleh Aryssa dengan serta-merta.

"I want to fetch him. So bye" kata Aryssa lalu bangun.

Yang lain hanya mengangguk. Sebelum keluar dari cafe itu, Aryssa ke kaunter untuk membeli minuman yang dipesan oleh Rayyan sebentar tadi.

Sebaik minuman itu siap, langkah diatur masuk ke dalam kereta milik lelaki itu.

7:30 P.M

"Selamat malam senior"

Rata-rata yang melintasi di hadapan ThePrinces semuanya mengucapkan selamat malam.

"Ray kitaorang balik dulu la" kata Ashraff sambil mengipas-ngipas badannya menggunakan baju.

Arief juga mengangguk tanda menyokong Ashraff.

"Pergi ah" kata Rayyan lalu mengerling ke arah jam tangannya.

Ashraff dan Arief masuk ke dalam kereta selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Rayyan yang masih menunggu Aryssa untuk datang mengambilnya.

Dia bersandar pada dinding putih itu.

"Ray"

Sedang khusyuk dia melihat akaun media sosialnya, tiba-tiba ada satu suara yang memanggilnya.

Rayyan mengangkat wajahnya.

"Kau nak apa?" soal Rayyan kasar.

"I'm so sorry about last week" ucapnya.

"So betullah memang kau yang rancang semua benda ni?" soal Rayyan sinis.

Mata Maira mula berkaca. Rayyan merenung tajam gadis di hadapannya ini.

Gadis yang pernah dilindungi suatu ketika dulu.

Maira lengkap berpakaian training outfit pasukan olahraga sekolah itu ditatapnya.

"Kalau aku tahu dari awal yang kau gunakan aku sebagai umpan untuk perangkap aku dengan Aryssa, awal-awal lagi aku dah dump you already" kata Rayyan.

"Sebenarnya Aryssa yang menjadi umpan. Not you Rayyan. Killed two birds with one stone. Aryssa keep getting on their way that's why he chose that girl as the bait to trap you I mean both of you" jelas Maira.

"Huh tak ada guna kau bagitahu semua benda sekarang. Sebab semuanya dah terjadi. Kau pernah fikir tak apa akibatnya. I will let Aryssa decides about this matter. You just-"

"You can prevent it Ray" potong Maira.

Rayyan memandang Maira.

"Prevent it? What kind of nonsense is this?" soal Rayyan.

"I meant it. I love you Ray. Let's getback" luah gadis itu.

Rayyan memandang Maira dengan satu pandangan yang sukar ditafsir.

"Itu je cara untuk Rais berhenti ganggu awak. Itu je cara untuk dia lupakan dendam dia. Saya mengaku saya tinggalkan awak disebabkan dia ugut saya. At that time his sister loves you. That's why for your safety I let you go. But that's because I love you" luah Maira ikhlas.

Rayyan sepertinya tidak tahu banyak mengapa mereka putus dahulu. Cuma yang dia tahu mereka putus kerana Rais.

"Please Ray. I love you. I miss you even till now"

Pak

Serentak itu mereka berdua menoleh.

Terlihat cup minuman yang masih lagi berisi air sudah tumpah di atas jalan tar itu.

Aryssa hanya melihat mereka berdua namun tidak sangka dia terdengar luahan gadis di hadapan Rayyan itu.

Rayyan menghampiri Maira lalu menunduk sedikit ke telinga gadis itu.

"It's too late. We were trapped" bisik Rayyan lalu berjalan menghampiri Aryssa yang masih tidak bergerak di tempatnya.

Mata Maira berkaca memandang pemergian Rayyan.

Terlihat dia, Rayyan menarik pinggang Aryssa dekat dengan lelaki itu.

Rayyan merapatkan jarak mereka berdua dengan menarik tubuh Aryssa dekat dengannya.

Serentak itu, Aryssa melarikan wajahnya saat muka Rayyan hampir dengannya.

"Jangan guna helah ni just to deceive her" kata Aryssa tanpa melihat ke arah muka Rayyan.

Rayyan mencoret senyuman sinisnya.

Jarak mereka dijauhkan kembali. Namun bagi Maira keadaan Rayyan dan Aryssa sebentar tadi sudah cukup menyakitkan hatinya.

Rayyan membukakan pintu kereta kepada Aryssa.

Dengan segera Aryssa masuk ke dalam.

Rayyan juga masuk ke dalam tempat duduk pemandu. Kereta itu terus meninggalkan perkarangan sekolah ketika hari sudah lewat petang.

Bisikan Rayyan tadi mula terngiang-ngiang di fikirannya.

'It's too late. We were trapped'

TBC

TRAPPED✔ Where stories live. Discover now