Chapter 42

1.3K 42 1
                                    

"Fareez.. duduk la dulu" kata Asya. Fareez duduk di kerusi sebelah katil wad itu. Fareez memandang Asya sayu. "Asya are you okey?" Tanya Fareez bimbang. "Saya okey je.. Fareez I need to tell u something no I need to settle this.." lembut sahaja Asya bersuara. "What?" Tanya Fareez. "Fareez saya dah kawin. Awak tahu kan ?" Asya tersenyum kepada Fareez. Fareez diam. "Fareez saya mintak maaf. Mungkin dulu saya takdapat nak berikan sepenuhnya komitmen pada relationship kita. Tapi benda tu semua dah berlalu." Asya berkata lembut. Setiap bait kata kata yang Asya katakan membuat Fareez sedih. "No Asya. Bukan salah awak. Saya yang salah.. I'm sorry.." kata Fareez dengan suara yang sayu. "No Fareez jangan sedihh.. saya nak semua orang yang berharga untuk saya bahagia.. jadi awak jangan sedih macam ni.. kebahagian awak masih ada dekat luar sana." Kata Asya yang membuatkan Fareez terharu. "Saya berharga untuk awak?" Tanya Fareez. "Ya Fareez.. awak jugak yang ajar saya macam macam dulu.. awak adalah antara orang yang berharga untuk saya. Jadi tolong jangan jadi macam ni sebab saya.." Asya tersenyum memandang Fareez. "I'm sorry Asya. Sorry ganggu hubungan awak. Kalau awak bahagia saya pun bahagia.." kata Fareez. "Thank you Fareez...." asya menghadiahkan senyumannya lagi. "Welcome Asya." Fareez juga tersenyum.

Fareez meneruskan memandu walaupun hatinya hancur berkecai. Walaupun begitu dia perlu rela untuk melepaskan asya. Asya bukan lagi miliknya. Ya semuanya memang salah dia. Kalau dia tak berlaku curang dengan Asya dulu takdelah benda ni jadi. Ya dia sebenarnya cemburu Asya bersama Amir sejak dari dulu. Semasa bercinta dengan Asya nama Amir asyik keluar dari mulutnya. Dia merasa tercabar. Dia terus cuba mencari jalan dengan curang. Tapi semua itu memakan dirinya. Dia tak dapat nak lupakan Asya.

💫💫💫💫💫💫💫

Setelah 3 hari duduk di hospital, Asya dah boleh discharged. Asya dan Amir pulang ke rumah orang tua Amir. Ya Asya telahpun keguguran dan dia perlu dirawat atau lebih tepat perlu dijaga oleh orang yang lebih berpengalaman.

Datin Ariana terus membantu Asya masuk ke dalam. Takut juga jatuh ke apa ke japlagi. Ya Asya masih lagi dingin dengan Amir. Dia bagaikan takboleh terima gambar gambar yang dia lihat. Dan dia juga bagaikan menyalahkan Amir punca dia keguguran.

Asya masuk ke dalam bilik dan berehat. Asya baring di atas katil. Dia mengusap perlahan perutnya. Kecewa. Itulah yang dia rasakan sekarang ini. Dalam mengusap perutnya dia air matanya jatuh.

Amir membawa bubur dan air untuk Asya. Asya perlu makan sebelum makan ubatnya. Sebelum masuk dia melihat Asya mengusap perutnya. Amir menjadi tak keruan. Sedih!

"Sayang.." panggil Amir. Asya yang perasan kehadiran amir terus mengelap air matanya. Dia diam. "Sayang makan dulu eh. Lepas ni makan ubat.." Asya masih lagi diam. "Abang suapkan eh?" Kata amir. "Takpe saya makan sendiri." Jawab Asya dingin. Dia terus mengambil mangkuk bubur di tangan amir dan makan. Selepas beberap suap dia meletakkan bubur itu kembali di dalam dulang dan mengambil air.

Selepas makan ubat Asya terus pergi ke katil. "Oh ya.. saya nak balik kampung rumah tokmak. Saya nak duduk sana." Kata Asya. "Tapi sayang kena berehat dulu.. biar sembuh dulu baru kita balik ya.." pujuk Amir. "Taknak. Saya nak balik jugak. Kalau abang taknak hantar saya balik sendiri." Asya tetap dengan pendiriannya. Amir mengeluh perlahan. "Ok sayang kita balik. Minggu depan ya?" Balas amir. "Esok." Sepatah Asya menjawab. Amir akur. Entahlah dia sendiri buntu. Taktahu nak buat apa. Dia hanya berharap dia kuat menghadapi semua ni.

Amir meletakkan dulang di atas meja makan. Mukanya sayu. Dia terus duduk di meja makan itu. Sesekali dia mengeluh. Datin Ariana datang dan turut duduk di meja makan. "Asya dah makan ubat?" Tanya Datin Ariana. "Dah.." jawab amir tidak bermaya. "Kenapa ni mir?" Tanya Datin Ariana apabila melihat anaknya itu tidak bermaya. "Esok kami nak balik kampung." Kata Amir. "Ha? Esok? Asya kan kena berehat.." kata Datin Ariana. "Taktahu la ma. Asya nak berehat dekat kampung. Kalau tak dia nak balik sorang." Kata amir.

Datin Ariana turut mengeluh. Dia tahu Asya akan terus dingin. Dia tahu Asya takdapat nak terima kenyataan lagi. Lagi pula selepas melihat gambar gambar amir bersama perempuan lain. Bukan Datin Ariana mahu menyokong anaknya tapi dia tahu Rania bukanlah seorang perempuan yang baik. Dia kenal Rania apabila dia pergi ke London beberapa tahun lalu.

"Kamu ikutlah dulu apa yg dia mahu. Kamu cuba buat hatinya lembut semula. Banyak masalah yang dia dah hadapi. Kamu perlu bagi dia ruang." Nasihat Datin Ariana. Amir hanya mengganguk lemah.

Bff atau isteri? [COMPLETE]Where stories live. Discover now