Chapter 26

2K 66 1
                                    

Asya dan Amir sudahpun masuk bekerja. Dah lama cuti kan takkan la taknak kerja. Asya pegi kerja bersama dengan suaminya. Maklumlah dah satu tempat kerja buat apa nak pegi asing.

Tiba di tempat parking kereta, Asya mahu keluar tapi dihalang oleh Amir. "Kenapa?" Tanya Asya. "Taknak salam abang ke?" Amir tanya kembali. Asya agak janggal kerana Amir membahasakan dirinya 'abang'. "Kenapa cakap 'abang'" Asya berkata. "Dahtu abang suami kan? Kenalah panggil abang." Jelas Amir. "Tapi tak biasa la." Jawab Asya. "Ala takpe Nanti bila dah sedia panggil abang ok?" Amir tak kesah kerana dia tahu bukan senang Asya nak Biasakan diri. "Okay:)" balas Asya.

Selesai bersalaman, mereka pun masuk ke dalam pejabat masing masing. Biasalah nak acah professional di tempat kerja katanya. Tapi tengok muka dua budak ni memang taklah nak acah macam tu.

'Tuk tuk tuk!' Pintu pejabat Asya diketuk. "Masuk!" Asya memberi kebenaran. "Puan, arkitek dari syarikat yang akan membuat pembinaan bersama kita akan datang berjumpa puan. Mereka mahu membincangkan tentang bajet yang diperuntukkan untuk membina bangunan tersebut." Jelas dan padat pembantu Asya , Zana bersuara.

"Oh bila ya?" Asya bertanya semula. "Petang ni pukul 3.00 di bilik mesyuarat." Zana memberitahu Asya. "Oh okay petang karang saya datang." Bals Asya.

Zana terus keluar dari bilik itu. Asya pula menyambung kerja kerjanya yang bersepah atas meja. Dah cuti lama kan menipulah takde kerja yang tertangguh.

Pintu Asya diketuk sekali lagi. "Ya?" Kata Asya. "Puan jom kita lunch sama ya." Kata Amir. "Eh awak takboleh la. Saya ada meeting pukul 3 ni." Balas Asya. "Ala yeke? Takpelah abang makan sorang jelah~" Amir membuat muka sedihnya. "Euw mengada betul!" Asya membuat muka menyampah.

Asya turun makan di kafe tingkat bawah sahaja. Tapi dia turun pada jam 2.30. Dia punyalah berharap supaya tak lambat nk pergi meeting. Kalau tak makan ni mungkin tak fokus masa meeting nanti.

Makan yang dipesan oleh Asya sampai lambat. Jadi terpaksalah Asya makan dengan cepat. Selesai makan Asya membuat bayaran dan segera ke pejabat.

Dia masuk ke dalam pejabatnya untuk mengambil barang yang penting. Sempat dia mengerling ke arah jam yang sudah menunjukkan jam 3.01. Asya segera keluar dan berlari ke bilik mesyuarat.

Di luar pintu itu Asya cuba menenangkan dirinya dan nak buat cool je. Dia tarik nafas dan hembus. Setelah selesai dia terus masuk ke dalam bilik mesyuarat.

"Hai maaf saya lambat." Asya senyum kepada arkitek itu. Tapi senyuman itu hanya seketika apabila dia melihat orang di hadapannya. Mukanya terus berkerut dan terus duduk dia tempatnya.

Bff atau isteri? [COMPLETE]Where stories live. Discover now