Chapter 24

2.4K 79 1
                                    

Asya bangun dan mula mengeliat. Tangannya dikuak habis bagaikan dia seorang sahaja di atas katil. Amir mula mula geram. Dia menolak tangan Asya yang terkena mukanya ke tepi.

Asya bangun dr katil. "Weh! Apa kau buat dalam bilik aku!?" Teriak asyaz. Amir yg terkejut terus bangun. "Eh kita dah kawin kan! Apa masalahnya!" Amir berkerut kerana masa tidurnya diganggu.

Asya membuat muka peliknya. "Eh kita dah kawin! Oh hahahaha" asya tergelak sendirian. Amir menghadiahkan muka toyanya sambil menarik selimutnya kembali.

Asya dapat mengimbau kembali peristiwa malam tadi. Ya! Mama dan papanya mahu pergi ke makkah tidak lama lagi. Jadi masa yang ada ni dia nak spend time betul betul nanti takdelah rindu.

Asya turun dan terus mencari mamanya. Puan Sri Amayah yang sedang menonton tv terkejut dengan kedatangan Asya secara mengejut. "Mama! Jom kita pegi melaka sesama." Cadang Asya. "Eh kamu ni. Nak buat apa? Kamu jelah pergi dgn Amir berdua je nak honeymoon." Balas Puan Sri Amayah. "Ala jomla mama kan nak pergi mekkah taklama lagi" Asya membuat muka seposen. "Nantilah tanya papa dulu. Takut dia ada kerja pulak Nanti." Kata Puan Sri Amayah. "Yeay sayang mama" kata Asya sambil mencium mamanya. "Ish pergi mandi sana. Dah kawin buat perangai macam ni lagi eh" Puan Sri Amayah memukul punggung Asya .

Asya terus bangun dan masuk ke bilik semua. Dia mahu memberitahu Amir akan cadangannya itu. "Amir! Bangunlah!" Asya terus menerjah ke atas katil. Amir yang sedang lena terkejut dek sergahan Asya.

Amir mengeliat dan cuba untuk tidur semula. Tapi niatnya tidak kesampaian Apabila Asya terus mengacaunya. Asya mengoncang goncang badan Amir. Amir pun bangun. "Apadia yang kecoh sangat ni?" Amir mula membuat muka geramnya. "Kita gi melaka eh?" Asya terus menyatakan hasratnya. "Eh awalnya fikir honeymoon? Tapi dekatnya?" Amir tersenyum. "Eh siapa yg nak gi honeymoon! Orang nk gi bercuti ngan mama and papa la! Jom eh!" Asya membuat muka terujanya. "Ermm entahlah! Taktahu la nak gi ke tak" Amir mula membuat spoil mood Asya. "Ala pehal entahlah pulak? Jom jelah lama kan cuti." Asya masih mengajak dengan muka kerutnya. "Aih yelah jom!" Amir setuju.

Dengan gembiranya Asya menjerit yeayy! Dia mula melompat lompat di atas katil. Amir yg turut berada di atas katil habis bergerak sama. "Ah yelah seronok pun takyah lah nk lompat sanagt!" Amir berkata sambil menarik tangan Asya supaya duduk kembali.

Asya pun terduduk tapi bukan atas katil tapi atas riba Amir. Lama! "Hah! Sampai bila nak duduk atas riba ni? Dahlah berat " kata Amir . "Heh! Dia yg tarik tetiba! Eh tak berat mana pun eh!" Asya membantah. "Yelah pegi mandi sana!" Amir mula menyuruh Asya membersihkan diri.

                    💫💫💫💫💫

Puan Sri Amayah bersiap untuk keluar. Dia hanya berdandan seperti biasa. Dia memakai jubah bunga dah melilit selendang di kepala.

Dia keluar dari bilik dan mengambil kunci kereta Honda Accord miliknya. Dia mula memandu laju ke syarikat milik suaminya.

Tiba sahaja di hadapan bangunan dia menyerahkan kunci dan terus masuk ke dalam syarikat. Pembantu di kaunter semua tunduk semasa Puan Sri Amayah masuk. "Tuan ada tak?" Tanya Puan Sri Amayah. "Ada Puan. Masuklah Tuan takde tetamu pun sekarang ni." Kata Muna pembantu disitu.

"Assalamualaikum." Kata Puan Sri Amayah seraya membuka pintu. "Waalaikumussalam, eh awak kenapa datang ni?" Tanya Tan Sri Adam. "Amboi saya nak dtg saja pun takboleh ke? Ke ade scandal ni?" Seloroh Puan Sri Amayah. "Eh awak ni ada ada je. Awak sorang pun dah cukup. " gelak Tan Sri Adam. "Abang ni saya nak cakap sikit."

Puan Sri Amayah terus menghampiri meja dan duduk. "Apadia?" Tanya Tan Sri Adam. "Asya ajak kita bercuti sebelum kita pegi makkah." Kata Puan Sri Amayah. "Oh bila tu? Takut saya ada hal." Balas Tan Sri Adam. "Ala awak ni. Carilah masa sikit. Dia nak spend time dgn kita ni. Merajuk lagi karang budak tu." Puan Sri Amayah mengajak suaminya pergi. "Yelah nanti saya aturkan semuanya." Tan Sri Adam bersuara.

Tan Sri Adam bangun. "Eh awak nak pegi mana pulak? " tanya Puan Sri Amayah. "Dah alang alang awan dtg jomlah kita pegi makan sekali." Ajak Tan Sri Adam. Mereka pun keluar ke restoren kegemaran Puan Sri Amayah..

Bff atau isteri? [COMPLETE]Where stories live. Discover now