Chapter 41

1.3K 41 0
                                    

Farah menyimpan semua barang Asya di dalam beg. Dia perlu membawanya ke hospital. Dia memasukkan handphone serta beg duit ala senang handbag Asya la yang dia bawak. "Mun aku gi hospital nak hantar bag akak ni. Kau jaga kedai jap." Kata farah lemah.

Sedih dengan apa yang menimpa Asya. Dahlah baru tahu mengandung tadi. Belum sempat bagitahu suami dia tetiba dah dapt dugaan sampai macam ni. Farah memandu kereta Axianya ke hospital.

Farah terus pergi ke ruang menunggu, tempat Amir menunngu Asya yang telah masuk ke bilik OT. Amir nampak serabut. Dia takut. Pelbagai perasaan yang dia rasakan sekarang ni.

"Abang amir? Kak Asya macam mana?" Tanya farah. "Ha? Asya? Dia gugur....." Amir tak terdaya nak jawab. Apa yang patut dia lakukan. Ini semua salah dia tak lindungi Asya dan anaknya. "Apaaaa??? Macam mana kak Asya? Dia ok tak?" Farah terkejut. Simpati. Baru tadi dia nampak Asya gembira bila dapat berita dia mengandung. "Kandungan tu baru dan sebab hentakan tu.. dia pengsan dan taktahu lagi.." ya mata Amir sudah bertakung. "Sorry abang Amir. Akak Asya pun baru tahu harini dia pregnant. Dia excited nak bagitahu abang amir tapi banyak halangan. Harap dia kuat." Jelas farah. Mendengar penjelasan farah membuat Amir semakin tak keruan. Dialah punca. Rania juga!

Doktor keluar dan mencari Amir. "Dia ada dekat wad 2A." Kata doktor. Amir mencari kekuatan. Tak sanggup rasanya mahu berhadapan dengan isterinya. Mahukah Asya menerimanya.

"Amir! Asya macam mana?" Datin Ariana muncul. "Maa Asya ma.. dia gugur.." Datin Ariana terus memeluk anaknya itu. Sungguh ibu mana tak sedih melihat anaknya sebegitu. "Shh dah Amir. Ni semua ketentuan tuhan. Kita kena redha." Datin Ariana memberikan kata kata positive pada Amir. "Tapi Maa Amir punca.. Amir takut Asya taknak terima amir dah." Amir mula menitiskan Air matanya. "Hey kenapa cakap macam tu.. kamu kena la buktikan yang kamu betul betul sayangkan dia. Kamu nak mengalah je?" Datin Ariana cuba provok amir. Amir diam seketika. Cuba memcerna apa yang mamanya katakan tadi.

Amir melepaskan pelukan mamanya. "Ya! Amir tak patut lemah. Amir patut pulihkan semangat Asya. Amir akan buktikan Amir betul betul sayangkan dia." Tekad amir. Datin Ariana dan amir terus menuju ke wad Asya ditempatkan.

Amir dan Datin Ariana masuk ke dalam wad. Asya masih lagi tidak sedarkan diri. Amir duduk di kerusi hadapan katil Asya. Dia memegang tangan Asya. "Maafkan abang sayang.." Amir mencium tangan Asya lembut. Datin Ariana memandang sayu.

Amir tidur di beralaskan lengannya di sisi Asya. Tak mahu di meninggalkan isterinya itu. Datin Ariana sudahpun pulang tadi. Haripun sudah larut malam. Asya masih lagi tidak sedar. Doktor menjelaskan pada amir yang Asya mungkin sedar esok jika tiada komplikasi lain.

Hari sudahpun pagi. Amir masih lagi tertidur di sisi Asya. Asya mengerakkan sedikit jarinya tanda dia sudah sedar. Kelopak matanya dibuka perlahan lahan. Amir yang menyedari Asya sudah bergerak terus bangun.

"Sayang?" Panggil Amir. Asya diam tidak menyahut. Amir tahu sebabnya adalah semalam. Asya terus memegang perutnya. Dia merasa sakit. "Anak? Macam mana dgn anak kita?" Serak serak Asya bertanya. "Sayang Allah lebih sayangkan anak kita." Seraya itu Asya terus menangis. Perasaannya bercampur baur. Geram marah sedih semua ada. Siapa yang patut dipersalahkan. Asya bingung.

"Sayang abang minta maaf.. abang boleh jelaskan." Kata Amir. Asya hanya diam. Dia perlu tenangkan diri. Belum sempt Amir mahu berkata kata lagi pintu wad dikuak. Sesorang yang selalu membuatkan amir tidak senang datang.

"Asyaaa.." panggil Fareez apabila pintu dibuka. Tapi bila melihat Amir di dalam Fareez menjadi panas. Terus dia mencengkam kolar baju amir. "APA YANG KAU BUAT!?? Macam ni ke kau jaga isteri kau!!!?" Tengking fareez. Amir tidak hanya menerima segala tengkingan itu. Dia rasa dia berhak melawan. Asya isterinya. "Kau jangan masuk campur dalam urusan rumahtangga aku." Amir turut membalas cengkaman kolar Fareez. "Kalau macam ni kau memang tak layak jadi suami Asya!! Kalau kau taknak jangan buat dia macam ni!" Fareez meneruskan lagi amarahnya. "Kau jangan cakap sedap mulut je!" Terus satu tumbukan padu diberikan pada muka Fareez. Fareez tidak hanya diam dia terus membalas tumbukan itu. Amir terjelopok ke belakang.

Asya yang melihat pergaduhan itu meminta mereka untuk berhenti. Tapi biasalah keduanya masih lagi dalam keadaan marah dan tidak menghiraukan Asya. Fareez sekali lagi menumbuk amir. "Ni sebab kau tak reti nak jaga Asya." Amir bangun dan mahu menumbuk Fareez tapi terhenti disebabkan jeritan Asya.

"FAREEZ AMIR DAH!!!" Amir dan Fareez terus kaku. Amir terus pergi mendapatkan Asya. "Sayang? Jangan macam ni u need rest." Asya mengeluh. " nak rest macam mana kalau korang berdua asyik nak bergaduh!" Kata Asya bersama keluhan. "Asya I'm sorry. I takdapat terima yang u jadi macam ni sebab dia." Fareez memandang Asya sayu. "Enough. Amir tinggalkan saya dengan Fareez kejap. Saya ada benda nak cakap dengan dia." Pinta asya kepada Amir.

Amir terkejut. "Tapii.." Amir cuba membangkang. "Pls abang. I need to talk to Fareez." Pinta Asya. Amir keluar memberi ruang Fareez dan Asya untuk berbincang. Entah apa yang akan dibincangkan menjadi tanda tanya kepada Amir.

Amir menunggu di luar wad dengan perasaan gelisah. Pelbagai konklusi yang difikirkannya. Adakah Asya menyuruh fareez untuk menunggunya. Adakah Asya mahu kembali kepada Fareez lepas apa yang jadi. Asya menyesal ke kawin dengan dia?

Selepas beberapa minit berlalu pintu wad dibuka. Fareez keluar dengan muka yang sukar untuk digambarkan. Fareez memandang Amir. Dia pergi ke arah Amir. "Kau jaga dia elok elok. If u hurt her, i will find u!" Kata Fareez bercampur ugutan. Amir kehilangan kata kata. Fareez menyerah? Maksudnya Asya masih menjadi miliknya. Eh memang la Asya isterinya. Maksudnya Asya mahu menerimanya. Amir tersenyum.

"Ok. Aku akan jaga dia macam nyawa aku." Kata amir. Fareez tersenyum juga. Fareez terus berlalu dari situ.

Bff atau isteri? [COMPLETE]Where stories live. Discover now