Chapter 45 (finale)

2K 51 0
                                    

Asya duduk di pondok di tengah bendang. Amir pula sibuk berbaring di atas riba Asya. Masalahnya perut Asya tu dah besar. Yela dah 3 bulan mengandung mana tak besarnya. Dia pulak sibuk nak baring kat riba.

"Sayang.. kalau anak kita perempuan nak bagi nama apa?" Tanya Amir. "Hmmm tak fikir lagi la. Abang dah tau ke?" Balas Asya. "Hmm abang rasa nak letak nama dia ala ala cina baru sama dengan perempuan cina masa abang dekat HongKong haritu." Kata Amir. Asya sudah membuat muka tak percayanya. "Oh pergilah dekat amoi tu!! Buat apa baring dekat sini lagi." Kata Asya. "Alololo sayang merajuk ke? Kalau dia perempuan mestilah dia macam sayang. Cantik!" Kata Amir.

Asya sudah tersenyum. "Mestilah kann.. kalau lelaki punya mesti ikut muka saya jugakk." Kata Asya. "Eh ikut muka abang laa. Mana aci semua ikut muka Asya." Amir menarik muka. "Taknak sebab abang tak handsome.." Asya terus menjelirkan lidahnya. "Sayang tau tak berapa ramai kat luar sana beratur nakkan abang. Tapi abang je tak layan. Sebab abang dah ada sayang.." kata amir. "Ehh perasannyaa.. menipu je keje." Asya membuat mukanya. "Eh betul la. Kalau sayang nak kawan abang boleh je bawak balik nanti. Maklumlah sebab ramai sgt nakkan abang kan.." amir mula menyakat.

Asya memandang Amir. "HA CUBALAH KALAU BERANI!!" terus dicubitnya lengan Amir. "Auchh.. sakitlah sayang.." amir mengaduh dan terus bangun dari baring. "Ha kalau betul berganda ganda lagi sakit dia tau tak!" Asya memberi amaran. "Sayang..sayang sorang je yang abang nak. Sayang je yang abang perlukann. Tak perlu ada yang lain." Kata Amir sambil mengenggam erat tangan isterinya. "Alamak.. sorry abang. Saya takboleh nak sayang abang je. Saya dah ada orang lain." Kata Asya. "Apa sayang cakap ni?" Amir cuak. "Sebab lepasni abang kena share sayang saya dengan dia ni." Kata Asya sambil mengusap lembut perutnya.

Amir tersenyum. "Ish sayang ni. Kalau dia ni sepenuhnya abang bagi." Kata amir. "Hah? Penuh? Habistu mana untuk saya?" Asya cemburu. "Ala dengan anak sendiri pun nak jealous ke?" Tanya Amir. "Yela takkan la takde dah untuk Asya." Asya mencebik. Amir terus manarik pipi Asya. "Yela sayang abang nak bagi sepenuhnya untuk asya dengan anak kita." Terus dicium dahi Asya.

"Baby.. mama jealous dekat baby.. apelah dah besar pun jelaous." Kata Amir mengusap oerlahan perut isterinya. "Haa dah dah abang gelii!" Kata asya kegelian bila Amir menyentuh perutnya. "Ala sikit je.." kata Amir. "Takboleh geliii!!" Kata Asya menyorok perutnya. "Kalau macamtu abang peluk sayang jela." Kata Amir terus memeluk isterinya. "ei apa takmalu ni. Orang tengok la.." kata Asya. "Mana ada org.." tiba tiba amir terpandang seorang pakcik sedang menguruskan bendangnya. Amir tersipu malu.

💫💫💫💫💫

"Airaa!! Jangan lari nanti jatuh." Jerit Asya. Memang lepas dah ada anak ni memang selalu sangat dengar si Asya ni menjerit. Amir? Hm dia manjakan sangat Aira ni.

"Abang!! Tolong tengokkan Aira jap. Saya nak masak." Kata Asya membawa Aira yang baru berusia 2 tahun kepada suaminya. "Ok yang.." Amir menyambut Aira dan membawanya baring disebelahnya.. "abang jangan tidur pulak ehh!" Pesan Asya. "Ok sayang." Amir kembali ke Aira.

"Airaa nak makan ke? Mama tengah masak la sayang.. sabar ehh." Kata Amir kepada anaknya. Dia pun mula la bermain dengan anaknya. Asya pula memasak untuk makan tengahari.

Setelah siap memasak, asya pergi ke ruang tamu untuk memanggil suami dan anaknya makan. Sampai di ruang tamu, hampir luruh jantung Asya melihat Aira bermain dengan marker warna merah. Habis bajunya dan yang paling membuatkan Asya terkejut bila Aira menconteng baju suaminya sehingga menjadi seperti orang luka. Amir buat apa? Dia tidur la.

"Abang!! Apa ni?" Asya terus mengambil Aira dan menutup pen marker itu. "Haa?" Amir bangun dalam keadaan blur. "Aira.. mama dah pesan jangan main benda bukan bukan.." kata Asya lembut kepada Aira. "Dahlah jom kita mandi dulu sayang pastu makan." Kata Asya. "Ok jom." Amir menjawab. "Bukan abang eh. Abang mandi sendiri." Asya menjelirkan lidahnya. Aira tergelak melihatnya. "Sayang suka ehh.. haa suka diaa." Asya mula membuat Aira tergelak. "Hmm baru anak sorang dah diabaikan.." kata Amir. "Abang ni kann. Dah besar kan pegi mandi cepat pastu kita makan." Asya tersenyum melihat karenah suaminya. "Oklah .." Balas Amir sambil mencebik.

Malam itu selepas Aira tidur, Asya merapati Amir. "Abang.. saya minta maaf kalau tak beri abang perhatian sangat." Kata Asya. "Sayang.. sayang dah buat yang terbaik. Abang tak rasa apa yang kurang pun." Jawab Amir. "Mesti abang rasa saya abaikan abang." Asya meneruskan lagi. "Apa pulak. Sayang dah jalankan tanggungjawab dengan baik. Abang suka tengok sayang macamtu. Tu tugas sayang. Abang sayangkan sayang tau." Kata Amir. "Terima kasih abang sebab selalu support Asya. Saya pun sayangkan abang sangat sangat." Terus asya memeluk Amir dengan erat. "Abang bahagia dengan sayang dan Aira disisi abang." Kata amir. Asya tersenyum dalam dakapan suaminya.

💞THE END💞

Holaaa! Recently I ada publish story baru. You guys can try read it. The story title is 'promise'.
Thank you for your support 💞💞

Bff atau isteri? [COMPLETE]Where stories live. Discover now