Chapter 40

1.3K 41 1
                                    

Asya menyusun stok yang baru tiba di butiknya. Dia juga check satu persatu barang yang sampai. Jika ada sebarang kerosakkan dia akan memulangkan semula barang tersebut.

"Farah.. tolong check stok tudung." Panggil Asya dari dalam stor. Tapi Farah tidak menyahut. Asya pun bangun. Tapi bila dia bangun kepala berpinar. Kepalanya pusing. Asya cuba memcari sesuatu untuk menahan dirinya. Dalam pada itu dia cuba memanggil Farah untuk membantunya.

Seketika Asya tak dapt bertahan dan terus rebah. Farah baru menyahut selepas keluar dari tandas. "Kak! Akak! Akak kenapa?" Panggil Farah cemas. Dia resah. Apa yang patut dia lakukan sekarang. Nombor telefon suami Asya pun dia taktau.

Farah terus meminta seorang lagi pekerja sambilan di kedai itu untuk membantu mengangkat Asya ke dalam kereta. "Mun... kau jaga kedai tau. Aku pegi hantar akak ke hospital." Kata Farah selepas mereka selesai mengangkat Asya kedalam kereta.

Sampai di hospital, Farah terus memanggil doktor. "Doktor! Nurse! Akak saya pengsan.." kata Farah di hadapan hospital. Nurse datang membawa stretchers untuk membawa Asya masuk ke dalam hospital.

Farah menunggu di ruang menunggu. Nak call suami Asya dia taktau nombor telefonnya. Jadi dia menunggu Asya sedar dulu. "Penjaga Puan Asya?" Panggil seorang nurse. "Ya saya?" Farah terus bangun dan menuju ke arah nurse. "Silakan. Doktor nak jumpa." Kata nurse.

Farah pun terus masuk ke dalam bilik doktor. "Hi doktor? Puan Asya kenapa ya?" Tanya Farah agak kekok. Yelah tetiba je haha. "Hi.. silakan masuk." Doktor itu tersenyum membalas. "Kenapa dengan dia?" Tanya Farah kepada doktor yang dinametagnya tertera nama Fahmi. "Oh dia ok. Suami dia tak datang ke?" Tanya doktor. "Oh suami dia ahh apeni takde eh bukan takde yang meninggal tapi takde sebab kerja." Aduhai gugup pulak si Farah ni. "Oh hahaha. Sebaiknya saya sampaikan berita pada suami dia tapi memandangkan awak sebagai penjaga dia saya bagitahu awak jela." Kata doktor fahmi. "Oh nanti saya call dia bila Puan Asya dah sedar. Tapi apa ya?" Tanya Farah sekali lagi. 'Adui doktor ni pun dah banyak kali kot aku tanya kenapa kenapa tapi cakap ok je tadi tapi tetiba ada benda lain pulak nak bagitau!' Rungut Farah sendirian. "Tahniah saya ucapkan.. Puan Asya mengandung." Jelas doktor fahmi memberitahu. Farah membuat muka tidak percaya. Gembira! Yalah Asya tu dia dah anggap macam akak dia. "What serious doc! Wahhh" Farah tersenyum gembira sambil menepuk nepuk perlahan tangannya.

"Eh boleh saya jumpa dengan Puan Asya tak?" Tanya Farah yang terover excited depan doktor. "Boleh.. silakan. Dia pun dag sedar" Kata doktor. Farah terus keluar dari bilik doktor dan menuju ke bilik rawatan.

Masuk sahaja ke dalam bilik Farah melihat Asya yang sudah sedar terus menerjah. "AKAKK!! Congrats!!!" Jerit Farah.. "shuu diam sikit! Hahhaha" Asya tergelak. Ya hospital kot. Dia mak menjerit pegi hospital bahagia sana. "Ala akak ni.. orang seronok ni nak dapat anak buah.." kata Farah. "Hahahahaha kamu ni! Telefon akak mana?" Tanya Asya. "Ohh nak bagitau Abang Amir lahtu! Btw handphone akak ada kat kedai akak boleh guna handphone fa eh jap jap.." farah menyeluk kocek seluarnya tapi tiada. Puas dirabanya tapi tak jumpa. "Kenapa?" Tanya Asya. "Handphone farah pun tertinggal hehehe." Jawab Farah. "Takpela akak bagitau nanti je bila dah sampai kedai." Kata Asya.

Asya dibenarkan keluar selepas mendapat rehat yang cukup. Farah membawa Asya ke kereta. Sihat dah si Asya ni lepas kena masuk air tadi. Asya berjalan tapi hampir tersadung batu sebelum sampai di parking. "Akak!! Hati hati sikit." Farah cemas. "Eh akak tak perasan. Akak tak sedap hati la Farah." Kata Asya. "Takde pape la kak. Perasaan je tu." Farah cuba positive.

Mereka tiba di butik. Asya agak keletihan. Yela sekarang ni dah bawak sorang budak dalam perut jadi mesti dia cepat letih. Lagi pulak dia belum makan tengahari lagi. Mereka masuk ke dalam butik dan melihat seorang tetamu yang tak disangka. Asya semakin tak sedap hati.

Asya masuk bersama Farah. "Farah pergi buat air dan amik telefon akak dan call Abang Amir cakap Rania datang sini." Bisik asya kepada Farah. Asya duduk di depan Rania. Kedai asya memang takda orang sebab sekarang waktu lunch.

Amir bersiap untuk pergi ke bilik mesyuarat. Apalah nasib waktu lunch tapi kena meeting. Sebelum sempat Amir keluar dari pejabat, telefonnya berdering. Dia terus mengangkat telefonnya. "Hello sayang." Amir terus menyapa. "Hello Abang Amir ni saya farah pekerja kat butik." Kata farah. "Eh kenapa? Mana Asya?" Tanya Amir pelik. "Oh kak Asya suruh call Abang Amir and cakap Rania datang sini." Penuh farah sampaikan pesanan Asya. "WHAT! Serious?!" Amir teekejut. "Aah baik Abang Amir datang sebab sebab kak Asya tengah mengan.." Amir terus mematikan talian. Dia perlu kesana dengan cepat. Disana dia lebih boleh dengar penjelasan dengan panjang lebar lagi.

Farah mengetap giginya geram! Yelah dia tak sempat nak cakap Amir dah menutup telefonnnya. Farah terus bergegas buat air dan letak di meja. "Farah takpe kamu boleh sambung check stok kat belakang." Kata Asya takmahu Farah sibuk di hadapan mereka.

"Ya Rania ada apa awak datang sini?" Tanya Asya lembut. "Oh sebab u pakai macam ni ke buat Amir taknak tinggalkan u." Kata Rania memandang Asya yang sememangnya sudah lama memakai tudung. "Eh Rania kenapa awak cakap macam ni?" Asya terkejut. Yalah kasar benar bahasanya. "Takpayah nak berlakon jadi baik la. Amir kata dia nak kawin dengan i tapi u yang kacau!" Kata Rania. "Eh Amir takde pun cakap apa apa dan saya pun taktahu apa apa." Asya mula mengerutkan dahinya.

Rania mengeluarkan satu sampul surat dan menghempasnya di hadapan Asya. "Ni ha sebab i dgn Amir sepatutnya kawin. Kalau u nak kacau lagi lepasni taktau laa." Kata Rania sambil tersenyum jahat. Asya memgambil sampul surat itu dan melihat isinya.

Punah hati Asya melihat gambar gambar Amir bersama Rania di atas katil. "Asya!" Jerit Amir yang baru masuk ke butik. Amir melihat mata Asya yang sedang bertakung memandang wajahnya. Di tangannya terdapat gambar gambar takguna tu. "Hi baby.." rania terus menerpa ke arah Amir dan memaut lengannya. Amir terus menarik kasar lengannya hingga Rania terjatuh.

Amir pergi ke arah Asya. "Sayang abang boleh explain.." rayu Amir. Asya terus bangun dan menjauhkan diri dari Amir. Asya mengeleng. Dia tak mahu dengar apa apa buat masa ni.

Rania bangun dan terus menuju ke arah Asya. "Hei perempuan! Kau ingat kau bagus sangat ke! Kau sebuk nak Amir kawin dengan kau padahal selama ni apa apa masalah semua dia cerita dengan aku! Dasar perempuan selfish!" Teriak Rania di depan Asya. "Sa saya taktau" asya binggung. Dia taktahu nak buat apa. Selama ni Amir cakap dia tiada perempuan lain.

"Kau ni dasar perempuan murahan." Rania terus menolak Asya sehingga jatuh dan perutnta terkena bucu meja kopi. Asya memegang perutnya. Sakit! Dia merasakan ada cecair keluar dari celah pehanya. Dia memegang cecair itu dan itu adalah darah.

"RANIA! What are u doing!!" Jerit Amir terus menerpa ke arah Asya. Rania menjadi binggung. Dia takut! Dia terus berlari meninggalkan butik itu. "Sayangggg... sabar abang bawa pergi hospital." Kata Amir seraya memgangkat isterinya terus ke hospital. Asya tidak berkata apa apa. Dia sakit dan dia mahu anaknya selamat.

Bff atau isteri? [COMPLETE]Where stories live. Discover now