Chapter 31

2.2K 71 6
                                    

Kereta Suzuki Swift milik Asya laju sahaja meluncur di lebuh raya. Asya hanya menurut sahaja apabila Amir mahu membawa keretanya kerana Amir kata kereta Asya lebih sesuai untuk dibawa.

Setelah 8 jam memandu, Amir memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah. Asya mula terbangun kerana dia seperti berasa sudah tiba. "Dah kat mana?" Tanya Asya sambil mengeliat. "Dah sampai ni. Jomlah." Ajak Amir sambil melihat jam ditangannya tepat pada pukul 5.00 petang.

Asya keluar dari kereta. Matanya meliar di sekeliling kawasan. "Amir! Mana rumahnya?" Tanya Asya. Kuat pulak budak ni bertanya. "Tu ha. " tunjuk Amir dengan mulut ke arah sebuah rumah yang diperbuat drpd papan. Takdelah buruk pun papan dia tu dr papan import kau tau! Takkan anak Dato mak nak duduk rumah usang!

Asya terngaga. "Kata banglo?" Asya bertanya lagi. "Nilah banglo kitorang. Teratak tokmak." Jelas Amir. Asya membuat mulut bentuk O. Matanya meliar lagi di sekeliling kawasan. Penuh sawah padi! Rumah tokmak pun depannya penuh dengan rumput hiasan! Jalan tar pun muat muat untuk sebuah kereta lalu. Tu kalau bertembung masuk longkang agaknya.

Amir mengeluarkan barang dari dalam kereta. "Jomlah Sya.." ajak Amir masuk. Asya membuntuti sahaja Amir. Tiba tiba seorang wanita tua dalam lingkungan 60an keluar. "Hamboi hangpa semua dah sampai na. Masukla" ujar wanita itu lebih dikenali sebagai tokmak.

Asya masuk dalam dan bersalam dengan tokmak. "Ni dia ka cucu menantu tokmak? Comel na!" Puji tokmak. "Takda la tokmak biasa ja." Asya pun terkeluar loghat kedahnya. "Tudia dah boleh cakap kedah. Baru mai." Tokmak mengusik. "Takdala tokmak. Nenek saya org kedah juga dulu tapi dia duduk dengan mama dan papa lepas saya lahir. Pastu terus kami semua takde kg." Terang Asya lagi.

Amir pun hairan. Banyak betul yg dia tak tahu tentang Asya ni. Dia ingat banyak dia tahu lepas dah nak dekat 15 tahun kawan sampailah dah jadi bini. "Oh nenek hang la yang dok cakap kedah dgn hang ni." Tokmak berkata. "Aah tokmak. Sikit sikit saya boleh la." Ujar Asya.

Tokmak memandang Amir yang sedang membuat muka pelik. "Ha Amir! Hang pasaipa duk duduk tercegat kat situ. Pi la masuk letak barang sana." Tokmak menyedarkan Amir dari lamunan. "Yela tokmak nak masuk dah ni." Amir berkata seraya berjalan menuju ke bilik.

Asya keluar dari bilik air setelah siap berbaju. Dia masuk ke dalam bilik dan melihat Amir sedang berbaring di atas katil. Asya mengerling ke arah jam yang menunjukkan pukul 7.40 petang.

Asya bergerak ke katil dan mula mengejutkan Amir. "Amir! Bangun la ni mahgrib.." kata Asya. "Ha pukul berapa?" Tanya Amir. "7.40. Dah solat ke?" Asya membalas dengan pertanyaan. "Dah tadi tu yg abang lelap sekejap." Jawab Amir. Amir sahaja yang menbahasakan dirinya abang tapi Asya hanya memanggilnya dengan nama dan gelaran saya awak. Tapi lama lama nanti dia tahu Asya akan belajar.

"Amboi tak tau pulak yang Asya pandai cakap kedah!" Kata Amir. "Oh taktau pulak yang awak org kedah!" Balas Asya. "Eh Asya taknak tanya abang tak bagitahu la." Balas Amir pula. "Ha samala awak taknak tanya saya tak cakap la.." Asya tergelak kecil.

"Ha gelak apa pulak dah ni." Sergah tokmak dari luar bilik. Yalah pintu terbukak luas memang meminta. "Takdela tokmak. Amir ni buat lawak pulak dah mahgrib mahgrib la ni." Jawab Asya. "Ish sudahla nak bergurau senda tu meh kita makan dulu na." Ajak tokmak. "Ha jom." Asya bangun sambil mengejek Amir.

Asya sudah duduk di kerusi. Amir datang kemudian selepas basuh muka mungkin. "Wah sedapnya tokmak." Kata Amir apabila tiba di situ. "Apa kamu ni belum rasa dah kata sedap aih!" Tokmak yang sedang berjalan di belakang Amir untuk mengambil nasi sempat memukul lengan Amir.

Mereka duduk dan makan bersama. "Ha sebab Asya takpernah balik kg esok kamu pi bawak dia ronda 1 kg ni." Arah tokmak. "Ok tokmak esok Amir bawak tuan puteri ni." Balas amir. "Baguih la lagu tu." Tokmak tersenyum.

Bff atau isteri? [COMPLETE]Where stories live. Discover now