Chapter 35

1.1K 40 0
                                    

Asya bersiap untuk pergi kerja. Amir sudah lama siap. Yelah lelaki kan memang kejap je nak bersiap. Perempuan ni dia punya bersiap 10kali ganda dari yang lelaki. Takpelah sarapan pun dah siap. Amir tunggu di meja makan sahaja.

Selesai sahaja bersiap, Asya terus turun ke meja makan. "Awak sibuk tak harini?" Tanya Asya. "Hmm tak sure la. Tak sangat rasanya. Abang ade je kat office harini. Kenapa?" Tanya Amir kembali. "Takdelah ingat nak ajak lunch sesama.. lately ni awak asyik busy je sampai saya gi lunch sesorang je.." Asya membuat muka sedihnya. "Alalalala sorry la abang ada banyak pulak hal kat luar.. ni nanti kena gi outstation pulak." Amir memberitahu. "Alaaaaaaa serious la? Saya tinggal sesorang? Hmm ikut la centu." Asya memuncungkan mulutnya. "Ye.. awak duduk la dengan mama.. takpayah la ikut nanti awak bosan jugak. Baik duduk dengan mama ada jugak aktiviti.. dah jangan buat muka macam tu dah macam tempe basi abang tengok." Amir tergelak sambil mencubit pipi Asya.

Asya nengerutkan dahinya. "Muka comel macam ni dia cakap macam tempe basi!!" Amir tergelak. Mereka berdua terus ke pejabat setelah selesai bersarapan.

Rania memasuki bangunan dimana terletaknya pejabat Amir. Harini niatnya hanya satu. Untuk mengoda Amir agar dapat menjadi miliknya. Selama ini dialah yang ada dikala Amir sendiri. Asya tu hanya tahu menyibuk. Amir yang suka padanya tapi dia boleh buat taktau. Bila dah terdesak macam ni barulah nak minta pertolongan Amir. Dasar perempuan tak tahu malu.

Rania mengetuk pintu pejabat Amir. "Masuk" laung Amir. "Hi babe.. long time no see." Rania bersuara manja. "Oh hi Rania. How are u?" Tanya Amir pelik dan tetiba. Yela lama juga dia tidak mendengar khabar Rania sejak dia berkahwin ni.

Rania duduk di kerusi berhadapan dengan Amir. "Fine Amir. So u? How your life now?" Rania mula bertanya. "Ohh interesting. Lain la rasa bila dah kawin ni. Hahaha" Amir tergelak. "Ohh u happy? I ingat u terpaksa. Yela tetiba je kan dia nak kawin dengan u.." kata Rania tanpa bertapis. "Ofc i happy. I rela nak kawin dengan dia takde sesiapa pun paksa." Amir mempertahankan keputusan yg pernah dia buat dahulu. Rania bangun dari kerusi dan menuju ke arah Amir lalu duduk dia atas meja rapat dengan Amir.

"Amir.. i love u.. u know that.. pls Amir i tahu dia yang paksa u untuk kawin dgn dia.. takkan la sesenang je dia nak lupakan org yg dia sayang dulu." Rania mula menghasut Amir. "What are u talking Rania? I love Asya.. ofc Asya pun sayangkan i. Org yang dia sayang dah lama tinggalkan dia. So i ialah penggantinya." Amir menerangkan hal itu kepada Rania. Dia masih berlembut. Yela Rania adalah org yang rapat juga dengannya. Selama dia di luar negara kepada Rania jugalah dia banyak bercerita perihal masalah perasaannya.

Rania bangun dan mula memegang bahu amir. "How do u know she already forget her ex.. maybe dia still lagi contact dengan ex dia.." Rania menghasut. "Apa yang u cuba buat ni!!" Amir bangun lalu memegang tangan Rania dari meliar ke lain.

Tiba tiba seorang menerjah masuk ke bilik Amir. "Amir jom lunch!!" Kata Asya yang excited pada mulanya. Dia ternampak Amir memegang tangan Rania dan asya terus keluar. Sakit pulak hati tengok.

Amir yang melihat Asya keluar terus bergegas mengejarnya. Sebelum dia keluar sempat dia memberi pesan pada Rania. "Better kita takyah jumpa lagi buat masa ni." Amir terus keluar.

Asya takdela lari jauh sangat. Dia cuma masuk ke pejabatnya semula. Amir juga sempat masuk dan mengunci pintu pejabat itu. Takutlah ada org sibuk nak kacau. Buatnya Rania naik gila diterjahnya bilik tu kang naya.

"Asya.. i can explain." Kata Amir. "What?" Tegas sahaja Asya bersuara. "Rania just datang nak tanya khabar. And then she told me that she love me but I didn't. I tried to convince her that I already have u and it's enough for me. I love u Asya." Amir jujur.

Asya terdiam. Sakit jugak hatinya dengar Rania tetiba cakap dia sayang suaminya. Tapi bila Amir cakap i love u tu terubat la jugak sakit hati tu. "Nak convince dia sampai pegang tangan macam tu ke?" Kata asya bercampur cemburu. "She tried to cross the line so i need to stop her. But are u jealous?" Kata Amir sambil tersenyum. "Jealous? Suami saya pegang perempuan lain saya patut senyum ke?" Asya berseloroh. "Hahaha comel pulak bila awak jealous macam ni.." kata Amir sambil mencubit pipi Asya. "Comel comel jugak jangan nak buat lagi sebab nak tengok saya comel pulak. Saya tak jealous pun dah comel." Asya memandang Amir dengan pandangan tajam."ok sayang" Amir tersenyum bahagia. Asya juga tersenyum. Asyik dengan perkataan sayang yang dituturkan Amir.

Ya dari perbuatan Asya nampak gayanya dia dah menerima Amir untuk memasuki hatinya.

Bff atau isteri? [COMPLETE]Where stories live. Discover now