Chapter 38

1.1K 35 1
                                    

Asya mengambil tudung berwarna coklat itu. Dia mengenakan tudung itu dengan kemeja hitam yang dipakainya. Ya, Asya bertekad untuk berubah. Untuk mama dan papanya serta suaminya. Dia terima semua takdir yang terjadi. Apapun niatnya yang utama adalah untuk mengikut segala suruhan Allah.

Dia memakai tudung itu dengan cara yang sama dia menonton tutorial malam tadi. Ya dia telah memborong sedikit demi sedikit tudung semasa cuti berehat haritu bersama Puan Adibah. Tapi kini Puan Adibah sudahpun pulang ke Beijing untuk meneruskan tugasannya. Begitu juga Asya pada hari ini dia akan memulakan tugasnya seperti biasa. Ya dia harus kuat. Kalau dia lemah pasti mama dan papanya sedih melihatnya.Selesai memakai tudung, Asya pun turun untuk bersarapan. Asya duduk di hadapan Amir.

Amir terkejut. Cantik! Asya begitu mempersonakan baginya. Begitu teruja dia melihat Asya bertudung. "Kenapa? Tak elok ke?" Tanya Asya apabila melihat Amir memandangnya pelik. "Taklah awak cantik sangat!!" Puji Amir jujur. "Hahaha cantik ke? Abang dah siap makan ke?" Tanya Asya lagi. Amir terkedu. Benarkah apa yang dia dengar ABANG! Asya memanggilnya abang. Ya Allah terima kasih ya Allah. "Apa awak panggil tadi?" Amir meminta kepastian. "Abang? Kenapa?" Asya tersenyum. "Takde apa apa. Abang tak pasti macam mimpi pulak." Kata Amir girang. "Abang maafkan saya selama ni tak jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. InsyaAllah lepas ni saya akan lakukan semua tanggungjawab saya. Abang pun tolongla bimbing saya ya." Asya menjelaskan segalanya.

Amir bingkas bangun dari tempatnya dan duduk di sebelah Asya. "Sayang.. sayang takpernah ada salah dengan abang. Abang pun salah sebab tak pernah nak tegur. Kita sama sama cuba ya lepas ni sayang." Kata Amir terus memeluk Asya. Asya turut sama membalas pelukan itu.

Mereka terus pergi kerja selepas selesai sarapan. Mereka masuk ke dalam pejabat dan kebetulan Fareez berada di dalam pejabat tersebut juga.

Fareez memandang Asya lama. Terpegun juga dengan penampilan baru Asya. Cantik! "Hi Asya. U look different.." tegur Fareez. "Hi. Takde apa yang lain sama je." Asya tersenyum. "No. U look beautiful." Puji Fareez. "Thanks" Jawab Asya. Panas jugak Amir mendengar perbualan mereka. Terus dia memegang tangan Asya dan terus berlalu.

Tiba di dalam pejabat Asya, Amir mengeluh. "Sampai bila kontrak kita dengan syarikat Fareez habis?" Tanya Amir tiba tiba. "Hujung tahun ni kot." Balas Asya. "Lamanyaaa.." amir membuat muka risau. "Kenapa abang?" Tanya Asya tersenyum. "Susah dia lama lama dekat sini. Asyik nak pandang sayang je." Amir menunjukan riak cemburunya. "Hahahaha takdelah setiap hari dia kat sini. Bila ada hal je dia datang." Asya tergelak. "Lepasni mesti hari hari sebab nak tengok sayang. Yela sayang kan dah makin cantik." Kata Amir. "Oh selama ni saya tak cantik ke?" Tanya Asya. "Selama ni hmm jap nak fikir." Amir cuba bergurau. "Fikir? Oklah nak tanya Fareez jap selama ni saya cantik ke tak." Asya hampir membuka pintu pejabat.

Amir yang duduk di atas meja sempat menghalang dan menarik Asya ke dalam dakapannya. "Ala sayangg.. cantik la. Sekarang ni bertambah tambah cantik. Taknak la gurau macam tu!" Amir sambil mengusap lembut pipi isterinya. "Hahahaha abang ni kan." Asya memukul dada Amir lembut. "Cantiknya sayang.." puji amir lagi dan lagi.

"Abang. Saya ada sesuatu nak bagitahu.." kata Asya yang masih dalam dakapan suaminya. "Ya sayang." Amir masih lagi memandang isterinya tak jemu. Tangannya jangan cakap meliar je ke wajah isterinya. "Saya nak berhenti kerja. Saya nak uruskan butik arwah mama." Asya memberitahu keputusannya. "Ha? Kenapa tiba tiba sayang?" Amir mengerut dahinya. "Saya nak luangkan masa dekat rumah supaya senang saya nak jaga makan pakai awak. Saya nak jalankan tanggungjawab saya." Terang Asya. "Abang akan sokong sayang. Terima kasih sayang sebab sanggup buat semua ni untuk abang." Kata Amir mencium lembut dahi isterinya. "Lagi satu lepasni hilang la satu penyakit abang." Kata Asya. "Penyakit apa?" Tanya Amir hairan. "Penyakit jealous dengan Fareez. Hahaha." Asya tergelak. "Penyakit tu hilang. Tapi penyakit rindu pulak nanti datang." Amir memuncungkan mulutnya. "Ei gatal!" Asya mencubit pinggang suaminya. Amir tergelak bahagia.

                      

Bff atau isteri? [COMPLETE]Where stories live. Discover now