Chapter 43

1.4K 48 1
                                    

Amir menghentikan keretanya apabila tiba di hadapan rumah tokmaknya. Amir cepat keluar untuk membantu Asya tapi Asya lebih laju melakukannya sendiri. Amir memegang lengan Asya untuk membantunya tapi ditepis perlahan. "Takpe saya boleh jalan sendiri." Kata Asya.

Asya berjalan perlahan ke dalam rumah tokmak. "Assalamualaikum.." Jerit Asya perlahan. "Waalaikumussalam.. ya Allah budak bertuah ni tak sihat lagi dah berjalan jauh!!" Tokmak mula membebel. Asya yang melihat tokmak keluar terus menerpa ke arah tokmak dan memeluknya. Lama Asya memeluk tokmak. Tokmak yang faham mengapa terus memeluk kembali dan menepuk nepuk perlahan badan Asya.

Amir yang mengeluarkan beg beg dari kereta melihat keadaan itu terus mengeluh. Dia dapat melihat raut wajah Asya yang begitu sedih. Dia memandang sayu. Sepatutnya dia juga yang perlu menenangkan Asya. Dia yang perlu memeluk Asya agar tidak perlu bersedih lagi, dia yang perlu mengelap air mata dan menguatkan semangat Asya. Tapi sekarang apabila dia mahu mendekati Asya, Asya pasti akan mengelak. Sabar! Itulah yang Amir perlukan sekarang ni.

Setelah makan ubat pada petang itu Asya terus keluar menuju ke pangkin. Mahu mengambil angin katanya. Asya duduk di pangkin sambil memandang ke arah sawah padi. Tenang. Itulah yang dirasakan sekarang ini. Dan ini adalah salah satu sebab dia mahu balik ke kampung. Mahu mencari ketenangan.

Tokmak melihat Asya yang berada di pangkin terus pergi ke arahnya. "Asya? Kamu ok dak ni?" Tanya tokmak. "Ok je tokmak.." Asya tersenyum nipis. "Asya dalam hidup kita ni kita kena terima apa yang berlaku. Terima qada dan qadar misalnya." Tokmak mula memberikan sedikit sebanyak nasihat yang berguna untuk Asya. "Tapi tokmak kenapa semua orang yang Asya sayang tinggalkan Asya? Mama, papa, anak Asya dan sekarang Amir pun nak tinggalkan asya ke?" Mata Asya mula berkaca. "Asya jangan cakap macam tu! Itu dah macam kamu tak redha dengan apa yg berlaku. Kesian depa semua. Siapa cakap Amir nak tinggalkan kamu?" Tokmak mengusap perlahan belakang badan Asya untuk menenangkan Asya. "Kenapa dia buat semua ni? Sebab dia nak tinggalkan Asya la. Asya tahu Asya yang paksa dia kahwin dengan Asya. Jadi Asya yang kena terima semua ni." Asya mula menangis. Tak sanggup. "Dak la.. Amir takkan buat macam tu. Dia sayangkan kamu. Kamu kena buka hati kamu maafkan dia sekarang ni." Kata tokmak. "Asya takut. Asya dah takde siapa kat sini. Asya cuma ada Amir je" Asya menangis semahunya. "Ish apa cakap lagu tu. Tokmak kan ada ni." Balas tokmak. Asya memandang tokmak dan terus memeluk tokmak dengan erat.

"Assalamualaikum tokmakk!" Jerit seorang budak perempuan. Asya yang terdengar suara itu terus meleraikan pelukan dengan tokmak dan mengelap air matanya. "Waalaikumussalam.. hai buatpa duk teriak lagu tu." Kata tokmak. Danisha tersengih seperti kerang busuk. Asya yang melihat danisha hanya tersenyum sendiri. "Ish tokmak ni. Ni ha mak bagi lauk sikit. Hi kak Asya!!" Danisha terus meletakkan lauk di atas pangkin dan bersalaman dengan Asya.

Asya membalas tangan Danisha. "Aik tak cari Abang Amir kamu tu ke? Kalau dak pantang dia balik." Kata tokmak. "Tak mau la tokmak. Bosan asyik tengok dia je. Nak kawan dengan kak Asya pulak boleh tak?" Tanya Danisha. "Bolehh." Jawab Asya perlahan. "Yeay! Baru best ada geng gugurl. Nanti kita jejalan eh kak." Danisha membuat muka comelnya. "Boleh je.. tunggu akak baik sikit eh." Asya sudah tersenyum. Gembira melihat Danisha.

"Aik dah tak mau kawan dengan abang ke?" Amir yang muncul tiba tiba berkata. "Takmau aih. Bosan. Asyik ajak main kat bendang ja. Ajak pi shopping apa semua takmau!"  Rungut Danisha. "Oh nak geng dengan orang lain la pulak eh. Kak Asya tu geng abang jugak tau." Kata Amir. "Ehh sapa kata? Kat sana dia geng abang. Kat sini dia geng nisha pulak tau.. so bye!" Danisha masih melawan. Amir yang tak puas hati terus meluru ke arah Danisha dan mencubit pipinya. "Aduuhh sakit laa! Sukahati je cubit pipi orang!" Ngadu danisha. "Ha padan muka.!" Amir menjelirkan lidahnya. "Ya Allah budak berdua ni. Macam budak budak." Tokmak mengeleng.

Asya tersenyum melihat gelagat Danisha dan Amir. Amir yang perasan akan senyuman Asya itu bahagia. Dia memandang sahaja wajah Asya. Asya memandang Amir dan mata mereka bertemu. Asya yang tadi tersenyum mula menghentikan senyuman dan terus memandang ke arah lain. Amir mengeluh untuk kesekian kalinya.

                           💫💫💫💫💫

Asya duduk di katil sambil membaca buku. Yelah banyak sangat masa terluang kat sini. Dah hampir 3 minggu jugak dia kat kampung. Selalu dia luangkan masa dengan tokmak dan Danisha. Amir pula? Memang jarang la nak tengok Asya bercakap dengan Amir. Ada sahaja alasan yang digunakan untuk lari dari amir. Belum bersedia katanya.

Amir masuk ke dalam bilik. Dia melihar Asya sedang membaca buku dan terus duduk di sebelah Asya. Asya yang perasan terus menutup buku dan mahu bangun keluar dari bilik. Belum sempat Asya mahu bangun Amir memegang tangan Asya menyuruhnya duduk kembali.

Asya tidak memandang Amir langsung. Amir memandang muka Asya dengan rasa kasih. Rindu benar dengan Asya. "Sayang.. cukup la buat abang macam ni." Amir memegang tangan Asya. Asya masih lagi diam. "Sayang say something pls. Abang dah tak sanggup tengok sayang macam ni." Rayu Amir.

Mata Asya sudah berkaca. Dia terus berpusing memandang Amir. "Abang.. saya taknak paksa abang. Tapi.." air mata Asya gugur tanpa sempat menghabiskan kata katanya. "Tapi apa?" Amir berharap agar Asya memberinya peluang untuk memberi kebahagian kepada Asya semula. "Tapi saya tahu saya yang paksa abang selama ni. Kita kawin pun saya yang paksaa.." belum sempat Asya menghabiskan kata katanya amir terus memeluk erat Asya. "Tak! Abang memang nak kawin dengan sayang. Abang cuma tunggu masa yang sesuai nak melamar sayang bukan sebab terpaksa.." Amir memeluk Asya dengan erat. "Abang jangan sebab abang kesiankan saya abang ubah fikiran. Kalau abang betul nak kita buat haluan masing masing abang bagitahu Asya." Apabila dengar sahaja apa yang Asya cakap air mata Amir serta merta jatuh. "Apa sayang cakap ni? Sayang dah tak sayangkan abang ke?" Tanya Amir dengan air mata. "Saya sayangkan abang. Sayang dah takde siapa dekat sini. Saya ada abang je. Saya taknak jadi penghalang abang!" Kata Asya dalam tangisan yang kuat. Tak tertahan dia rasa.

Amir memegang muka Asya. "Sayang takpernah jadi penghalang. Sebenarnya sayang yang dah bagi kebahagian pada abang.." amir mengelap air mata Asya. Asya diam. Air matanya masih lagi mengalir sesekali. Amir terus memeluk erat Asya.

Bff atau isteri? [COMPLETE]Where stories live. Discover now