Chapter 3

3.3K 115 0
                                    

Asya berguling guling di atas katilnya. Dah tamat sekolah apa lagi yang boleh dibuat selain makan tidur makan tidur. Dia semakin bosan dengan dirinya sendiri.

Telefonnya berbunyi menandakan chat masuk. Dia menekan aplikasi whatsapp dan melihat kotak kotak chat yang penuh itu. Kebanyakkan dari chat group. Tapi yang berbunyi tadi bukanlah dari chat group kerana Asya telah mute semua group yang ada didalam telefonnya. Dia membuka chat yang bebunyi tadi.

Mir🐒: hoi hoi! Kau bangun sekarang! Membuta je kejee! Jom ah lepak
Asya:hey kau ni! Tak bosan ke lepak dengan aku je! Aku nak menikmati waktu waktu terluang ni.

'Eh tadi aku jugak yang cakap bosan! Orang dah offer keluar jual mahal pulak kau ni Asya!" Sempat lagi Asya berdrama dengan diri sendiri.

Mir🐒:ala kau ni! Sebab kau jugaklah aku takde kawan siot! Kau kan asyik nak berkepit dengan aku sampai taknak cari kawan baru! Nilah kawan en. Dah tolong macam macam tapi tak hargai😢😢😢
Asya: yelah cb aku pergi! 💩💩 Pukul 4.00ptg ni kau amik aku kat rumah!
Mir🐒: hehehehe okey bebeh.. See you later! 😚
Asya: 🐽!

Jam sudah menunjukkan pukul 3.00. Asya segera bangun dari katil dan menuju ke bilik air. Maklumlah cuti cuti begini selagi matahari belum terbenam selagi tulah dia takkan mandi.
💫💫💫💫

Amir segera bersiap untuk keluar. Dia mengenakan baju t-shirt polo dan jeans levi's. Setelah bersiap dia turun ke tingkat bawah dan menggambil kunci kereta audi yang sudah menjadi miliknya disebabkan mendapat lesen kereta.

Tiba dihadapan rumah Asya, Amir membuka aplikasi whatsapp dan terlihat chat terakhir dari Asya.

Asya👻: 🐽!
Amir: hoi! Lambat lagi ke?
Asya👻: ala aku baru lepas mandi ni! Kau masuk ah dulu. Mama dengan papa aku ade kat bawah tu! 😁😁
Amir:eiyy 😏😏

Amir memberi salam. Sahutan didengari oleh Amir dan dia dijemput masuk. "Eh Amir! Jom lah masuk." Jemput Puan Sri Amayah. Selepas bapa Asya mendapat gelaran Tan Sri disebabkan bapanya usahawan yang terkenal, gelaran ibunya turut berubah. "Thanks auntie!" Balas Amir.

Di ruang tamu kelihatan Tan Sri Adam sedang membaca surat khabar. "Apa khabar uncle" sapa Amir sambil bersalaman dengan Tan Sri Adam. "Ohh baik Mir. Kamu nak kemana?" Tanya Tan Sri Adam seraya melipat surat khabar di tangannya. "Ohh ajak Asya keluar jap. Nak makan makan. Lama takjumpa !" Balas Amir.

"Okey siap!" Asya berkata di depan cermin selepas melipat lengan bajunya yang labuh itu. Asya memakai seluar skinny hitam dan baju kemeja boyfriend.

Asya keluar dari biliknya dan terus menuju ke bawah. Dia melihat Amir rancak berborak dengan papanya.

"Mir jom ah!" Asya terus mengajak Amir pergi. "Oh dah eh! Jom!" Amir bangun dan bersalaman dengan Tan Sri Adam disusuli oleh Asya.

Mereka masuk ke dalam perut kereta audi milik Amir. "Wah wah! Naik kereta baru harini!" Perli Asya. "Haruslah kereta baru!" Amir melayan karenah Asya.

Tibanya di hadapan cafe yang selalu mereka pergi, Amir parking keretanya. Masuk ke dalam cafe mereka mencari tempat yang masih kosong.

"Weh Asya kau mohon mana?" Amir membuka bicara. "Entahla nak. Aku pun tak tahu." Selamba Asya menjawab.

Tiba -tiba mata Asya tertumpu pada seorang lelaki yang pernah menarik perhatiannya. "Mir! Tengok tu. Budak tu yang aku tegur waktu kau cabar aku tu kan?" Tanya Asya. "Mana?" Pertanyaan Asya dibalas dengan pertanyaan oleh Amir. "Tu yang dok belakang hang tu!" Jawab Asya sampai terkeluar loghat penangnya. Amir memandang ke belakangnya. "Aah mamat nerd tu. uish makin handsome la!" Amir membalas. "Dia dah habis sekolah kan?" Tanya Asya lagi. "Yelah. Dah masuk U dah pun. Aku rase ni tengah cuti sem sebab tu dia balik tu." terang Amir. "Umm kau tanya aku kan aku nak masuk U mana tadi kan? Aku rasa aku tahu U mana aku nak masuk!" Kata Asya sambil tersengih memandang lelaki yang sedang menghadap komputer riba dibelakang tempat duduk Amir.

Amir memandang Asya pelik. Tiba-tiba dia membesarkan matanya sambil memandang lelaku dibelakangnya lalu memandang kepada Asya kembali. "Whatt? Kau jangan cari pasal! Kau suka mamat tu ke?" Teka Amir. "Aku rasalah! Jap nak tahu dia masuk U mana jap!" Kata Asya.

Amir sudah menggeleng kepalanya. Mulalah perancangan gila si Asya tu. Asya bangun dari kerusi dan berlalu ke kaunter. Dia meminta segelas ais kosong.

Setelah ais kosong bertukar tangan, Asya mula berlalu pergi. Dia berjalan menuju ke arah meja lelaki itu. Dia memulakan aksi dramanya itu.

Asya membuat kakinya tersadung di kerusi dan menumpahkan ais kosong itu dia atas baju lelaki itu. "Alamak! So sorry!" Ucap Asya. Lelaki itu bangun dan memandang Asya dengan pandang biasa tapi nampaklah marahnya sikit. "Oh ohh takpe!" Dia seperti terkedu bila melihat Asya pada mula tetapi digagahkan menjawab kata kata Asya. "Ouhh nah ni nombor I. Call I later eh nak ganti baju you ni!" Kata Asya. "Ahh eh takpe la!" Balas lelaki itu masih dalam keadaan gagap. "Eh I dah buat tumpah for sure I kena gantila!" Asya masih berkeras. Lelaki itu mengambil nombor telefon yang diberikan Asya lalu mengemas barangnya. "Ouh thanks okey!" Balas lelaki itu seraya berlalu pergi. "Most welcome dear!" Balas Asya itupun selepas lelaki itu berlalu pergi.

Asya kembali ke tempatnya di hadapan Amir. Amir hanya menggeleng. "Gila punya budak!" Kata Amir. "Hahahaha! Tulah namanya suka!" Jelas Asya. "Tapi kenapa kau bagi nombor kau je! Mintaklah nombor dia sekali!" Amir memberi cadangan yang takdapat digunakan lagi.

Asya hanya tersengih. Amir memandangnya pelik lagi sekali. "Mula mula memang macam tu nak mintak. Tapi aku rase macam suka sama suka je. Kalau dah gitu malam ni confirm dia chat aku!" Asya yakin.
                       💫💫💫💫

Amir membuka pintu biliknya. Dia menghempaskan badannya di atas katilnya. Mukanya layak dikatakan bagai orang putus cinta.

"Aih! Dia suka budak tu?"  Amir mengeluh. Dia membuka skrin telefonnya. Dia membuka chat dengan Asya. "Agaknya tengah chat dengan budak tulah!" Amir mencampakkan telefonnya ke tepi.

Dia memandang syiling biliknya. "13 tahun takkan dia takde pape rase dengan aku? Aku je ke yang rasa!" Amir mengeluh lagi sekali. "Tak sempat nak luah tapi dia yang luah dulu tapi dengan orang lain!" Amir luah rasa kecewa.

Bff atau isteri? [COMPLETE]Where stories live. Discover now