Chapter 36

1.2K 33 0
                                    

Asya : awak dah sampai ke? Macam mana ok tak kat sana?

Asya menghantar whatsapp kepada Amir. Amir  dah pun pegi outstation. Pagi tadi dia baru berlepas ke Hong Kong. Ada urusan kerja di sana. Asya tinggal di rumah sendirian. Bukan takmahu tinggal dengan Mama dan Papa Amir, tapi dia lebih selesa di rumahnya. Tapi esok tetap dia kena tidur sana kalau tak mahu mak dan bapa mertua dia marah.

Amir baru sahaja selesai mandi. Dia mengambil telefonya.

Amir: dah. Baru je lepas mandi. Tetiba dah rindu pulak.
Sayang 💞 : ei mengadanya. Rindu kat siapa?
Amir: boleh ke nak rindu kat org lain?
Sayang 💞: ha cubalah kalau berani!! DUDUK HONG KONG TAKPAYAH BALIK DAH!
Amir: hahahaha.. takkan la nak rindu org lain. Awak sorang pun dah taktahan dah rindu macam ni.
Sayang💞: taupun.. rindu jugak bosan la awak
Amir: kalau bosan kan abang dah cakap pegi rumah mama.
Sayang💞: esokla saya pegi. Dahlah saya dah ngantuk ni
Amir: okey bye sayang. Mimpi abang tau
Sayang💞: taknak!! Ngeri
Amir: okaylah abang nak keluar dengan amoi kat sini jap
Sayang💞: HA KELUAR LA!!!!!!!! Bye!
Amir: hahaha bye sayang goodnight
Sayang💞: 👋🏼

Amir baru selesai mesyuarat. Dia pun mengambil keputusan untuk pulang terus ke hotel. Ada baki masa 3 hari lagi dia disini untuk selesaikan apa yang patut.

Amir berjalan memasuki hotelnya. "Amir!" Namanya dipanggil oleh satu suara yang amat dikenalinya. "Rania?" Amir hairan. "Hi Amir.. what are u doing here?" Tanya Rania berbasa basi. "I suppose to ask u that.. what are u doing here.." kata Amir. "Oh i ada keje sikit. Actually i nak mintak maaf pasal haritu.. if u don't mind jom pegi makan jap." Kata Rania lembut.

Amir masih teragak agak. Dia merasakan bahawa Rania sudah faham. Dia pun hanya menurut sahaja. Mereka pergi makan di dalam restoren di hotel itu sahaja. Malas Amir mahu pergi jauh. Penat katanya.

💫💫💫💫💫

Asya bersiap seperti biasa pagi itu. Dia ingin singgah di rumah mak mertuanya dahulu. Yela dah lama rasanya tak singgah.

Asya membawa kerete ke rumah Dato Ahmad aka bapa mertuanya. "Assalamualaikum mama?" Teriak Asya. "Waalaikumussalam. Eh Asya meh sini" ajak Datin Ariana. Asya masuk dah terus bersalam dengan Datin Ariana.

"Lama tak nampak kamu. Busy ke?" Tanya Datin Ariana. "Aah mama. Busy sikit kat office. Ni Amir outstation lagi busy la jawabnya." Luah Asya. "Yelah kan. Amir ada cakap jugak dia ke outstation. Eh kamu tu duduk sorang kat rumah. Sementara tu tinggal dengan mama la." Ajak Datin Ariana. "Oh malam tadi asya malas nak keluar. Harini Asya tidur sini sampai Amir balik. Eh papa mana mama?" Tanya Asya. "Eh kamu ni harinikan kerja. Tentu tentu la papa kamu tu pegi kerja." Jawab Datin Ariana. "Eh aah la mama. Eh mama Asya pegi keje dulu la. Lupa pulak harini kerja. Petang karang Asya datang lagi." Kata Asya tergesa gesa keluar rumah. "Eh budak bertuah ni betul la! Baik kereta tu hati hati." Jerit Datin Ariana.

Asya bergegas masuk ke dalam pejabat. Sebelum dia membuka pintu dia hampir tersadung di depan pintu. Hatinya tidak sedap. Asya pelik. Takut semua perasaan bercampur baur. 'Dah kenapa ni? Perasaan je kot." Asya terus masuk ke dalam pejabatnya.

Asya mencapai surat khabar yang diambilnya tadi. Yela masa masa pagi begini elok membaca sekejap nak segarkan otak katanya. Asya terus membaca. Halaman utama surat khabar membuat jantung Asya hampir gugur.

'KEMALANGAN BAS DI MEKAH MERAGUT 30 NYAWA RAKYAT MALAYSIA'

Tanpa banyak soal Asya terus mendail nombor mama dan papanya. Namun hampa. Tiada langsung deringan di talian. Asya semakin cemas. 'Mama pls answer.' Asya berkata sendirian.

"Maa mama.. papa.." Asya semakin mengigil memanggil mama dan papanya. Dia cuba memanggil pejabat yang menguruskan hal kemalangan yang berkaitan dengan rakyat malaysia disana. Tangannya mengigil. Air mata mula mengalir di tubir mata. Takut itulah perasaannya sekarang ini.

"Hello.. saya nak tanya tentang kemalangan di Mekah. Boleh saya tahu senarai nama mangsa serta id pengenalan mereka." Tanya Asya serak. "Oh boleh. Nanti saya hantarkan dokumen di whatsapp." Kata operator itu lembut.

Selang beberapa minit, Asya mendapat satu dokumen. Dia membuka dokumen itu dengan hati yang berat. Takut! Itulah perasaannya sekarang. 'Bismillah' Asya menguatkan dirinya.

Satu persatu nama dibeleknya. Tiba di nama ke 23 dan 24 Asya telefonnya terjatuh dari tangannya. Dia tidak percaya apa yang dilihatnya. Nama mama dan papanya tersenarai. 'Ya Allah..' itulah ungkapan yang keluar di bibir Asya. Dia menangis semahunya. Tangannya mengeletar. Tiada ap yang dapat dia fikir sekarang ni.

Telefonnya berdering tiba tiba. Asya melihat nombor yang tak dikenali dan terus mengangkat. "Hello." Kata Asya dalam keadaan menangis. "Hello Assalamualaikum. Boleh saya bercakap denganPuan NurAsya Amira?" Tanya operator di talian. "Waalaikumussalam,Ya saya" jawab Asya yang masih lagi menangis. "Puan adalah waris kepada Adam bin Rahim dan Amayah binti Mohamad. Boleh puan datang ke pejabat untuk pengesahan?" Kata operator dalam nada yang sendu. Simpati pada Asya mungkin. Kehilangan kedua ibu dan bapanya dalam sekelip mata. "Ba baiklah saya datang sekarang." Asya dalam keadaan menangis bingkas bangun.

Asya sudah tidak dapat berfikir apa pun. Dia tak keruan. Tangannya mengigil dari tadi. Ini umpama mimpi baginya. Dia seperti orang kurang siuman. Dia berjalan mahu keluar dari bangunan tapi dihalang oleh seseorang.

Fareez yang melihat Asya menangis hairan. Fareez mendekati Asya dan menahan lengannya. "Asya! Kenapa ni?" Tanya Fareez risau. "Maa mama papa dah takde" Asya terus melepaskan tangisan. Riak muka Fareez terus berubah. Kasihan.

Fareez terus memberikan kata kata pendorong. "Asya sabar. U kena kuat. U kan anak yang baik." Kata Fareez. "Saya nak mama dengan papa. Saya kena pegi" kata Asya yang tak keruan mahu terus ke pejabat yang dinyatakan untuk pengesahan. "U nak pegi mana? U dalam keadaan tak stabil ni. Jom i hantarkan." Kata Fareez.

Fareez terus menarik lengan Asya ke keretanya. Asya hanya mengikut. Seperti tiada apa yang dapat difikirkan buat masa ini. Di dalam kereta Asya hanya diam. Dia perlukan Amir disaat ini. Dia menelefon Amir tapi malangnya tidak diangkat. Di cuba memberi whatsapp tapi tidak juga dibalas. Hatinya semakin merundum kesedihan. Air matanya tidak henti henti mengalir di pipi.

Bff atau isteri? [COMPLETE]Where stories live. Discover now